Showing posts with label hot and cold. Show all posts
Showing posts with label hot and cold. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

234. Jangan lupa kawan.



Disebabkan kesibukan masing-masing, saya dan CikTaa tak sempat nak calling-calling. Spend time bertanya khabar kat whatsapp je. At least, still ada masa nak borak-borak pasal life masing-masing kan. :)

One of the topic yang kami borak kan ialah pasal FRIENDSHIP. Dah kawan lama, since sekolah lagi, tapi bila dah besar macam sekarang, macam dah tak ambil kisah pasal kawan-kawan. Mungkin kehidupan dia sekarang lagi seronok dan bahagia kot. Tapi janganlah lupakan persahabatan yang kita ada since sekolah lagi kan. Jadi, bolehlah cuba-cuba bertanya khabar kawan-kawan ini sebab ada masa kami rasa terkilan dengan ketidakprihatinan yang ditunjukkan.

Hopefully, lepas ini, semua orang rajin-rajin lah bertanya khabar kawan-kawan walaupun sekadar sekeping msg, whatsapp, bbm atau sebagainya sebab mungkin pada masa akan datang, kita memang memerlukan bantuan kawan-kawan kita. :)

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.

:)


Tuesday, January 10, 2012

200. Give more than you take.



Alhamdulillah. I'm so grateful for everything.

2012. Please be awesome to me. Treat me well okey.

:))) 

Thursday, December 8, 2011

194. 49 days.


 


 Aaaaarrrggggghhhh sedihnya cerita ini. :(


Okey emosi lebih sebab tak berapa stabil sekarang.


Tadaaaaa.


Thursday, June 9, 2011

150. Bad day.



Semalam mungkin hari yang sangat tak best untuk saya. Sebab ter-stalk dan ter-baca beberapa benda yang tak sepatutnya saya tahu. Saya tak sepatutnya guna kebolehan CSI saya untuk benda-benda macam ini. Instinct saya selalunya betul. Yee saya pasti. Okey biarkan saya merapu sorang-sorang supaya saya tak menyesal dan tak terkenangkan benda-benda ini lagi.


Please stop right now!


Girls. Sorry for being so stupid. I cried again. For the same reason. I'm sorry.


Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada aku. Ketenangan hati dan fikiran. Aminnn.


Quote for today :
Hold on to things that make you happy and let go of things that make you sad.


Tuesday, May 31, 2011

146. Responsibility.



Hey kau. Kalau kau dah tahu itu tugas kau, kenapa kau buat-buat lembab nak tanya pensyarah? Bila aku tanya, kau boleh pulak jawab dengan berlagak dan tak rasa bersalah langsung. Kau memang lah syok sebab kau senang-senang bagi arahan. Yang terkial-kial nya aku dan beberapa orang lagi mangsa kau. Kalau orang lain boleh ambil berat pasal tugas dan tanggungjawab masing-masing, takkan kau tak boleh?

Kau ingat je lah wei. Tanggungjawab itu amanah. Kau sendiri-sendiri ingatlah. Malas aku nak cakap banyak dengan orang yang tahu nak menangkan diri sendiri. At least, kau mengaku salah dan minta maaf. Ni tak, kau berlagak lagi. Aku dah pening ingat pasal kau.

Baik aku makan mangga dengan asam lagi best. Haihhhh


Monday, May 9, 2011

139. Fear factor.



You can run from what you fear, but you can't get away from what you must face one day.

I'm so scared. Ottoke? :(


P/s : I need to be there. HOME.

Monday, May 2, 2011

134. Random feeling.



When I was a child, I wanna grow up. Now that I'm grown up, I wanna go back to being a child.

Can I become two years old girl again? Oh no. I am twenty two years old lady! *Time flies so fast. Huhh*


Quote for today :
Life is just like a sea, we are moving without an end.


Wednesday, March 30, 2011

122. Down down and down.



Baby, are you down down down?


Totally down. :(


I need to be there. A place called home.


You know why?


A hug from your parents always makes everything better. Even in the hard situation.


Monday, March 14, 2011

117. Tergendala sebentar.



Yes, lama sungguh tak update blog rasanya.


LAPTOP VINTAGE saya telah selamat dikebumikan. Dah rosak hampir dua minggu. Menangis senyap-senyap semalaman sebab banyak benda penting dalam laptop tu. Sedih sungguh. Tak tipu. (T_____________T)


Bila saya dah dapat upah menoreh getah di kala musim hujan ini, saya akan beli pengganti buah hati saya itu. Sila bersabar yea budak gemuk.


