Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Friday, November 30, 2012

241. A new start.





Semoga dipermudahkan segala urusan Ya Allah. InsyaAllah.

:)


Tuesday, October 9, 2012

235. A month.



Ada lebih kurang sebulan lagi, jadi beberapa benda yang perlu diselesaikan.

ASSIGNMENT KISSM.
KURSUS KISSM.
FINAL EXAM SEM 8.
INTERVIEW.

Then? InsyaAllah, akan mula mengajar, ini betul-betul, bukan tipu-tipu yea. InsyaAllah bermula 2013.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk saya dan rakan-rakan. InsyaAllah, aminn. :)




Thursday, September 27, 2012

233. Beach getaway.





I'm cominggggg! :)


Sunday, September 9, 2012

229. First year.



:)




Sunday, July 29, 2012

216. Even if the skies get rough.




:)


Tuesday, July 24, 2012

215. One step older bebeh.







Cimel kan housemates saya? Comel dalam bahasa sebenar. Maafkan penggunaan bahasa sesama gegirl. Hihihi. Thanks for the wish gegirl. Sayang korang lebih. Muahhh! :D

Dear families and friends. Sorry for everything. Saya tahu saya banyak kelemahan dan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Saya sangat mengharapkan teguran yang ikhlas dan akan cuba berfikiran lebih terbuka dan matang sebab dah 23 tahun kan. Hihihi. :)

Saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Walaupun tak ada kek, hadiah atau celebration yang gempak, cukuplah ada orang yang still hargai dan ingat kita serta yang mendoakan kita. Kan? Alhamdulillah masih hidup di atas bumi Allah ini. :)


Tuesday, January 10, 2012

200. Give more than you take.



Alhamdulillah. I'm so grateful for everything.

2012. Please be awesome to me. Treat me well okey.

:))) 

Wednesday, December 7, 2011

193. Senarai hitam ker tak ni?



Good morning people! What a lovely day kan? Padahal hari-hari memang syok sebab tidur tak ingat dunia. Mak kerja jadi boleh lah saya mengurungkan diri dalam selimut sampai tengah hari. Hehehe. Eh takde lah sampai tengah hari. Matahari tak naik lagi pun masa saya bangun. *Cover balik takut kena cop anak perempuan yang suka tidur dan bangun lambat*


Hari ini saya berpuasa GANTI. Puasa sunat Isnin dan Khamis sahaja yea. InsyaAllah kalau sempurna puasa hari ini, sudah 4 hari saya berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti seharian terutamanya apabila tengok si kembar menggigit nugget rangup Ayamas sambil tengok cerita Detective Conan. *Sekarang pun tengah telan air liur sebab terliur habaq hang*


Bangun-bangun je terus buka laptop dan online. Sebab semalam saya dah terfikir, bila bangun pagi esok, saya nak semak nama saya pada laman web PTPTN. Okey semua orang gerun kalau sebut PTPTN PTPTN PTPTN. Terbayang-bayang hutang PTPTN yang tak terbayar lagi tu. Lama-lama boleh botak kepala sebab selalu garu kepala bila teringat hutang yang tak mampu nak bayar lagi tu. Adey.


Sambil membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya tekan http://www.ptptn.gov.my/ dan saya dapat merasakan jantung saya berdegup kencang macam baru lepas kena kejar dengan anjing bila berjalan balik daripada Velodrom Cheras. Tekan pada bahagian semakan dan masukkan nombor kad pengenalan sendiri. Bukannya kad pengenalan kawan sekelas yea. Dan ini lah hasil nyaaa.





NAMA SAYA TIDAK DISENARAI HITAM KAN. Betul ker ni? Biar betul biar betul biar betul. Sebab dah berlambak surat saya dapat daripada PTPTN yang suruh saya bayar semua pinjaman sekaligus dan juga dah dapat surat peguam yang mengatakan nama saya akan disenarai hitamkan. Yeee laaa saya kan berhenti belajar daripada UiTM dan sambung belajar kat maktab IPG. Sebab tu saya kena bayar semua pinjaman yang saya dapat satu semester dan wang pendahuluan sekaligus. Rasa nak nangis tau bila umur 22 tahun tapi nama dah jadik hitam. Waaaaaaa. Janganlah main-mainkan hati saya wahai warga PTPTN. Saya dah nak melompat sampai ke tingkat atas rumah dah ni. Weeeeeeee nama saya masih lagi clean and clear. Jyeaaaahhhhh! :D


ALHAMDULILLAH. SYUKUR KEPADA ALLAH. :))) Rasa ringan sedikit bahu, kepala, kaki, tangan semua bila tahu nama saya tidak disenarai hitamkan. Malam ini boleh tidur sambil tersengih sampai telinga. Hehe. :)))


Quote for today :
The truth doesn't cost anything, but a lie could cost you everything.


