Showing posts with label homesick. Show all posts
Showing posts with label homesick. Show all posts

Friday, May 20, 2011

142. Seven seven.


Masa tadika.

Baju kesayangan ben-10.

Uteh, si abang.

Uchu, si adik.

Adik gemuk nak pergi mengaji.

Adik-adik gemuk, happy birthday! 19 Mei 2011. Cukup 7 tahun Kaklong tengok adik membesar dan membesar. Adik comel sangat walaupun adik suka buat Kaklong geram. Please jangan nakal-nakal lagi okey. Kesian Kaklong penat nak jaga adik. Hehe

19 Mei 2004. Kaklong tak ada masa adik dilahirkan. Mak dan Ayah tak bagitahu Kaklong sebab taknak bagi Kaklong risau. Kaklong tahu lambat seminggu yang Mak dah bersalin. Kaklong sedih dan merajuk dengan Mak dan Ayah. Sebagai tanda protes, Kaklong balik ke rumah dengan bas daripada Kuala Krai tanpa bagitahu Mak dan Ayah. Tengok-tengok Kaklong dah ada depan pintu rumah. Tak bagitahu siapa-siapa sebab merajuk. Waaaa sumpah Kaklong menangis tak berhenti-henti masa Ayah bagitahu Mak dah bersalin. Tapi Kaklong tak salahkan Mak dan Ayah. But still Kaklong rasa terkilan sebab risau jadi apa-apa sepanjang masa itu.

Shahir dan Shahin. Itu nama adik yang Kaklong bagi. Ayah suruh Kaklong decide nak bagi adik nama apa sebab Kaklong merajuk dengan Mak dan Ayah masa itu. Ramai bagi cadangan nak letak nama Sharul dan Sharil tapi Kaklong taknak. Jadi, Kaklong beli buku nama kanak-kanak dan bagi nama Shahir dan Shahin kat adik. Mesti adik suka dengan nama yang Kaklong bagi kan? Hehe. Please jadi seindah nama yang Kaklong bagi kat adik okey? :)

Uteh dan Uchu. Please janji dengan Kaklong. Kena jadi anak yang soleh kepada Mak dan Ayah dan adik yang baik kepada Kaklong, Abang Ngah, Abang Chik dan Kak Eqah. Jangan lupa jasa Mak dan Ayah. Kaklong harap adik dapat membesar dengan sempurna dan mendapat banyak kegembiraan dalam hidup. Kaklong akan sentiasa menjaga adik sampai bila-bila sebab Kaklong adalah Kaklong. Walaupun adik suka cakap Kaklong garang. :)

Adik. Kaklong sayang adik sangat-sangat. Kaklong rindu nak peluk adik sekarang. :)


Wednesday, March 30, 2011

122. Down down and down.



Baby, are you down down down?


Totally down. :(


I need to be there. A place called home.


You know why?


A hug from your parents always makes everything better. Even in the hard situation.


Tuesday, January 25, 2011

100. Bercampur-baur.



Ini entri ke-100 blog saya. Saya sendiri tidak pasti ini merupakan entri yang gembira atau sebaliknya. Kalau boleh, semua entri saya nak berlatarkan lagu "Happy-Happy Day" macam dalam cerita "My Girl". Malangnya, kehidupan realiti saya bukan begitu.


Masalah, tanggungjawab, janji, komitmen. Semua ini merupakan beban 100kg bagi saya. Kadang-kadang, saya rasa macam tak mampu nak berdiri tegak dengan beban sebanyak ini. Berdiri seorang diri sambil menilai kelebihan dan kelemahan diri sendiri.


Masalah datang tanpa henti. Kalau lah saya tahu di mana butang on dan off kepada masalah, saya akan cari sampai dapat. Saya nak buang butang on dan tekan butang off sampai saya rasa senang. Yang pasti, Allah ialah jalan yang paling lurus dan dekat untuk memohon bantuan. Mungkin saya terleka untuk memohon lebih pertolongan daripada-Nya. *Insaf*


Tanggungjawab yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Larian Mesra 1 Malaysia 2011 akan berlangsung pada hari Khamis ini. Penat lelah semua orang akan berakhir dalam 2 hari lagi. Mungkin tanggungjawab saya tidak sebesar orang lain tetapi saya belajar untuk memikul tanggungjawab itu sehingga ke garisan terakhir. InsyaAllah, saya akan dan telah cuba yang terbaik setakat ini. Sibuk mungkin cara terbaik untuk mengelakkan diri sendiri daripada berfikir perkara-perkara yang melemahkan diri sendiri.