Sekarang, sedang bertapa di rumah. Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah setelah 12jam dalam kereta. Pemandu berhemah mestilah lambat sampai. Cewah betul ker? :p


Percutian seminggu di rumah. Cuba untuk memaksimumkan masa berada di rumah. :)


To gumuk-gumuk : Semalam, KW rasa touching sorang-sorang. Nak mesej semua orang tapi tak sempat nak topup lagi. Ye, cuba menjadi kuat. Sekuat heroin Korea.


Tuesday, February 15, 2011

111. Tersedak lagi.



Bangun lambat pada hari cuti memang menggembirakan.


Bangun lambat dan hati tersedak memang menyedihkan.


Please jangan tersedak lagi. Sila bertahan sampai penghujungnya. Please.


( T_____________T )


Btw, Salam Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan. Semoga boleh mengambil sedikit masa pada hari cuti ini untuk mengingati kembali kisah-kisah perjuangan Rasulullah yang sering kita dengar masa kita kecil. InsyaAllah. :)


Tuesday, January 4, 2011

91. Hot and Cold.



Bismillahirrahmanirrahim. :)

Selamat datang 2011. Selamat tinggal 2010. Semoga segala kenangan pahit manis sepanjang tahun 2010 menjadi pengajaran yang tidak ternilai kepada kita semua dalam usaha memperbaiki diri sendiri. InsyaAllah. :)


01012011.
Selamat hari lahir yang ke-47 kepada Mak tersayang. Semoga Mak panjang umur dan murah rezeki. InsyaAllah. Terima kasih Mak, untuk semua yang Mak berikan selama Kaklong hidup 22 tahun di muka bumi Allah ini. Kasih sayang, didikan agama, teguran, nasihat. Kaklong sayang Mak sangat-sangat! :)

    
Cinta hati saya selama-lamanya


03012011.
Hari yang penuh dengan suka dan duka bagi tahun 2011.


Happy birthday to my ex-roomate, Deqjaa and my close schoolmate since primary school, Sheero. May Allah bless both of you. Have a wonderful birthday. :)

Roomate ku yang kecik molek. Terror Maths okey! :D

Sheero, dapat nama daripada cerita Shin Chan. Ehe

P/s : Sayang-sayang, I curi gambar you alllssss daripada muka buku. Mintak kebenaran yea. Hehe


Berita gembira lagi. Keputusan peperiksaan semester lepas sudah berada dalam tangan. Alhamdulillah, saya lulus dalam semua subjek termasuklah Basic Calculus. Sujud syukur kerana segala usaha dan penat lelah sepanjang semester lepas berakhir dengan kegembiraan. Sungguh tidak disangka-sangka saya mendapat A- untuk subjek tersebut. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tahniah kepada rakan-rakan yang cemerlang. :)


Dan tahniah kepada Angah kerana mendapat keputusan yang memberangsangkan. Lagi tinggi kan semester ini? :) Usaha lagi okey? Jangan lah ambil hati dengan teguran dan nasihat daripada Ayah. Fikir positif. Buktikan yang Angah boleh mendapat keputusan yang lebih baik. InsyaAllah. :)


DAN BERITA TIDAK MENGGEMBIRAKAN.


Sesungguhnya Allah akan menguji kesabaran dan ketakwaan hamba-Nya dengan dugaan-dugaan. Ada di antara rakan-rakan seperjuangan yang diuji apabila mendapat keputusan peperiksaan. Jangan lah putus asa dan bersedih. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang diigini. Kami sebagai rakan-rakan akan cuba membantu sedaya yang mungkin. Jangan lah segan-segan untuk meminta pertolongan. Kami berharap sangat yang kami dapat membantu. Ikhlas. :) InsyaAllah semua berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kegembiraan. :)


Semalam, saya agak kalut dengan hari pertama kelas. Perjumpaan dengan Puan Rashida, nak ambil keputusan peperiksaan, ragam pensyarah yang mungkin tidak begitu menyukai saya. Kalut kaku kelu kejang kaki. Mungkin disebabkan keadaan yang tidak menyenangkan, saya telah membuatkan kawan baik saya terasa hati. To my bestie, sorry kalau Sha ada tersalah cakap atau buat apa-apa yang tidak sepatutnya. Please jangan marah Sha. Kesian lah kat Sha. SORRY AGAIN. :(  :(  :(


Saya dapat merasakan yang semester ini akan menjadi semester yang sangat sibuk. Larian mesra, KOT, lawatan ilmiah, praktikal, KOAM dan final exam. Ya Allah, berikanlah kelapangan hati dan masa kepadaku untuk menyelesaikan segala urusan. :)


Selamat bernafas di tahun 2011.