Showing posts with label gedik sungguh. Show all posts
Showing posts with label gedik sungguh. Show all posts

Friday, November 30, 2012

243. Sekali lagi #AdamDanHawa.





Saya belek-belek senarai entri yang saya dah tulis. Then saya perasan ada 1 entri saya yang ada viewers 242. Berbeza sangat dengan entri-entri lain.

Entri pasal Drama Adam Dan Hawa. Amboi ramai betul penonton setia drama ini termasuklah SAYA dan SYEMM! Kihkih.




P/s : Tak suka watak Johan yang psiko dan tak faham bahasa. Am handsome sangat kan kan kan? Biasalah rambang mata tengok Am. Kihkih.


Saturday, September 1, 2012

225. Drama Adam Dan Hawa.



Weheee. Syoknyaa novel favourite saya dah jadi drama. Tak sabar nak download semua, 80 episod dan pulun tengok. Taknak lah tengok satu per satu episod. Nanti tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Memang perangai saya, tak sabar. Kihkih.



Kepada sesiapa yang nak download drama ini, silalah tekan di sini. Selamat men-download! Hihihi.

Oh lupaaaa. Hai Adam Mukhriz dan Ain Hawani! :p


Sunday, November 21, 2010

78. Habaq mai.



SI GADIS SUKA...

  1. lelaki yang tough walaupun jarang ke gym.
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja.
  3. lelaki yang bijak dan pandai. CGPA pilihan? tentulah yang 3.5 ke atas!
  4. mempunyai KERETA. tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik sendirian berhad.
  5. lelaki yang pandai bermain alat muzik. sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka dan buat lawak. tidak kering gusi apabila bersamanya. lelaki yang penuh dengan sense of humor sering menjadi pilihan si gadis.
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. bolehlah diharap apabila melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi, kamu dahulu yang dicarinya!
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam AGAMA. walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi, setiap gadis mahukan lelaki yang mempu memimpim mereka apabila SOLAT BERJEMAAH kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas. walaupun ada yang suka berambut panjang, wahai lelaki, percayalah lambat-laut si dia pasti menyuruh kami potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit JANGGUT. machooo you alllsss...
  12. lelaki yang wangi dan pandai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! maknanya lelaki yang tahu dan hafal TARIKH-TARIKH PENTING si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? si gadis amat menyukainya!
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya. hellloooo lelaki, jika nak mengorat anak dara orang, kenalah beli jiwa ibu dan bapanya terlebih dahulu tau!
  16. PENYABAR! tetapi dalam keadaan apa? tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis pergi membeli-belah. kamu tak beli apa-apa pun tak mengapa asalkan sudi menjadi peneman itu sudah memadai!
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. jangan menyampuk kata-katanya!


SI GADIS TIDAK SUKA...


  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus dan selalu sakit. macam mana nak tanggung anak orang kalau diri sendiri tak terjaga kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. aktiviti petangnya ialah duduk bersenang-lenang di rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran. kalau CGPA selalu bawah 2.0 sahaja, baik balik kampung dan tanam jagung.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja. ooopppsss!
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. untuk ke mana-mana, selalu tumpang orang sahaja. paling teruk? suruh si gadis ambil!
  6. lelaki yang tidak meminati muzik. hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. uurrggghh bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. nak bergurau pun tak boleh...
  8. lelaki yang tidak suka berjalan-jalan. hanya terperuk dalam rumah. buat apa pun tak tahulah!
  9. lelaki yang buta komputer. jangan kata nak baiki, Microsoft Powerpoint ataupun Excel pun tak tahu nak guna. macam mana tu?
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang dan malam. tak ingat dosa pahala!
  11. lelaki yang buta gaya. rambut serabai, pakaian tidak terurus.. kesiannnn...
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! jangan merokok pleaseeee...
  13. lelaki yang ada bau badan. ooouuuuccchhh... rajinkan mandi dan segera atasi bau badan itu ye...
  14. lelaki yang mengucapkan hari jadi si gadis seminggu lewat? ohh... si gadis paling pantang yea...
  15. lelaki yang hanya tahu berpasangan, tetapi apabila diajak berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa gadis, macam-macam lah alasan timbul!
  16. lelaki yang tidak romantik. tak pernah langsung diberikan bunga, hadiah ataupun sebarang kejutan. bosannya hidup!
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap " tak kisah lah, apa-apa je. ikut awak la ". hmmm, baik tak payah tanya terus!
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! aduhh, sakit telinga laaa apabila lelaki membebel.