Sunday, October 23, 2011

186. Truly sorry.



Dear families and friends.


Listen to me.

I'm sorry for what I did before.
I'm sorry for my behaviour.
I'm sorry for my mistakes.
I'm sorry for my weakness.
I'm sorry that I hurt you.

Yeah I messed it all up and we all did mistakes. Anyway I just want to say that I'm really sorry.

It takes courage to grow up and become who you really are.


 Teringat ceramah ustaz masa sekolah dulu. Bersedia untuk minta maaf dengan semua orang di sekeliling kita supaya kita boleh menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih tenang. InsyaAllah. :)


Selamat malam semua. Assalamualaikum. :)


Sunday, October 9, 2011

182. Wonderful life.



091011.

A month.
 
When you love someone, you love all of them. Not just the good things but the bad things too. :)))


Saturday, October 8, 2011

181. The truth.





Ohmaigucci I hate this feeling. Okey okey. I know I am a fat girl. (-_-!)


EAT HEAVENLY PEOPLE! Hahaha


Thursday, July 21, 2011

166. Kursus Paling Penting.



Minggu ini saya sangat busy. Tak sempat nak main-main atau nak enjoy apa-apa. Aigoo


Okey people. I dah nak ambil kursus kahwin this weekend. Persediaan awal. Haha. Siapa-siapa tak ambil lagi boleh ambil sekarang sebab nanti kursus kahwin maybe akan dipanjangkan kepada beberapa hari dan mungkin perlu ambil ujian untuk dapat sijil. Makin susah kan? Thats the reason kenapa saya ambil awal-awal. Bukan sebab dah nak kahwin or anything else yea.


Mission nak mencarik Prince Charming tak start lagi jadi sila fokus pada praktikum yea gemuk! Weee


Btw, have a great day people! I over busy sekarang. Chow dulu!


:)


Sunday, April 17, 2011

126. The end is the new beginning.



Taraaa. Praktikum 1 sudah tamat. Alhamdulillah selama 4 minggu di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, saya semakin seronok untuk bergelar cikgu. :)


Sekarang? Rasa rindu nak dengar murid-murid panggil saya Cikgu Shafawati or Puan Shafawati. Haih berapa kali saya pesan yang saya belum kahwin tapi mereka tetap panggil saya Puan Shafawati. Dah tak larat nak betulkan, jadi saya berpura-pura sudah kahwin selama sebulan. Hehe.


I miss the girls. Yes, all my students especially 1 Jasmine and 3 Jasmine. I hope all of you are doing well. :)))


Hari ini dan esok ada kursus KOAM. Then, ujian KOAM malam lusa. Memang saya takkan sempat nak baca kitab KOAM yang menghijau tu. Maafkan saya KakShida. (-_-!)


P/s : Saya semakin tabah seperti heroin Korea. Alhamdulillah. :)


Quote for today :
I'll keep on moving forward, even if i can't see anything. That's just because I have faith in Allah and I'm glad about it. :)))


Saturday, October 16, 2010

59. I'm not a girl, not yet a woman.

ALHAMDULILLAH.

Kaki gajah is getting better. Makin lama, makin boleh berjalan dengan pantas. Sebelum ini, jalan mengalahkan siput. Kesian my favourite girlfriends kena tunggu saya berjalan macam nenek tua nak pergi kelas. Btw, thanks a lot sayangs semua sebab jaga si kaki gajah ini. 

Love love love! :)

Minggu ini, saya sudah berperang dengan paper SDP. Kurang berpuas hati sebab banyak main belasah je masa jawab soalan. Itulah padah orang yang malas belajar dan tidur lebih di kala rakan-rakan menghabiskan masa membaca buku. 

Mengeluh dalam hati selama 5 saat tanda menyesali perbuatan sendiri. (-_-!)

