Tuesday, November 16, 2010

74. KL to KEL.



First award! :) Terima kasih kepada Cik Xaty untuk award ini. Muahhx! :)



Yeaaahhhh!


Penderitaan exam sudah berakhir. Walaupun dengan sangat tidak jayanya. Gundah gulana memikirkan nasib saya pada semester hadapan tetapi tidak mengapa. 


Sebab malam ini saya bakal bergolek-golek pulang ke rumahhhhh! Yeahhhhh. Ini lah perasaan orang yang belajar di perantauan. Excited lebih setiap kali nak balik walaupun terpaksa duduk dalam bas selama 8jam lebih. It's okey baby asal kan saya dapat menjejak kaki ke rumah. :)


Ada siapa-siapa nak tolong hantar saya ke Hentian Putra malam ini? Nanti saya bagi kasih sayang melimpah ruah. :p


PERCUTIAN SELAMA 45 HARI BAKAL BERMULA! :)))



Mana boleh lupaaaa. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Dapat makan best. Dapat makan best. Dapat makan best. :D



Agak-agak pukul berapa saya sampai umah pagi esok? Sempat tak nak solat raya? Hehe

Thursday, November 11, 2010

73. Setahun.



11.11.2010


11.11.2011



Lagi setahun untuk kita mencoret kenangan, bergurau senda dan bergelak ketawa di sini.

Di sini lah, tempat kita bermula.



Tiba-tiba rasa touching lebih. :(


72. Berkecai.

Subjek ini membunuh ku. :( 




BASIC CALCULUS. Tahniah kerana berjaya membuat saya dan rakan-rakan meraung-raung selepas 150 minit berperang dengan soalan-soalan yang menggoncang jiwa raga.

Hancur hati ku mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah engkau pergi. 

Rasa macam kosong minda semasa menjawab paper BC semalam. Sakit kepala selepas menangisi penangan paper itu.

Apa-apa pun, saya dan rakan-rakan hanya mampu tawakal dan berserah kepada Allah. Saya sudah berusaha sehabis daya.


Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami. Berikanlah kami keberkatan untuk berjaya dalam kehidupan kami. InsyaAllah. Aminnn.



Mesti cuti ini akan terngiang-ngiang soalan BC. Takut nak menghadapi saat mendapat keputusan peperiksaan semester ini.


Paper terakhir sedang menunggu hari isnin ini. Tak sabar nak habis exam dan balik rumahhhhhh!


Tuesday, November 9, 2010

71. Boys Vs Girls.


I found this interesting fact while doing revision for my PTM. Let's read through this research. :)


Loevinger ( 1994 ) says studies of classrooms, kindergarten through graduate school, have shown that teachers tend to :


  • Call on male students more often than female students.
  • Allow more time for male students to respond to questions.
  • Make more eye contact with male students following questions.
  • Recall the names of male students better.
  • Use the names of male students when calling on them.
  • Attribute previous comments by male students in class discussion.
  • Accept call outs from male students, but tell female students to raise their hands if they want their response to be recognized.
  • Interrupt female students before they are done responding.
  • Ask more higher-order or critical thinking questions of male students and coach male students to develop their thoughts by giving them more extended and specific.
  • Provide more specific information to male students on how to complete projects rather than doing it for them.
  • Praise male students who are assertive and vocal, but call female students with such qualities "rude", "agrgressive"or "show off".

 Is it true?


Patut lah saya selalu tak dapat peluang jawab soalan kat depan kelas masa sekolah dulu. Just kidding. lol

Heyyy boys! I feel so jealous towards you allssss. No wonder you allsss always score higher marks than me. :p

The truth is I am so "lemak" to do extra exercises and tutorials. That's why I am so "lembab". Hoho



p/s : paper PTM sungguh menyesakkan dada. tak dapat jawab banyak gila soalan tadi. meratapi nasib. (-_-!)


Sunday, November 7, 2010

70. Terlebih dongeng.



Disebabkan tidak mahu tertidur dalam bilik sambil membaca nota Planning and Teaching Mathematics, saya dan gemuk-gemuk sekalian melangkah ke bilik TV Blok B.

Tekan je remote TV, terus terpampang cerita dongeng Indon"Ular Gergasi dan bla bla bla". Haaa nampak sangat tajuknya susah untuk dihafal. Habaq hang pelik laaa tajuk dia sampai ceq lupa dah. Okey berhenti bercakap bahasa ibunda Budd dan Kaktgh.

Saya masih tertanya-tanya kenapa kah stesen TV di Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum gemar menyiarkan cerita dongeng yang lagi pelik dari negara seberang. Saya lagi boleh terima kalau ada cerita "Fong Sai Yuk" dan "Kuch Kuch Hota Hai". Haaa siap hafal lagi lagu hindustan. Habaq hang.

Malaysia sendiri pun banyak cerita dongeng yang lagi seronok dan mengujakan. Kejap nak ingat balik cerita yang selalu saya tengok masa kecil dahulu.


