Servis kereta. - Done ( Pujuk Ayah bayarkan. Hehehe )
Bayar roadtax kereta. - Done ( Dan juga berjaya pujuk Ayah. )
Polish kereta - Not yet ( Kereta dah tak cantik sebab beberapa tragedi dilanggar daripada belakang. Haih )
Bawa nenek pergi bank. - Done ( Dapat upah. Hehehe )
Visit CikTaa bekerja. - Done ( Memang penat tengok rupa orang baru balik kerja. Ish ish ish )
Bawa Eqah beli barang-barang sekolah. - Not yet. ( Tugas seorang Kaklong tiap-tiap tahun )
Ganti puasa Ramadhan. - Not yet. ( Lagi sehari okeyyyy. Sepatutnya nak puasa hari ini tapi lupa nak niat puasa. Aigooo )
Kemas buku kat bilik atas. - Done ( Buku-buku lama berlambak tapi sayang nak buang. Saya kan suka membaca. Cewahh )
Nak ubahsuai kedudukan dalam bilik tidur. - Not yet ( Banyak halangan. Sebenarnya banyak tidur je )
Dan beberapa lagi tugasan yang telah diberikan oleh Lady Boss aka Mak. Hehehe. Jangan risau. Saya akan pastikan semua kerja yang diberikan selesai sebelum habis cuti semester. Hehehe.
Ayuh kita bersarapan. Nak buat sandwich sosej pagi ini. Siapa mahu, silalah bertandang di rumah. Jangan segan-segan. Hehehe.
Jyeaaahhhh! Cuti akhir semester 6 telah bermula. Secara rasminya akan penjadi penganggur tetap di rumah tercinta selama 6 minggu. Heaven kan? Hehe.
Hari itu, kali pertama dalam seumur hidup saya menjadi pemandu tetap selama 9 jam. Terima kasih kepada co-pilot saya, Syemm Gems kerana berjaya menjadi co-pilot dan pramugari yang terbaik. Weee. Menggagahkan diri untuk menjejakkan kaki ke negeri tercinta. Kesannya ialah demam dan sakit badan untuk beberapa hari. Ayah cakap biasalah tu tak pernah-pernah drive lama macam itu.
Haaa Ayah boleh tengok sekarang betapa kuatnya Kaklong. Selalu je kena perli cakap lembik macam sayur kena salai. Hehe. Apa-apa pun alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. :) Oh cuma Angah a.k.a budak hitam belum balik lagi. Minggu depan baru menjejakkan kaki ke rumah. Haaa padan muka sebab kena berkhemah dalam hujan. Best kan? Hahaha.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. :))) Sebab Ramadhan semakin dekat, jadi saya download lagu Raihan. Ada kaitan ker? :p
Guess what? I'm home. I'm so lucky since SKPP cuti 1 Ramadhan. Apa lagi? Terus lah saya ke Hentian Putra dan beli tiket bas. Walaupun tu lah seat yang terakhir tapi saya bersyukur. Nak beli tiket flight tapi semput-semput je bila tengok RM200++. Heee. Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah walaupun bas saya terlambat sampai sejam semalam. Pukul 10.30 malam baru bertolak. Haih mandi peluh saya tunggu kat dalam Hentian Putra yang sesak macam ikan sardin.
Sekarang musim buah kan? Balik-balik je saya terus makan buah tembikai, durian, rambutan dan nanas. See memang saya ratu buah. Best nya makan buah yang sejuk setelah diperam dalam peti ais. Weeee memang rumahku syurgaku. Any obejction sayang-sayang? :D
Bukti saya berada di rumah. Si kembar yang excited cuba baju raya. Weee
Buah kegemaran Ayah!
Pisang buah kegemaran saya.
Durian dan rambutan buah kegemaran Adik!
Hopefully saya diberikan kekuatan dan kesabaran lebih sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga saya dapat memenuhi beberapa azam untuk Ramadhan kali ini. Simpan dalam hati sebab kalau cakap, takut jadi riak dan tak ikhlas. Heee. InsyaAllah kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing agar menjadi lebih baik dan semakin dekat dengan Allah. :)))
Hmmm mesti besar dugaan mengajar di bulan Ramadhan kan? Sila kawal tekanan darah yea Cikgu Nurul. Nanti pecah saluran darah disebabkan murid-murid comel yang hiperaktif dan tak suka duduk diam. Okey Ramadhan perlu lebih bersabar. Peringatan untuk diri sendiri. :)
P/s : Mesti rindu nak minum teh ais buatan BangAjis kantin SKPP. Teh ais dia memang slurppyy! Weee
Padan muka diri sendiri. Siapa suruh makan tak beragak-agak. Makan tidur makan tidur. Memang heaven lah bercuti kat rumah. Tapi dah gemuk sangat sekarang ini. Waaaaaaaa.