Baik lahhhh. Saya akan berusaha lebih untuk next papers. Ada lagi 5 papers. Perlu berusaha lebih terutamanya paper Basic Calculus. Sumpah saya rasa kosong bila teringatkan subjek ini. Madam K, I'm so sorry sebab selalu main-main dalam kelas.

Sekali lagi. Mengeluh dalam hati selama 5 saat tanda menyesali perbuatan sendiri. (-_-!)

Sebenarnya, saya banyak berfikir pasal masa depan dalam minggu ini. Perasan jadi orang besar seketika. Walaupun hakikatnya, memang sudah besar pun. Saya dah boleh mengundi yea rakan-rakan. Kira dah besar lah tu kan. :D

Saya rasa saya perlu merancang kehidupan masa depan saya dengan lebih serius mulai sekarang. Terutamanya soal kewangan. Susah betul jadi orang mata duitan ni. Terfikirkan duit je 24 jam. :p

Teringat kata-kata dalam cerita Titanic. Eh sekejap. Tak pasti cerita apa. Hehe

We're women. Our choices are never easy.

Kan? :)

Siapa setuju, sila kenyit mata masing-masing. :D 


Okey cukupppp. Need to sleep right now. Esok ada date dengan PM. Uyooo! :p 

Good night people. You know you love me. Xoxo. :D
 
Smile girlsss. :)
 

Friday, October 8, 2010

57. Kisah gadis.

Watak : Gadis Blok B

Tempat : Bilik Air Blok B

Masa : 6.45 pagi


Kringgggg Kringgggg. Alarm telefon berbunyi menandakan sudah pukul 6.45 pagi. 

Seorang gadis bergegas ke bilik air apabila tersedar dia sudah terlambat untuk menunaikan solat subuh. Dalam kekalutan untuk ke tempat wuduq, dia tidak sedar bahaya yang menanti. Air yang bertakung di kawasan itu menyebabkan dia hilang imbangan dan hampir jatuh di situ.

Fuhh. Nasib baik tak jatuh. Katanya dalam hati lalu kembali ke bilik untuk menunaikan solat.

Semasa solat, dia dapat merasakan kakinya berdenyut-denyut dan sukar untuk digerakkan.

Selepas solat, dia pun memeriksa kaki kirinya. Ada benjolan di bawah buku lalinya. Kelihatan bengkak dan sedikit kebiruan. Barulah dia tersedar kesan daripada kejadian di bilik air tadi.

Semakin lama, semakin berdenyut-denyut kakinya. Sakit tak terkata.

:(

Lalu dia menghubungi bonda tercinta selaku doktor peribadinya. Bonda menasihatkan dia untuk merendamkan kaki dalam ais dan banyakkan berehat. Kecederaan seperti ini perlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.

Mungkin Tendon archilles injury.
Mungkin juga Soft tissue injury.

Bermula lah hari yang pasif untuk gadis ini. Tidak menghadiri kuliah dan berbaring-baring merehatkan kaki di bilik. Terasa sungguh hampa dengan kecedaraan yang dialami.

Namun, tetap bersyukur tiada kecederaan yang lebih serius. InsyaAllah cepat pulih seperti sedia kala. :)

Pengajaran untuk hari ini :
  • Jangan bangun lambat untuk menunaikan solat subuh. Kekalutan bakal menimpa dan mungkin meeyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Berhati-hati semasa berjalan dalam bilik air yang dipernuhi air bertakung.
  • Pilhlah selipar tandas yang terbaik.
 
Selamat berhujung minggu, rakan-rakan. Have a wonderful weekend. :)

Wednesday, September 29, 2010

55. Saya sayang.

Al-Fatihah kepada arwah bapa kepada batchmate saya yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ahad yang lalu. Rakan saya masih lag dalam keadaan terkejut kerana arwah bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Takziah saya ucapkan. Banyakkan bersabar dan sedekahkan doa. InsyaAllah dia ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Aminnnn.

Kejadian ini membuatkan saya terfikir seorang diri. Betapa beratnya untuk menerima perkara seperti ini. Saya yang mendengar pun turut sedih ini kan lagi yang mengalaminya. Memang ajal maut di tangan Allah tetapi kita sebagai insan biasa tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan. Orang yang kita paling rapat, orang yang paling mengambil berat pasal kita, orang yang banyak berkorban untuk kita dan orang yang sentiasa membakar semangat kita untuk belajar telah tiada.