Bawang Putih Bawang Merah ( versi Malaysia yeaa)
Si Tanggang
Batu Belah Batu Bertangkup


Bukanlah semua cerita indon tidak berkualiti. Saya pun suka cerita "Ayat-Ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih". Tapi saya tidak boleh terima logik dek akal cerita dongeng mereka. Terlampau mengarut dan melampaui batas-batas agama Islam. Okey senang cakap syirik. Mengucap banyak-banyak.

Contoh dalam cerita "Ular Gergasi dan bla bla bla" yang kami TERtonton pada petang itu.


  • Ada ker orang mengandungkan anak ular setelah makan epal yang diberi oleh tiga ekor syaitan yang berupa badut sarkas?
  • Ular itu kena pergi bertapa di Gunung Merapi untuk bertukar menjadi manusia. Bertahun-tahun tu you alls. Senang-senang je aci tak aci nak jadi ular atau manusia.
  • Mestilah ada pari-pari jadi penyelamat. Watak tetap dalam cerita indon. Pari-pari mesti pakai baju putih, ada sayap, ada tongkat ajaib dan berwajah mulus.
  • Ular tadi bertukar menjadi kanak-kanak yang sangat pelik. Tak pakai baju, ada seluar hijau dan pakai celak hijau. Eh bukan eyeshadow hijau. Buruk ehh senang cakap. Yang paling saya marah marah marah ialah cerita ini nak tiru cerita Nabi Nuh. Watak budak pelik tadi lah yang tahu kampung itu akan banjir dan membina kapal sampan untuk seorang nenek yang baik hati. Amboiiiii seronok je buat watak macam tu. Syirik syirik syirik!
  • Ending cerita ini ialah budak pelik tadi dibawa pergi oleh pari-pari ke mana entah. Ke shopping complex untuk beli seluar hijau baru agaknya. Sungguh kegeraman saya di situ.


Inilah antara sebab kenapa saya tidak bersetuju cerita-cerita Indon ditayangkan di Malaysia secara berleluasa. Setiap hari wajib lah ada cerita Indon dalam siaran TV. Saya rasa kerajaan Malaysia patut mengehadkan jumlah cerita Indon yang hendak disiarkan. Sebulan sekali cukup. Takut ada yang tak lena tidur tak dapat tengok muka Nia Ramadani. Sepatutnya program TV seperti Al-Kuliyyah dan Medik TV perlu disiarkan dengan lebih kerap. Bukannya sekali seminggu. Walaupun saya ngeri nak tengok doktor membedah perut pesakit, saya lebih rela menontonnya daripada cerita yang tidak berfaedah itu.

Janganlah ada adik-adik kecil kita yang terpengaruh dengan aksi dan percakapan dalam cerita dongeng seperti itu. Budak-budak kecil manalah tahu membezakan perkara yang betul dan salah. Kita pun bukannya ada setiap masa untuk mengawasi program yang mereka tonton. Takut kalau mereka salah tafsir tentang mesej yang tidak sepatutnya dalam cerita itu.

Okey. Lepas ini, saya tak nak marah dah adik kembar saya menonton cerita kartun. Biarlah mereka menonton cerita kartun yang comel daripada cerita yang bukan-bukan.


Moral of the story, jangan tengok cerita dongeng indon kalau tak nak mencarut-carut sepanjang petang. Free je tambah dosa. Istighfar banyak-banyak.


Oh satu lagi. Ada salah seorang daripada gemuk-gemuk menangis tengok ular itu kena dera dalam hujan semalaman. Memang kena bahan sepanjang hari la. Hahaha. Tengok budak 21 tahun pun boleh salah faham tentang fakta yang ular memang hidup dalam hutan dan biasa bermandi hujan. Ular ialah sejenis reptilia yea gemuk-gemuk sekalian. Jadi tak perlu nak kesian kat dia ia.


Okey. Tak mau dah tengok cerita dongeng lepas ini. Layan cerita korea lagi seronokkkk! :D


Peace. No war! :)))


Wednesday, November 3, 2010

69. Indah.


 Indah by Atilia.


I don't know why I love this song but I think it is a nice one.


Sebab saya perempuan ker? Suka lagu yang sweet and meaningful. :)


I dedicate this song to all my pretty and gorgeous girlfriends. :)))


Kita pun cantik macam gadis-gadis cantik dalam video ini. Kan? :D


p/s : mana nak dapat bunga cantik macam Sazzy pakai tu? :p


Monday, November 1, 2010

68. Say hello.

It's 011110.


Nice kan? :)


Hello November. Please be nice to me since first paper is coming tomorrow.


02/11/10 - TDP
09/11/10 - PTM
10/11/10 - BC
11/11/10 - ELE
15/11/10 - PPJ


Nervous. (-_-!)


Let's have some fun. Ohh nooo. Let's do some revision darlings!



GOOD LUCK EVERYONE. :)))