P/s : Sempat ker nak kurus sebelum pergi praktikum? Budak-budak suka cikgu yang cergas. Sekarang ini lembab tahap dewa. Aigoo
Adik saya pergi tengok Kelantan VS Terengganu kat Stadium Bukit Jalil pada malam ini. Saya?
Saya jaga rumah sahaja. Makan betik yang ayah petik sambil goyang-goyang kedua-dua belah kaki. Hehe
Angah cakap saya tak ada semangat kenegerian dan tak ada semangat kesukanan. Sebenarnya, saya tak nak melibatkan diri dalam sebarang agenda berkaitan dengan bola atau sepak atau bola sepak. Tahu?
Ramai orang teka Kelantan kalah malam ini. Ottoke? Please menang Kelantan supaya saya tak dengar Mak meraung-raung kecewa sebab kalah. Saya? Saya mestilah jadi tukang pemerhati sahaja. Hehe
To Zadd/SeoHyun/Maknae : Sorry sebab tak balas mesej. Virus malas nak topup sedang menular sekarang. KW/TaeYeon/Unnie akan balas mesej dengan segera apabila sudah men-topup-kan telefon klasik itu. Hee
Selamat pagi Malaysia. Hari ini saya bangun awal sebab semalam tidur tersangat-sangatlah awal. Bangun solat isya pukul 3 pagi kemudian sambung tidur. Memang heaven lah. Hehe
Okey sekarang saya berada dalam mood tak puas hati. Confirm semua orang baca suratkhabar semalam kan. TARIF ELEKTRIK NAIK. Tajuk berita yang berjaya buat semua pembaca termenung panjang. Memang rakyat didahulukan. Aigoo semua orang rasa nak migrain semalam. Baik mak ataupun ayah. Eh hello saya sendiri pun rasa nak migrain. Yee laa sebab orang dah kena tinggal kat rumah sewa. Bil elektrik dan air kenalah bayar sendiri. Takkan nak share dengan jiran sebelah kot. Pening pening pening. (-_-!)
Memang eloklah bila saya kena pindah rumah sewa, bil elektrik pun naik. Rumah student mestilah banyak guna elektrik. Laptop, printer, charger telefon semua memang pakej lah. Haihh lepas ni boleh bagi alasan kat pensyarah yang saya tak siap assignment sebab nak jimat bil elektrik. Tak boleh pasang laptop 24/7. Hehe
Mak pun dah start bagi warning kat seisi keluarga semalam. Ehem ehem memang kena ceramah panjang semalam. :p
Tutup laptop bila dah habis main game or download cerita. --> Khas untuk anak-anak lelaki Mak.
Jangan buka TV dan radio 24 jam padahal empunya diri dah lama menghilang pergi mana-mana. --> Juga untuk anak-anak lelaki Mak.
Iron baju untuk seminggu sekaligus. Jangan nak iron seketul-seketul. --> Yang ini ditujukan kepada anak-anak perempuan Mak yang jelita lagi menawan.
No more aircond. --> Khas untuk si kembar yang tak boleh hidup dalam kepanasan.
Sila tidur guna lampu tidur atau gelap terus lagi bagus. --> Eqah yang takut tidur dalam gelap.
Bila melangkah keluar dari bilik masing-masing, silalah tutup lampu dan kipas serta semua benda yang memerlukan elektrik. --> Bad habit semua orang yang suka biar benda on 24/7.
Saya rasa nak copy and paste semua peraturan baru Mak kat rumah sewa nanti la. Bajet nak jadi mak tiri kat Budd, Ezadd dan KT. Eh silap bukan. SooYong, SeoHyun dan YoonA. Haha jangan marah KimTaeYeon yea. :p
Macam mana lah kehidupan di rumah sewa nanti? Fikir sekejap. Pagi-pagi kena bangun awal kalau taknak terlambat pergi kelas atau praktikum. Nak tunggu lif memang lah lama. Lif nak turun ground floor yang bermasalah. Nak naik ke tingkat 15 sekejap je. Yee yee rumah sewa kami berada di tingkat 15 daripada 16 tingkat. Syok kan? Malam-malam boleh tengok view KL Cheras yang indah. Hehe.
Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. InsyaAllah. Aminnn. (^__^)
Btw, puding trifle yang saya dan Eqah buat dah habis dalam masa sehari. Memang terhangat di pasaran. Padahal semua orang kat rumah ini raja makan. Especially si kembar tu. Hehe. Nanti nak try tukar lapisan kek dengan biskut oreo lah. Nik aka orang tua aka abang sepupu tipu-tipu bagi resipi baru. Mesti dia belajar daripada Emma kesayangan dia tu. Phewitttt!
