Showing posts with label cikgu ber-praktikal. Show all posts
Showing posts with label cikgu ber-praktikal. Show all posts

Friday, January 27, 2012

203. Persediaan terakhir.



Nah bukti saya dah bersedia untuk mengajar selama 3 bulan!


Sebelum di-make-over.

Selepas di-make-over.


Sebenarnya file sahaja yang dah bersedia. Diri sendiri belum bersedia secara fizikal dan mental. Macam mana ini? Minggu depan dah kena pergi mengajar dah. Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik, Kuala Lumpur, silalah berbuat baik kepada saya yang serba kekurangan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk 3 bulan selama saya berada di sekolah itu. Aminnn. :)


P/s : Selalu sahaja perlukan momentum yang tinggi untuk menaikkan semangat sebelum praktikum. Come on gemuk! :D


Tuesday, August 16, 2011

171. Done.



Yeaahhhh! I'm done with my observation. Alhamdulillah. Walaupun hasilnya tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain, saya bersyukur. Yang penting murid-murid saya faham objektif pembelajaran pada hari itu. Itu lagi memuaskan hati saya. Alhamdulillah. :)


Hari ini sudah masuk hari yang ke-16 untuk kita berpuasa. Pejam celik pejam celik kita dah berpuasa separuh daripada bulan Ramadhan. Sangat singkat masa yang berlalu. Lepas puasa, raya. Then, belajar balik dan final examination. Cuti hujung tahun amatlah ditunggu-tunggu. Tak sabar nak goyang kaki kat rumah. Hee


Esok sekolah saya cuti sempena Nuzul Al-Quran. Seronok juga sekolah kat Selangor sebab banyak cuti. Dapat lah berehat seharian kat rumah. :) Sekolah anda cuti tak esok? Hehe


Gambar-gambar sepanjang bulan Ramadhan. :)

When girl meets girl. :)

Classmates.

Rakan-rakan praktikum + Ustaz Wilcha. Haha


People, let's create more memorable moments together. :)


Quote for today :
Sometimes, we have to be broken so that we can be rebuilt into what we're actually meant to be.


Monday, July 4, 2011

161. School attack again.



Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana!


Teacher Chapa is coming. :)


Please be nice to me okay? Let's create our own sweet memories. Yeahhhh! :)))


04 July 2011 - 26 August 2011.


Sunday, April 17, 2011

126. The end is the new beginning.



Taraaa. Praktikum 1 sudah tamat. Alhamdulillah selama 4 minggu di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, saya semakin seronok untuk bergelar cikgu. :)


Sekarang? Rasa rindu nak dengar murid-murid panggil saya Cikgu Shafawati or Puan Shafawati. Haih berapa kali saya pesan yang saya belum kahwin tapi mereka tetap panggil saya Puan Shafawati. Dah tak larat nak betulkan, jadi saya berpura-pura sudah kahwin selama sebulan. Hehe.


I miss the girls. Yes, all my students especially 1 Jasmine and 3 Jasmine. I hope all of you are doing well. :)))


Hari ini dan esok ada kursus KOAM. Then, ujian KOAM malam lusa. Memang saya takkan sempat nak baca kitab KOAM yang menghijau tu. Maafkan saya KakShida. (-_-!)


P/s : Saya semakin tabah seperti heroin Korea. Alhamdulillah. :)


Quote for today :
I'll keep on moving forward, even if i can't see anything. That's just because I have faith in Allah and I'm glad about it. :)))


Thursday, April 14, 2011

125. Jangan tanya.



Teacher. Boleh saya hembus hingus tak? *sambil pegang tisu sekeping*


(-_-!)


Perlu ker tanya soalan macam itu murid-murid sayang ooii? Teacher pening nak melayan kerenah semua orang. Aigoo. Haih


P/s : Minggu terakhir praktikum satu. (^__^)


Thursday, April 7, 2011

124. Final countdown.



Tajuk entri macam nak pergi berperang. Memang nak pergi berperang pun esok. Berperang dengan budak-budak 3 Jasmine. Haih.


