Monday, June 28, 2010

24. Bersujud.

Bersyukur kepada Allah. Bersujud sepanjang waktu.

Hari ini keputusan exam keluar. Sumpah saya berdebar sangat-sangat. Saya tak mampu nak makan banyak macam biasa dan rasa macam ada rama-rama dalam perut. Abaikan perumpaan yang tak berapa betul sangat tu.

Alhamdulillah saya lulus dalam semua subjek termasuk kertas STATISTIK tercinta. :) Walaupun pointer saya sedikit menurun, saya tetap bersyukur kerana telah berjaya dalam semua subjek.

Alhamdulillah semua usaha saya dan rakan-rakan belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama berbaloi. :) Terima kasih rakan-rakan sebab banyak berkongsi pengetahuan dengan saya. :)

Tahniah kepada rakan-rakan ku. InsyaAllah kita cuba yang lebih baik pada Semester 4. Doakan yang terbaik untuk semua. :)

Mood saya pada hari ini sangat baik. Saya bersyukur sangat-sangat. :)

CONGRATULATION TO ALL MY BATCHMATES. :)))

Saturday, June 26, 2010

23. Berakhirlah sudah sebuah percutian.

Siap!

Setelah 1 jam lebih saya berjaya mengemas barang-barang dan baju-baju yang mahu dibawa pulang ke Cheras tercinta. Bukan tercinta sangat pun kalau difikirkan beban tugasan dan jadual kelas yang agak padat. Memang saya lah si bulat yang pemalas. :p

Senang cakap saya tak puas lagi cuti. Malas nak balik Cheras. Malas nak duduk statik dalam bas selama 8 jam setengah. Malas nak tahan sejuk dalam bas sampai saya rasa nak selesema. Malas nak angkat beg dan barang-barang yang banyak. Padan muka. Sape suruh bawak balik barang banyak-banyak? Hehe. Yang paling sangat dan amat malas ialah saya tak suka nak kemas bilik. Mestilah habuk dan debu dah bermaharajalela dalam bilik saya. Saya pasti bersin tanpa henti disebabkan mereka-mereka ini. Saya elergi habuk okey. Sila pergi main jauh-jauh dari saya wahai habuk-habuk sekalian!

Mak dah bising suruh siap-siap sebab nak pergi kenduri kawan ayah. Mungkin saya patut bergerak dari laptop sekarang. Kalau tak, mak akan bising satu rumah. Sebab itu lah, saya telah mewarisi bakat "membebel" daripada mak. Jangan marah mak. I love you, Mak! Hehe.

Malam ini, tayar bas Mutiara bakal bergolek ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Gfs, wait for me! Jom date kat velo. Lagi makan dan makan lagi. :D

p/s : Saya berusaha untuk tidak homesick lagi. Malu nak mengaku homesick tapi memang saya suka homesick. :p

I MISS MY GIRLFRIENDS. :)))

Thursday, June 24, 2010

22. Baa Bee Bii Boo Buu

Happy 21st birthday to my dear Cik Boo! :)
Saya jealous dengan awak. Sebab awak muda 4 hari daripada saya. Padahal kita sama bulat, sama comel dan sama belon. Hehe.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Semoga semua impian dan cita-cita CikBoo tercapai. :D

Mesti pergi celebrate birthday dengan Yenn kan? Makan nasi kerabu 2 bungkus sorang. Cun lah. Hehe.

Makin meningkat umur jadi saiz pun harus lah meningkat.
Bukan kelebaran tapi kepanjangan. Hehe
Tapi CikBoo kena janji dengan saya. Tak leh tukar hobi kita. Yes, we love to eat heavenly! Janji tau? :D
Sebab saya tak nak gemuk sorang-sorang. Nak ajak CikTaa masuk geng gemuk kita sah-sah lah tak lulus. CikTaa hanyalah 1/5 daripada kita wahai CikBoo. Hehe.

CikBoo.CikBoo.CikBoo.
Ingat tak pertama kali kita jumpa dan perkenalkan nama? Hehe.
Yes, tepat sekali. Masa nak daftar hostel kt matriks. Saya dan Dhiah datang lambat dan potong barisan sebab nak dapat dorm sama dengan UyuGedik. Masa tu, awak dengan UyuGedik beratur sama-sama. Masa tu lah saya tengok pipi gemuk awak sama dengan pipi gemuk saya. Seronok dapat jumpa orang yang sama gemuk dengan saya. :p

Ingat tak macam mana kita boleh jadi rapat dan erat?
Sebab katil kita dekat je. Hari-hari saya dengar suara awak dan awak dengar suara saya.
Sebab kita suka pergi makan sama-sama. Walaupun makanan kt matriks tak best, kita tetap tak jemu untuk mengunjungi dewan makan. Memang kita suka makan. Hehe.
Sebab kita geng gosip dalam dorm. Saya, CikBoo, CikTaa, UyuGedik, WanieShakira dan ahli-ahli dorm yang lain memang tak putus-putus mencari cerita panas untuk dikongsikan bersama. Itulah masa kita menajamkan minda dan mencari idea baru untuk menyiapkan tutorial. :p Padahal kita suka je copy tutorial UyuGedik. :D