Okey people. Have a wonderful holiday! :)))
Quote for today :
Allah SWT looks not at how you look, but what is in your heart.
LAPTOP VINTAGE saya telah selamat dikebumikan. Dah rosak hampir dua minggu. Menangis senyap-senyap semalaman sebab banyak benda penting dalam laptop tu. Sedih sungguh. Tak tipu. (T_____________T)
Bila saya dah dapat upah menoreh getah di kala musim hujan ini, saya akan beli pengganti buah hati saya itu. Sila bersabar yea budak gemuk.
Sekarang, sedang bertapa di rumah. Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah setelah 12jam dalam kereta. Pemandu berhemah mestilah lambat sampai. Cewah betul ker? :p
Percutian seminggu di rumah. Cuba untuk memaksimumkan masa berada di rumah. :)
To gumuk-gumuk : Semalam, KW rasa touching sorang-sorang. Nak mesej semua orang tapi tak sempat nak topup lagi. Ye, cuba menjadi kuat. Sekuat heroin Korea.
Sekarang saya berada dalam mood yang terlampau gembira. Sebab saya sedang menghirup udara di kampung tercinta. Yessss, i'm home! Manis rumah manis. :D
Haaaa sebab tema untuk hari ini ialah ceria-ceria, saya ada satu soalan. Cepat siapa nak main teka-teka ni. Soalannya ialah di mana kah terletaknya kilang jelitawan? Jelitawan macam saya. Hehe. Okey ayat akhir sekali tu auta bukan fakta.
Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Golden Sand as known as Pasir Mas, Kelantan. Phewiittt sekarang semua orang nak mengaku yang dia orang Pasir Mas. No no no I still mengaku I orang Bachok. Kira adik-beradik Pasir Mas lah kan sebab sama negeri. Cewah nak juga tumpang sekaki. Hehe
Boleh percaya ker dengan pernyataan ini?
BETUL! TEPAT SEKALI!
Saya ada ramai kawan-kawan yang berasal daripada Pasir Mas. Yang menariknya, semuanya cantik-cantik, manis-manis, gebu-gebu dan putih melepak. Serius tak tipu. Hehe. Kalau nak nombor telefon mereka, boleh hubungi saya dengan segera. Lambat-lambat nanti tak dapat jadi warganegara Pasir Mas. Cewahhh. Hehe
Kalau sesiapa tak percaya, boleh tekan terus kat LINK INI. :)
Ini merupakan salah satu artikel dalam Metro Ahad yang bertarikh 30 Januari 2011. Senang cakap suratkhabar hari ini. Saja gedik nak cakap panjang-panjang. Hehe. Tajuk artikel ini ialah Pasir Mas "Kilang" Jelitawan. Amboiiii cemburu I sebab tak ada ker yang nak tulis "Gadis Bachok cantik dan sopan-santun". Boleh migrain 10 hari kalau Mak baca tajuk ni. Haha.
Okey masih tak percaya lagi. Nak contoh orang Pasir Mas yang cantik dan putih gebu? Haaaa, saya nak tanya siapa tahu pemenang Dewi Remaja 2010? Lastest Dewi Remaja selepas Scha Al Yahya.
Haaaa. Tepat sekali. Neelofa Mohd Noor aka Lofa. Dia orang Pasir Mas okey. Cantik, putih gebu orangnya. Kalau Buddi ada, mesti dia jerit-jerit cakap "Lofa tu schoolmate I. Dalam surau, I duduk sebelah dia". Haha. Buddi memang comel.Kena puji lebih-lebih sekarang sebab takut dia mengadu kat Abang Awie dia. Tak pasal-pasal I kena pukulan percuma. :p
Lofa, pemenang Dewi Remaja 2010.
Buddi, bakal Dewi Remaja 2011 dan bodyguard nya. Hehe
Kenapa orang Pasir Mas dikatakan cantik-cantik dan elok semuanya?
Menurut artikel tersebut :
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Lepas ini, semua orang nak mengaku dia orang Pasir Mas. Tak pun cakap nenek atau datuk orang Pasir Mas. Padahal tak ada pun saudara kat Pasir Mas. Biasalah nak naikkan saham sendiri. Hehe
P/s : Esok I nak pergi Pasir Mas lah. Nak tengok betul ker tak orang Pasir Mas ini cantik-cantik. Boleh cari seorang dua untuk jadi adik ipar. I kan ada EMPAT orang adik lelaki. Ada rupa macam kakak dia. :p
Sebenarnya, semua ciptaan Allah indah-indah dan cantik-cantik. Yang membezakan kita ialah cara masing-masing untuk menghiasi keindahan dan kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jadi, biarlah cantik di luar dan di dalam. :)))