Thursday, August 30, 2012

224. Playfair Cipher.



video


Inilah contoh penggunaan Playfair Cipher. Bendalah ni lah yang saya belajar semester ini dalam kelas Puan Khadzimah. Enjoyyy sangat belajar. Eh betul ker? :p

Yang penting, buku skrap kriptografi dah siapppp! Jyeaaahhhh! :)))


Wednesday, August 29, 2012

223. Risau :(



Eqah gastrik teruk. Kena masukkan air semalam.
Uteh sakit gigi dan bengkak gusi.
Uchu sakit perut teruk, ada simptom appendiks. Mak otw bawak pergi hospital.

Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. Berikanlah kesihatan yang baik kepada adik-adik ku dan kekuatan kepada ibu bapa ku untuk menjaga mereka. Amin. InsyaAllah.


Kesian Mak dan Ayah dah tak tidur dua malam. :(


P/s : Homesick. Terus rasa nak terbang balik rumah. :(





Monday, August 27, 2012

222. Pulun buat assignment.



Tugasan yang paling saya tak suka ialah tugasan daripada Jabatan Ilmu Pendidikan. Sebab suka bagi 40 kerja dalam satu masa. TAMAK TAMAK. Kesian kat kami tau. Sobs.

Jadi, hari ini saya pulun buat blog pendidikan pasal Matematik. Hasilnya tak syok langsung. Asal buat dan cukup syarat apa yang Madam Chin nak sudah. Haih


belajartinggitinggi.blogspot.com


Nama url blog pun dah cukup kelakar. Hikhik. Takpee lah. Malam nanti saya tambah apa apa yang patut dalam blog tu. Kena ada mood baru boleh buat. Sekarang nak beralih kepada soalan tugasan Madam Kalwant. So, say goodbye to Madam Chin. Tadaaaa!


P/s : Hari ini saya baru start puasa ganti dan puasa enam. Awak awak semua dah start ker? :)


SAYA STILL DALAM MOOD RAYA. TAK PUAS BERAYA LAGI TAUUUU!


Wednesday, August 22, 2012

221. Syawal 1433H



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

Mintak maaf yea semuaaaa!

Enjoy your hari raya with your loved ones! :)))




Tengoklah perbezaan ketinggian saya dan adik-adik saya. Sadis.


Tuesday, August 14, 2012

220. Appreciate yourself.



Accept just the way you are. 
You are totally perfect in your imperfections.
Love yourself, after all you are the only who can love you.

:)

 

Saturday, August 11, 2012

219. Iklan raya 2012



video


Iklan raya tahun ini sedih gila. Sebak sampai menangis masa tengok. :( 

Paling sedih bila part budak-budak tu mandi dan bersiap-siap kat surau. Sebab teringat masa kecil, saya paling seronok untuk bangun pagi dan bersiap-siap pakai baju baru nak pergi beraya. Sedihnya tengok iklan ini. Saya tengok iklan ini 3 kali dan 3 kali saya menangis. Hati tisu lately ini mungkin sebab rasa homesick. Serius rasa insaf sekejap. Kalau saya rasa homesick, saya boleh balik rumah dan jumpa keluarga sendiri. Walaupun terpaksa duduk dalam bas atau kereta selama 8 jam lebih. Takpe, saya tak kisah. Asalkan saya ada tempat yang nak dituju dan ada orang yang akan menyambut saya balik. Bertuahnya saya dan sesiapa yang senasib dengan saya kan? Sebab saya tahu ramai orang yang bernasib seperti budak-budak dalam iklan ini. Bersyukur sangat dengan kurniaan Allah berikan kepada saya. Alhamdulillah.

Lagi 5 hari saya nak balik rumah. Tak sabar nak balik dan sambut raya dengan keluarga kat kampung. Betul, the best place in this world is HOME. InsyaAllah semua urusan dipermudahkan Allah. :)

Sekarang sudah 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap sahaja bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu keberkatan dan pengajaran agar dapat menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah. :)

Selamat menjalani hari-hari terakhir Ramadhan.