Seronok kan ingat balik kenangan kita semua masa kat matriks? Penuh dengan suka duka dan gelak ketawa. :)

I'm so lucky to have a lovely and supportive friend like you, CikBoo! :)


FRIENDS FOREVER! :)))

Tuesday, June 22, 2010

21. Kisah taufan.

Semalam, hari saya dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan saya berkejaran ke sana dan ke sini. Okey pedulikan frasa dan predikat ayat saya tadi. Memang tunggang terbalik pun. Biasa lah budak kelas pemulihan bahasa Melayu kan. Hehe

Tepat 8.30 pagi, saya bersiap-siap untuk menghantar si kembar yang gemuk ke tadika. Bila tengok mereka pakai baju "sekolah" tu, nampak macam dah besar adik-adik ku ini. Dalam kalangan rakan-rakan pun, mereka lah paling besar dan tinggi. Okey mungkin kegemukan mereka mempengaruhi ilusi optik saya. Abaikan. :p

Kemudian, Elley mesej saya and she said she was coming to Bachok. Mula-mula kami plan nak jumpa pagi tapi dia dan rakannya ada sedikit perkara jadi tertundalah ke tengah hari. As usual la kan, Didie mestilah nak ikut sama. Suka kan Didie kalau dapat jumpa Elley? Haha. We decided to meet at Pantai Irama. Di situlah tempat kegemaran saya dan rakan-rakan untuk mengadakan mesyuarat pantai. Bak kata Fadila la. hehe. Sorry Elley sebab dapat jumpa sekejap je. Ayah telefon suruh amek ikah kt sekolah. Dia ada program lagi di sekolah pukul 4. Didie seperti biasa lah suka ejek saya kononnya saya berlagak sibuk. Haha. Nanti kita jumpa masa BBQ okey? :)

Petang pula, saya bergegas ke Pengkalan Chepa. Nak pergi mengorat abang pilot kt airport. Cewah. Tipu je. Hehe. Kak Marina, my English teacher, invited me to her house for a gathering for KEX's students. Saya sangat lah teruja sebab dah lama tak jumpa Kak Marina dan Captain. :) Dalam keterujaan, saya telah sesat jalan. Tahniah si Bulat. Memang lah saya sesat sebab ni lah kali pertama saya nak pergi rumah Kak Marina. Nasib baik ada Muiz dan Alif sebab tolong bagi direction kt saya. Thank youuuuuu guys! :D

Seronok sangat dapat jumpa Kak Marina. Dia tak berubah langsung. Masih cantik, kurus dan sporting habis. Tapi Captain tak ada. Rugi tak dapat dengar lawak Captain. Hehe. Mula-mula sampai, saya ingatkan semua dah berubah. Ye la sebab masing-masing dah besar. Malangnya, masih lagi dengan perangai yang sama. Memang saya penat gelak lah semalam. The guys tak habis-habis nak buat lawak dan nak kena kan orang lain. Gaya sorang-sorang tak macam dah berumur 23 tahun. Macam budak-budak baru lepas SPM. Haha. I had lots of fun with them. Especially topik "taufan pudin". Sebenarnya, trifle bukannya taufan. Seriuosly, sungguh lah lucu sebab budak-budak ni suka reka cerita yang bukan-bukan. Kak Marina, Muiz, Alif, Pokloh, Pudin, Lemi HUKM, Auni dan Dayah. Terima kasih kerana menceriakan petang Isnin saya. :D

Sorry ni gambar curi from facebook muiz. Mintak kebenaran lah ni. Hehe.



Nanti kita buat makan-makan lagi eyh. Saya memang suka makan-makan. Hehe.

Good Luck People! :D


SWEET MEMORY. :)))

Sunday, June 20, 2010

20. Cinta hati.

Happy Father's Day, Ayah! :)
You're a super cool dad. Thank you very very very like million times for everything, Ayah. :)

Ayah selalu cakap yang susah nak besarkan anak-anak. Tapi ayah tak pernah menganggap anak-anak ayah sebagai beban. Itulah anugerah Allah kepada ayah. Ayah bersyukur dan terima anugerah Allah berikan. :)

Kaklong selalu ingat apa yang ayah cakap tu. Ayah lah yang terbaik untuk kaklong dan adik-adik. Ayah memang faham perangai setiap anak-anak ayah. Kaklong tahu tu ayah. Sebab tu ayah selalu cuba memahami kehendak dan keperluan kami semua. Ayah selalu cuba penuhi kehendak kami. Kaklong amat menghargainya ayah. :)