Walau apa pun yang telah terjadi sepanjang minggu ini, saya cuba untuk tersenyum dan bergelak ketawa dengan orang-orang tersayang di sekeliling saya. Kadang-kadang saya rasa saya kuat, tetapi kebanyakannya saya memang lemah apabila diuji oleh-Nya. Mungkin saya tidak nampak lagi hikmah di sebalik masalah yang menimpa. Mungkin sudah hampir atau masih jauh untuk saya melihat hikmah daripada-Nya. Tetapi saya sentiasa berdoa agar Allah membantu saya dalam setiap keputusan yang saya patut lakukan.


Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. Aminnn.


P/s : Saya rasa tak berapa sihat dua tiga hari ini. Mungkin hadiah pulang ke rumah selama seminggu merupakan terapi terbaik untuk diri sendiri. Cinta hati semua, saya bakal pulang hujung minggu ini. Ye, ini merupakan sebab utama saya mampu tersenyum sampai hari ini. Terima kasih, cinta hati. :)


Saturday, January 8, 2011

92. Saya berada di California.




Haiiiii. Saya tinggal di California. Bukan di Cheras. Sekarang sudah mencecah suhu beku.


Sumpah sejuk nak mandi pagi-pagi. Kuatkan iman pergi bilik air dan mandi kurang daripada 10 minit. Dan paling saya tak suka ialah baju-baju tak kering. Saya tak boleh nak menggunakan ampaian sesuka hati since hujan seharian. Kejap renyai-renyai kejap lebat. Nak tidur pun tak lena sebab takut baju-baju yang dah nak kering kena hujan. Ada tak orang berpenyakit macam saya? Haih


Anyone ada petua atau cara-cara untuk mengelakkan badan cepat sejuk? Saya ni kaki selesema kalau sejuk-sejuk. Antibodi tak cukup since kecil lagi. Itu Mak cakap. Hehe


Saya nak cakap juga yang DUIT MENGALIR MACAM AIR TERJUN KAT AMAZON minggu ini. Cepat sangat menipis purse saya. Padahal baru je PAMA menghulurkan beberapa keping untuk meringankan beban. Haih haih haih. Elaun masuk bulan Februari. Macam guruh je bila dengar Puan Timbalan Pengarah cakap macam tu. Elemen sedih menyelubungi diri.


* Bangun dari kerusi dan pergi cari duit bawah bantal dan bawah tilam. Malangnya tiada hasil.*


Cuti Raya Cina seminggu. Yeahhh! Nak balik naik bas atau kereta? Kena fikir dulu ni. Waaaa tak sabarnya nak balikkk! :)



P/s : Rindu si kembar. :) :) :)



Sunday, July 18, 2010

31. Balik Tak Balik.

Seriously masuk semester 4 saya sangat lah sibuk. Masa semester 3 dulu, tak rasa sibuk macam ni. Haih.

Awal-awal sem dah banyak kerja menanti. Banyak rancangan berseronok bersama rakan-rakan tertunda kerana kesibukan melanda. Malangnya, mengeluh je lebih. Kerja tak siap-siap lagi. :p

Minggu ini, saya dan rakan-rakan sekelas akan ke Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras untuk membuat "Diagnostis Profile" untuk subjek "Planning and Teaching Mathematics". Soalan-soalan diagnostis belum siap sepenuhnya. At least sudah siap separuh. Okey la kan? Hehe

Next week kena pergi ke sekolah lagi. Sekolah yang sama. Tugasan yang lebih mencabar iaitu Micro Teaching. Senang cakap Cikgu Nurul kena mengajar lah. Letak title cikgu untuk diri sendiri. Hehe. Kalau nak mengajar, kenalah teliti Curriculum Specifications, siapkan Lesson Plan dan sediakan Teaching Aids. Saya sangat lah tak kreatif nak fikirkan ABM yang sesuai. Menyesal sebab suka main-main dalam kelas Senireka masa kat MRSM dulu. Hehe.

Sebenarnya, saya dan Buddi dah rancang nak balik ke rumah masing-masing hujung bulan ini. Okey saya homesick lagi. Memang saya suka homesick. Bila rasa banyak benda nak fikir dan banyak masalah serabut dalam kepala, balik rumah lah ubat yang terbaik. Home Sweet Home. :) Memandangkan banyak kerja dan aktiviti yang telah diaturkan, saya pun tak pasti sempat balik atau tidak. Baru je rancang nak buat kejutan kat adik-adik. Suka je nak touching lebih2. Adey.

Hujung minggu ini tak aktif langsung. Duduk diam dalam bilik dan mengadap laptop. Tu lah cara terbaik untuk budak malas siapkan kerja yang berlambak ni.

p/s : Need to stop writing. Perut saya sudah berbunyi. Nak g makan. :D

I MISS MY FAMILY. :)