    

Friday, August 10, 2012

218. Resipi murtabak meggi.



Saya tulis resipi murtabak meggi kat sini sebab my girlfriends, McTan dan Wanieee, request suruh bagi dorang resipi ini. Katanya first time makan murtabak meggi. Nak try buat sendiri kat rumah katanya. Hehehe. Lepas shopping kat Kenanga Wholesale City hari sabtu lepas, sementara nak tunggu berbuka, sebelum pergi makan kat Fiske Steakhouse, saya prepare lah a simple dish untuk dorang. Ala ala alas perut berbuka. McTan pun puasa juga hari tu. Kesian dia McTan. Hikhik. 


Bahan-bahan :

Meggi kari/tomyam 1 paket
Telur 1 biji
Bawang besar ( Ikut suka nak letak ker tak. Selalu letak sedikit je. Penambah rasa. )
Cili ( Kalau nak pedas )
Garam ( Secukup rasa )
Sos cili
Mayonis
Serunding daging/ayam ( Kalau suka, boleh letak )

Cara-cara :

1. Rebuskan meggi sahaja dalam periuk yang ada air mendidih. Rebuskan sampai kembang macam biasa.
2. Toskan meggi.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Make sure basuh dulu yea telur tu. Peringatan. Hihihi.
4. Masukkan garam dan paket perencah meggi tadi dalam telur tadi.. ( Selalu saya gunakan 3/4 paket sahaja. Kalau suka, boleh letak semua. )
5. Masukkan bawang besar dan cili dalam campuran telur tadi.
6. Masukkan meggi yang sudah ditos tadi ke dalam campuran telur tersebut. Gaul sehingga sebati.
7. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. ( Minyak tak boleh banyak. Takut murtabak jadik terlampau berminyak, tak sedap. )
8. Gorengkan campuran tadi dan ratakan ala-ala bentuk murtabak. Jangan goreng terlampau garing takut nanti jadik keras kulit murtabak itu.
9. Hidangkan murtabak bersama sos cili, mayonis dan serunding daging.
10. Siap dan boleh makan serta-merta. Hehehe.


Curi gambar dari FB McTan. Hehehe. :D


Okeyyy McTan dan Wanieeee? Selamat mencubaaaa! :)))


Tuesday, August 7, 2012

217. Fiske Steakhouse



Saya baru discover tempat makan baru kat area Keramat AU2. Fiske Steakhouse. Kedai ini kat Taman Desa Keramat, depan Kilang PERNEC. Senang je nak cari kedai ini. Thanks to KakTengah sebab bagitahu tempat ini. Hehehe. :)

Saya suka tempat ini. Sebab makanan dia dalam portion yang besar, harga berpatutan dan paling penting service dia cepat. Kejap je order, makanan dah sampai. So tak ada lah rasa nak meletup masa tunggu order kita sampai kan? Hikhik. Jom cuci tengok makanan-makanan yang sedap ini. :D


Set Asam Pedas + Air Sirap Selasih = RM10

Special Chicken Chop

Special John Dory ( Ikan )

Special Beef Steak = RM16

Special Lamb Chop = RM15

:)))

Girlfriends. :)

McTan. :)

Wanieee. :)


Special beef steak, special chicken chop, special lamb chop, semua ini ada semangkuk spagetti. Haaa skali dengan pasta. Macam mana tak kenyang gilos kan. Hihihi. Memang berbaloi lah makan kat sini. Kira murah lah sebab portion dia besar. Ada satu menu yang saya teringin nak makan. Mix grill. Ada 3 keping steak. RM20 jeee. Semua adaaaaa. Daging, ayam dan kambing. Mesti semua terliur kan? Mengaku je lah. Hikhik. Tak sabar nak pergi makan mix grill nanti. Jyeahhhh! :D

Kalau sesiapa nak pergi makan kat sini dan tak sure pasal kedai ini, boleh call nombor ini. 017-2121649.


Selamat mencuba semuaaaa! :)