InsyaAllah selepas ini, saya cuba untuk sentiasa berhubung dengan keluarga saya sekerap yang mungkin. Kalau berkesempatan, saya nak telefon dan berborak-borak dengan Mak, Ayah dan adik-adik setiap hari. Bertanyakan khabar masing-masing. Mungkin ini salah satu cara untuk saya sentiasa merapatkan diri dengan keluarga walaupun berjauhan antara satu sama lain. :)

Sayangi dan berbuat baik lah kepada ibu bapa kita sementara kita masih mempunyai peluang dan kesempatan.

Mak, Ayah. I love you muchhhhhhh! :)))

Saturday, September 25, 2010

53. Salah ker?

Don't always listen to what other people said about you. It's your life and you're always going to be the one who knows what you want!


Kalau saya boleh menerima cara mereka, kenapa mereka tidak boleh menerima cara saya?

Kalau saya boleh menghormati cara mereka, kenapa mereka tidak boleh menghormati cara saya?


Mood : Rasa rendah diri dengan kelemahan sendiri. (-_-!)


Rasa nak pergi makan aiskrim kat atas bukit dan menjerit sekuat hati.

Sunday, August 22, 2010

43. Which one is better?

Versi pertama.

Versi kedua.

Yang mana lagi sesuai dengan Cikgu Chapa? Versi garang atau versi penyayang? :D

Sebenarnya, lesson plan pun tak berapa pandai lagi nak buat. Selalu je buat salah. Kesimpulannya, saya perlu berusaha dengan lebih gigih. :)

p/s : Tahun depan sudah mahu mengajar kanak-kanak comel. Please jangan nakal-nakal dalam kelas Cikgu Chapa. :p

TEACHER-TO-BE. :)))

Saturday, August 7, 2010

39. Banghuris-Jawa-Nasi Ambeng.

Saya ada soalan. Siapa tahu sila angkat tangan dan jawab.

Ada berapa batang pokok kelapa di Banghuris Homestay?

Siapa yang pandai kira mesti dapat jawab ni. Sila share jawapan anda sebab saya pun tak tahu jawapan dia. Hehe. Yang pasti ada lebih daripada 5 batang sebab waktu petang je budak-budak ni minum air kelapa. Habislah buah kelapa kt Banghuris Homestay tu. Hehe.

Okey kembali kepada topik asal perbualan kita. Beberapa hari saya tidak mengaktifkan diri di alam maya ini kerana saya telah menyertai Program Bina Insan Guru Siri IV bertempat di Banghuris Homestay, Sepang selama 3 hari 2 malam. Sumpah inilah BIG yang paling sempoi dan relaks. Seronok sangat sebab boleh buat aktiviti sendiri. Boleh memancing, makan aiskrim, minum air kelapa, sesi fotografi lompatan bersama girlfriends. :D

Aktiviti mendirikan khemah.


Aktiviti Fotografi Lompatan Versi 1

Tarian Tradisional Jepun oleh Pelajar Sekolah Tinggi Jepun


Inilah aktiviti saya pada hari pertama. Permulaan perkhemahan yang kelihatan sempurna dan indah. Namun begitu, cuaca begitu mencemburui kami. Di kala kami sedang lena dibuai mimpi, hujan turun dengan lebat dan angin berebut-rebut untuk membelai khemah kami. Hasilnya, khemah kami telah menjadi kolam renang atau dalam English kita sebut "swimming pool". Disebabkan itu, saya, Budd, Ezadd dan Kaktgh berlari pecut ke dewan makan untuk menyelamatkan baju-baju kami yang sudah pun basah. Yang menakjubkan ialah kami berjaya sambung tidur dengan lena di dewan makan yang sesak dengan rakan-rakan yang lain. Hebatkan kami? :p

Program Anak Angkat Bersama Keluarga Berketurunan Jawa

Mama ajak kami masak untuk makanan tengah hari sama-sama. Kami masak kari ayam, ayam goreng, sayur goreng, begedil, tempe goreng dan sambal belacan. Walaupun saya bukan orang Jawa, saya suka makan tempe yea rakan-rakan. :D Ni kali pertama saya belajar buat begedil. Seronok lah dapat memasak beramai-ramai. Anak-anak lelaki ditugaskan menggoreng ayam. Nasib baik rangup dan sedap. Sebab tu saya berjaya habiskan 2 ketul paha ayam. Hehe. Saya perasan banyak perbezaan cara masakan orang Jawa dengan orang Kelantan. Contohnya la kan. Saya cuma bakar belacan je untuk buat sambal belacan. Mama pula ajar goreng semua bahan-bahan untuk buat sambal belacan seperti cili dan tomato. Memang terbaik lah Mama. Sedap lah sambal belacan Mama. Padah makan sambal belacan ialah muka saya gatal-gatal. Tapi saya tak kisah. Janji dapat makan sedap. Hehe.