TOMORROW IS MY FINAL OBSERVATION.


Nervous sangat sangat. Tak leh nak cakap macam rasa seram sejuk satu badan bila fikir esok sudah sampai masa untuk penyeliaan terakhir praktikum semester lima. Cuak please. (-_-!)


Saya kena sambung buat teaching aids dan worksheets untuk murid-murid tersayang sekarang. Saya saja update entri ini untuk hilangkan rasa mengantuk. Sumpah sangat mengantuk sekarang. Tapi tak boleh tidur budak gemuk! Siapkan semua benda sebelum tidur. Esok takde lah kalut macam lipas kudung.


Please jangan tertidur. (-_-)


People. Wish me best of luck for my final observation. InsyaAllah I'll do my best for tomorrow's lesson. Hopefully everything goes smoothly. InsyaAllah. Aminnn. :)


Quote for today :
Success cannot be measured only in achievements, but in lessons learned, lives touched and moments shared along the way.



Friday, April 1, 2011

123. Weekend trip.



Hello Pendang, here I come. Wait for me okey? Bye-bye Cheras. Excited sebab nak pergi jauh-jauh daripada udara Cheras. Hehe.


InsyaAllah, I'll be in Kedah on Saturday. Yes, esok malam I dan gadis-gadis kesayangan akan bertolak ke Pendang. Nak drive sendiri tak larat sebab masing-masing sibuk. Jadi, naik bas adalah jalan yang terbaik. Dalam bas boleh tidur puas-puas. Then, bangun pagi esok nya kami sudah berada di Alor Setar. Yeahhh!


Tak sabar nak tengok Miss Yna aka Puan-to-be pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin dengan hubby dia. Wahhh syok nya! Sedikit gedik di situ. :p


Dan tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak bersama pengantin. Jangan dengki yea siapa-siapa yang tak dapat pergi. InsyaAllah next time, kita pergi trip orang lain pulak kahwin. Okey siapa nak ambil giliran selepas Yna? Boleh isi borang sekarang. Hehe


I tak kemas lagi barang-barang. After balik sekolah petang esok, I kemas lah yea. Sempat ker tak agak-agak? Haish takleh nak kemas sekarang sebab bilik sangat-sangat bersepah. Maaf roomate sebab sepahkan bilik. Rasa bersalah sekejap. (-_-)


Orait I nak sambung buat lesson plan sekarang. Esok guru besar sekolah I nak check. Kena siapkan yang minggu depan sekali. Tak ada idea okey nak buat aktiviti atau kaedah apa. Anyone ada idea tak? Boleh BBM ( bajet pakai BB ) msg kepada I sekarang. Sangat dialu-alukan! :D


Oh lupa tadi I kena observe dengan Madam Rani. Overall, not so good since I takleh control budak-budak kelas I. Seriusly, I dah tak ada idea nak kawal mereka macam mana. Tak terbendung keaktifan mereka. Siap bergaduh, bertampar muka, berkejaran dalam kelas lagi. Padahal Madam Rani ada tengah observe I kat belakang kelas. Ottoke? :( Keluar semua peluh jantan sebab tahan geram dengan perangai mereka. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengawal mereka. Blood pressure I naik serta merta. Aigoo. Tawakal je lah masa final observation nanti. Minta-minta pintu hati mereka terbuka luas masa I kena observe lagi sekali nanti. Aminnnn.


Doakan perjalanan pergi dan balik kami ke Kedah dengan selamat yea. InsyaAllah. :)


Quote for today :
Sometimes the people who act the happiest are the ones who are going through the most. Do you agree with me?


Sunday, March 27, 2011

120. Bright sunday morning.



Dua perkataan sahaja. KESIBUKAN TERLAMPAU.