Si gadis-gadis cantik. :)))

Wednesday, September 22, 2010

52. Nota penting.

Tajuk : Kenapa wanita perlukan lelaki?
( merujuk kepada bakal hubby masing-masing yea )

Masa : 10.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah IPTek

Pensyarah : Budd, KT, Elley, Gha

Pelajar : Ezadd, KW

  1. Untuk tolong angkat barang-barang masa membeli belah.
  2. Untuk buka kan tin sardin masa kami rasa rajin nak memasak.
  3. Untuk menemani kami pergi membeli baju raya kat tempat yang sesak seperti Jalan Tar.
  4. Untuk jadi partner baju raya sedondon.
  5. Untuk tolong jemur dan angkat pakaian kat ampaian sebab kami tak suka kena panas.
  6. Tolong sapukan minyak mestika masa senggugut.
  7. Tolong tukarkan lampin anak-anak sebab kami tak tahan bau-bauan yang menusuk hidung.
  8. Untuk menemani kami semasa temujanji dengan doktor.
  9. Tolong sapu dan bersihkan habuk kat rumah sebab kami elergik habuk.
  10. Untuk bagi komen tentang baju dan tudung kami matching ker tak.
  11. Tolong habiskan masakan kami walaupun tak sedap.
  12. Jadi driver kami semasa nak ke kedai atau ke pasar.
  13. Ada orang tolong cucikan kereta.
  14. Dengar kami menyanyi walaupun suara tak sedap langsung.
  15. Ada orang nak bagi duit raya masa hari raya.
  16. Ada orang nak dengar kami membebel dari pagi ke malam.
  17. Tolong pilihkan baju masa membeli-belah sebab dah rambang mata banyak sangat pilihan.
  18. Untuk carikan makanan pelik-pelik masa mengidam.
  19. Ada peneman masa rumah blackout.
  20. Ada orang tolong ambil gambar kami sebab kami sangat suka bergambar.
  21. Ada orang untuk bersalam-salaman sebelum ke tempat kerja.
  22. Ada orang untuk kami panggil "sayang".
  23. Untuk ingatkan kami yang "saya sayang awak".
Mungkin ada beberapa sebab yang terlebih "sweet". Tapi tak kisah lah kan. Hehe.


P/s : Ada apa-apa isi penting yang perlu ditambah lagi ker? Macam tak cukup je. :p

Tumpang tanya. Di manakah Mr. Cinderella saya? :)))

Thursday, September 16, 2010

51. Adinda. :)

Penyanyi : Lah Ahmad
Lagu : Adinda

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita

Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku


Tak mudah ku melupakanmu

Hanya engkau yang ku perlu

Bayang-bayangmu masih menghantuiku

Apa saja yang kau mahu


Korus
Semua untukmu oh adindaku

Dengarlah rayuan di hatiku

Sesungguhnya aku mencintaimu

Selalu di hatiku memanggil namamu

Oh adindaku oh adindaku

Semua kerana, kerna kamu


Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku

Yang selalu menerangi hari gelapku


Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu

Semakin hari semakin ku rindu


Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu

Bayang-bayangmu masih menghantuiku

Kamu selalu di hatiku

Semua yang kau mahu


(Ulang korus)

Walau berjauhan

Suaramu mengakhiri penantian

Tabah mengharungi cinta

Semua dugaan Maha Esa


(Ulang korus)

p/s : Ada tak orang nak nyanyi lagu ni sambil main gitar untuk saya? Hehe. *gedik*

Tuesday, August 31, 2010

45. Gedik sebelum tidur.

WAS IT A CAR OR A CAT I SAW

WASITACARORACATISAW

This is only English sentence which even if we read in reverse,
it'll give the same sentence.

Good night, people. :)

Wednesday, July 21, 2010

34. Siapakah pilihan hati?

Jeng jeng jeng.

Inilah bakal finalis Dara.Com 2010.
Siapakah pilihan hati anda? :D

Pemenang bakal menjadi cover girl untuk majalah Dara edisi khas.

Ini lah cita-cita Nana dari kecik lagi. Tapi apakah dia berjaya menonjolkan diri lebih daripada Zaza, Wawa dan Fafa? Hehe

p/s : Abaikan kegemukan pipi masing-masing.

GEDIK SUNGGUH. :D