Tak dapat dinafikan yang semua gambar di atas berunsurkan masakan dan makanan. Inilah khidmat masyarakat kami. Mengurangkan pembaziran makanan. Nice kan? :p

Aktiviti Berkelah Pada Waktu Petang

Ada gaya macam orang pergi berkhemah tak? Haaa kan saya dah cakap inilah BIG yan paling sempoi. Syok lah waktu petang boleh main-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan. Hehe.

Persembahan Dikir Barat

Jangan terkejut sebab saya memberi sumbangan kepada kumpulan saya. Hehe. Alatan yang saya main itu ialah gedombak. Senang je nak mainnya. Cuma kena ingat irama dan mestilah selaras dengan alatan lain. Yang tak best ialah tangan saya sakit ketuk gedombak dengan kuat. Semangat lebih sampai tak sedar ketuk kuat sangat. Hehe. Nasib baik lah nasi ambeng yang saya makan sebelum persembahan selamat bersemadi dalam perut saya. Takut termuntah je masa main gedombak tu. :p

Aktiviti Fotografi Bersama Keluarga Angkat

Ni gambar selepas majlis kenduri bersama keluarga angkat. Let me introduce them. Mama, Papa, Nenek. Rakan-rakan saya gelakkan saya sebab nama panggilan mereka moden sangat. There's no "ibu" or "mak". Hehe. They are very nice and friendly family. Thanks a lot Mama! :D

Aktiviti Memasak Sarapan
Menu kami ialah nasi lemak. Untuk mengelakkan kami terlambat bangun pada keesokan harinya, kami sediakan bahan-bahan, rebus telur dan masak sambal ikan bilis pada malamnya. Pagi keesokannya, kami cuma masak nasi dan buat air milo. Tahniah kepada si pengupas bawang, si pengisar bawang, si pemotong cili kering, si penggoreng ikan bilis, si pemasak nasi, si pembuat sambal bilis dan si pembuat air milo. Kita berjaya! :D

Aktiviti Fotofrafi Lompatan Versi 2
Nampak macam kat Korea tak? Dengan pokok-pokok buluh menghijau yang tersusun indah. Hehe. Semua orang nak tangkap gambar kat sini. Bajet kat Korea la. Hehe. Congrate girlfriends. Gambar lompat kita getting better. Yeaaahhh! :D

Aktiviti Fotografi Bersama Batchmates
Semua orang excited lebih sebab BIG dah habis. Yeahhh! Tak perlu bersusah-susah nak berebut nak guna bilik air. Dah la kuantiti air sangat lah terhad. Nasib baiklah 3 hari je. Kalau 3 minggu, tak tahu lah apa yang akan jadi dengan kami. Hehe. Apa-apa pun, kami tetap suka Banghuris Homestay. :)

Saya nak cerita juga last part ni. Dalam bas, saya tertidur dengan nyenyak sebab sangat penat. Disebabkan itulah, saya tak sedar Nik dan Father tangkap gambar saya tengah tidur. Sumpah buruk. Budd, Ezadd dan Kaktgh pun bersubahat sama. Maluuuu laaa. Eeeeiiii geram betul. Siap lah Father dan Nik. Ada ubi, ada batas! :p

Overall, this is enjoyable BIG ever. Wish saya boleh datang ke kampung ini lagi. :)

p/s : Nanti nak ajak adik-beradik angkat saya datang melawat Mama lagi la. Nak mintak mama masakkan nasi ambeng. Teringin nak makan nasi ambeng lagi. Especially ikan masin dia yang sedap itu. Hehe.


ENJOYABLE BIG EVER! :)))

Monday, August 2, 2010

38. Senang tapi susah.

Moving on is pretty simple.
Leaving something behind?

That’s difficult.