Serius sibuk macam kena ada 10 tangan dan 10 kaki. Mental pun penat sebab banyak berfikir. Tapi takpe, saya suka sibuk macam ni At least, tak payah nak fikir pasal benda-benda tak berfaedah tu kan. Mungkin ini hikmah di sebalik kesibukan yang melanda. Alhamdulillah. :)


Minggu ini akan jadi minggu yang sangat sangat sangat sangat sangat sibuk. Pensyarah nak datang observe pada hari Selasa dan Khamis. Sah-sah lah setiap hari kena buat rancangan pengajaran harian, bahan bantu mengajar, worksheets, tanda buku murid-murid dan siapkan portfolio. Jangan tanya pasal portfolio sebab tak isi apa-apa lagi. Zero. Tak sempat okeyyyy! Aigoo.


1hb malam, saya dan rakan-rakan akan ke Pendang, Kedah. Nak pergi kenduri kahwin kawan baik semasa MRSM, Cik Fazlianna aka Doktor Fazlianna aka Puan-to-be. Weee excited! Tiket dah beli, hadiah pun dah beli. Nak tunjuk betapa excited nya nak tengok kawan baik kahwin. Mesti berseri habis pengantin nanti. :)


Puan-to-be. :)))


Kata-kata untuk hari ini :
Allah wants us to live like the grass. Even if its stepped on, crushed, burned and cut, it always persists and grows back even greener and stronger. :)


Thursday, March 17, 2011

118. Bismillahirrahmanirrahim.



Syukur Alhamdulillah. :)


Saya sudah dapat pengganti buah hati saya. Please bertahan sampai ke akhir hayat. Cewah. Hehe. Thanks, Mak sebab sponsor acara pembeliannya. Terharu. *Tersenyum gaya anak yang paling baik* :)))


Jadi, hari ini kerja saya men-download semua bahan-bahan kerja yang rakan-rakan emailkan kepada saya. Juga memenuhkan hard disk dengan gambar-gambar dan lagu-lagu yang berlambak daripada laptop lama. Nasib baik lah adik-adik lelaki saya celik teknologi daripada Kaklong dia. Kalau nak harapkan saya, sampai tua lah tak terbuat. Hehe


Haaa nak tanya nak tanya. Ada sesiapa menggunakan broadband ZTE tak? Saya salah seorang penggunanya. Hehe. Tapi saya sedikit tak faham. Adakah ZTE sedikit bermasalah dengan Window 7 atau saya yang bermasalah sebab tak tahu cara nak install nya dengan betul? Hehe. Dari semalam saya minta Angah yang tolong betulkan setting nya. Tapi takkan lah setiap kali saya nak guna, kena telefon Angah. Susahlah nanti. Aigoo. Please jangan buat hal okey ZTE ku sayang. *Dengan muka penuh mengharap*


Hello hello. Lagi 2 hari nak balik Cheras? Aigoo cepat betul masa berlalu kalau berada di rumah. Tak puas lagi nak bersenang-lenang di rumah. Bangun lambat, makan banyak, tidur awal. Nice kan kehidupan? Hehe.


Sedang tarik nafas panjang. Sebab...


Teringat minggu depan saya kena pergi sekolah dan mengajar. Ohmaiigucci tak percaya tak percaya. Saya tak prepare apa-apa pun kat rumah. Curriculum specification masih tersusun indah dalam beg Tak keluarkan pun since balik hari Sabtu hari itu. Pemalas pemalas! Aigoo. *Insaf dan cuba menghayati nilai-nilai keinsafan di situ*


Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel. Tunggu Cikgu Chapa datang! Perlu ker bersorak macam itu untuk diri sendiri? Hehe. Saya dan Buddi kena mengajar sesi petang. Mungkin ada hikmah di situ di mana saya tiada alasan lambat bangun pagi untuk ke sekolah. Yeahh! :)


Jadi, bagaimanakah kehidupan saya sebagai cikgu Matematik sesi petang di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel selama sebulan? *Muka penuh keazaman dan berakauntabiliti*


P/s : Sesiapa ada ternampak tag nama saya, please bagitahu okey? Sebab saya cari tapi tak jumpa. Aigoo. Cikgu Chapa memerlukannya untuk ke sekolah. (-_-!)