Inilah yang ayah selalu pesan :
  1. Kaklong kena selalu ingat Allah dan jangan tinggal solat. - yee baikkk ayah.
  2. Kaklong kena selalu buat baik kepada orang lain tapi kena berpada-pada. - yee baikkk ayah.
  3. Kaklong kena jadi contoh kepada adik-adik. - yee baikkk ayah.
  4. Kaklong kena jaga dan ambil berat pasal adik-adik. - yee baikkk ayah.
  5. Kaklong kena mengalah dengan adik-adik. - yee baikkk ayah.
  6. Kaklong kena pandai jaga diri dan berdikari. - yee baikkk ayah.
  7. Kaklong kena jaga nama dan maruah keluarga. - yee baikkk ayah.
  8. Kaklong kena kurangkan shopping dan keluar main2. - tak nak lagi ayah. :p

Thank you again, Ayah. You're such a caring and the most wonderful father ever.
May Allah bless you, Ayah. :)


I LOVE YOU. I HEART YOU. :)))

19. Jom mengundi.

Yeahhh hari ini saya dah cukup umur. Sudah boleh mengundi. Relevan kah alasan itu untuk bergembira? :p

Today, i am getting older and older. I'm already 21. Sweet 21 like Angah said just now. hehe. Mak and Ayah, thanks a lot for everything. Yes, i really mean it. :)))

Jangan tanya saya nak apa sebagai hadiah birthday. Sebab banyak sangat permintaan sampai tak ada orang nak layan dah kegedikan saya. Padan muka diri sendiri. Haih.

Ikhlas saya harapkan semoga saya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan dapat menjadi anak yang terbaik kepada Mak dan Ayah. Yes, i love them so much. :) Saya tahu saya tak mampu nak jadi sehebat orang lain tapi saya nak jadi anak dan kakak yang paling hebat kepada keluarga saya. Kaklong mungkin tak sesempurna orang lain tapi Kaklong cuba untuk perbaiki diri. Doakan terbaik untuk Kaklong. :)

okey sebab hari ini rasa bersejarah, nak tengok balik gambar-gambar masa kecil dulu. comel tak? :p














Sila perhatikan pipi gemuk saya itu. Terserlah dari kecil lagi. Hehe














Hobi saya masa kecil suka sepah kan almari sendiri dan bergaya sesuka hati. Ini gaya nak pergi belajar mengaji dengan nenek. Baik kan ustazah? :D



















Air kotak laici memang favourite saya masa kecil. Saya suka pakai skirt sebab saya rasa saya comel. Sungguh perasan. :p



















Saya suka main-main dengan budak laki masa kecil. Sebab tu saya main bola. Sebenarnya pegang bola je tahu. Hehe. Ayu tak saya? Nak main bola pun pakai skirt. :p













Ni gambar masa saya darjah 6. Setinggi pokok bunga kertas je. Sungguh sadis melihat kependekan dan kekurusan ku.













Masa sekolah menengah, saya seperti telah dipam-pam menjadi belon panas. Nasib baik tinggi pun bertambah. Tapi masih tak seimbang dengan kegemukan diri yang melanda. Yes, semua sangat sayang dengan pipi bulat saya. :D














Saya sangat gedik sebab suka pakai baju pink. Sorry uyu sebab tersuka pink macam uyu. Hehe. Masa matrik, saya sangat gembira sebab ada kawan-kawan yang suka makan banyak macam saya yang bulat ni. :D



















Dan di sini lah saya berada hari ini. Teacher-to-be. Alhamdulillah saya semakin menyukai panggilan cikgu tu. :) Nama apa yang glamour untuk saya di sekolah nanti eyh? Cikgu Nurul, Cikgu Sha, Cikgu Chapa, Cikgu Wawa or Cikgu Chantek? I prefer Cikgu Chantek. Lagi perasan. :p


Alhamdulillah. Saya sudah hidup selama 21tahun di muka bumi Allah ini. :) InsyaAllah saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada saya yang berumur 20thn. :D


I LOVE MY LIFE. :)))

Saturday, June 19, 2010

18. Bila saya masuk dapur.

salah satu perangai saya ialah saya memang mudah terpengaruh. haih

semalam masa makan, saya tengok iklan mayonis di tv3. dalam iklan tu, dia masuk kan mayonis dalam telur dadar. nampak macam sedap je. hehe

jadi, hari ini saya goreng telur dadar dan masuk kan 1 sudu mayonis lady's choice. mak cakap pengaruh media massa betol. hehe.

memang betol sedapppppp. nyum3. tak rugi saya mempertaruhkan 2 biji telur ayam dengan 1 sudu mayonis tadi. risau kalau tak sedap. sah-sah kena perli dengan mak. hehe. perbezaan dia ialah telur jadi lagi lembut dan lagi berlemak. sedapppp. :D

okey, sape-sape yang terliur dengan resipi telur dadar bermayonis ni, boleh pergi dapur sekarang. nak rasa kena la masak sendiri. hehe

p/s : dulu saya pernah bercita-cita nak jadi chef masakan. banyak sungguh cita-cita masa kecil dulu. :p


SI BULAT YANG MAKIN BULAT. :)))