Showing posts with label cooking time. Show all posts
Showing posts with label cooking time. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

112. Mageiricophobia



Mageiricophobia.

Apa benda itu?

Mageiricophobia merupakan ketakutan terhadap aktiviti memasak.


Ada yang memang sudah tahu ker istilah ini? Haaa saya baru tahu yang ada juga yang ada juga orang yang fobia untuk memasak. Mungkin takut kalau nak masak kek coklat, jadik kek gula hangus. Menarik lah tu kan? Hehe


Sebab saya baru tahu istilah ini, jadi saya pun nak kongsi dengan rakan-rakan. :)


Ehem ehem nak tanya. Ada sesiapa yang nak mengaku menghadapi masalah ini? Baik mengaku sekarang dan boleh mula ke kelas masakan mulai esok. Haaa kalau sudah 20-an tapi tak tahu nak masak meggi pun, wajib pergi belajar memasak dengan Iron Chef. Hehe.


Yes, saya mengaku saya tak pandai memasak. Walaupun saya ada cita-cita nak buka bakery sendiri nanti. Comel tak? Hehe. Please jangan gelak okey.


Ini je kek coklat yang saya sempat buat masa cuti hari itu. Lazat penuh berkrim.

Keobsesan terhadap sos cili. Bankrup Mc'd.

Bersama ratu Kenny Rogers, Elley.


P/s : Sekarang mengidam nak makan steamboat. Minggu lepas dan minggu ini saya makan steamboat. Memang terserlah keobsesan terhadap steamboat sejak kebelakangan ini.


Sunday, January 16, 2011

96. Iron Chef.

Esok Elley nak buat makan-makan dengan gadis-gadis cantik Blok B. Jadi, tadi saya dan Tong menemani Elley ke Jusco Taman Maluri untuk membeli barang-barang memasak.


Okey. Cepat teka! Kami nak masak apa? Jeng jeng jeng. Spaghetti Carbonara dan Puding Trifle! Seronok nya dapat makan ramai-ramai. Rasa macam kat rumah. Kan kan kan? :D


Ni saya dan Buddi baru balik dari rumah Elley. Tadi kami buat trifle. Hasil yang memberangsangkan. Bangga bangga. Hehe. Sila lah tengok proses penghasilan trifle kami bersama Elley selaku penyelia kami. :)


Susun kek gulung menjadi rata. Pandan lagi best!

Koktail.

Susun buah-buah ke atas lapisan kek.
Susu cair dan tepung custard dan gula.

Letak acuan tadi ke atas lapisan kek dan buah-buah.

Taraa walaupun tak berapa rata. Hehe

Serbuk jeli dan air panas.
Letak acuan jeli sehingga rata.
 
Puding Trifle sudah siap!

Boleh letak dalam peti ais sekarang!


Nampak sedap kan kan kan? Amboi nak puji melebih mentang-mentang lah hasil air tangan sendiri. Bukan seorang yea. 3 orang chef yang buat ini. From Mulong, Bachok and Jitra. :)


Wahh. Tak sabar nak rasa Puding Trifle Cantik esok ( bagi nama sendiri ). Hehe. Thanks to Elley sebab ajar buat and thanks to CikNab sebab dia yang ajar Elley dulu. Resipi turun temurun. Hehe


Haaa. Siapa-siapa yang nak resipi, boleh mintak dengan saya. Bayar RM10 je. Tipu je! Hehe. Jom balik rumah dan cuba buat sendiri okey? :)


P/s : Mood nak memasak membuak-buak sekarang. Begitu juga mood nak makan. I feel good! :)