Thursday, December 8, 2011

194. 49 days.


 


 Aaaaarrrggggghhhh sedihnya cerita ini. :(


Okey emosi lebih sebab tak berapa stabil sekarang.


Tadaaaaa.


Wednesday, December 7, 2011

193. Senarai hitam ker tak ni?



Good morning people! What a lovely day kan? Padahal hari-hari memang syok sebab tidur tak ingat dunia. Mak kerja jadi boleh lah saya mengurungkan diri dalam selimut sampai tengah hari. Hehehe. Eh takde lah sampai tengah hari. Matahari tak naik lagi pun masa saya bangun. *Cover balik takut kena cop anak perempuan yang suka tidur dan bangun lambat*


Hari ini saya berpuasa GANTI. Puasa sunat Isnin dan Khamis sahaja yea. InsyaAllah kalau sempurna puasa hari ini, sudah 4 hari saya berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti seharian terutamanya apabila tengok si kembar menggigit nugget rangup Ayamas sambil tengok cerita Detective Conan. *Sekarang pun tengah telan air liur sebab terliur habaq hang*


Bangun-bangun je terus buka laptop dan online. Sebab semalam saya dah terfikir, bila bangun pagi esok, saya nak semak nama saya pada laman web PTPTN. Okey semua orang gerun kalau sebut PTPTN PTPTN PTPTN. Terbayang-bayang hutang PTPTN yang tak terbayar lagi tu. Lama-lama boleh botak kepala sebab selalu garu kepala bila teringat hutang yang tak mampu nak bayar lagi tu. Adey.


Sambil membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya tekan http://www.ptptn.gov.my/ dan saya dapat merasakan jantung saya berdegup kencang macam baru lepas kena kejar dengan anjing bila berjalan balik daripada Velodrom Cheras. Tekan pada bahagian semakan dan masukkan nombor kad pengenalan sendiri. Bukannya kad pengenalan kawan sekelas yea. Dan ini lah hasil nyaaa.





NAMA SAYA TIDAK DISENARAI HITAM KAN. Betul ker ni? Biar betul biar betul biar betul. Sebab dah berlambak surat saya dapat daripada PTPTN yang suruh saya bayar semua pinjaman sekaligus dan juga dah dapat surat peguam yang mengatakan nama saya akan disenarai hitamkan. Yeee laaa saya kan berhenti belajar daripada UiTM dan sambung belajar kat maktab IPG. Sebab tu saya kena bayar semua pinjaman yang saya dapat satu semester dan wang pendahuluan sekaligus. Rasa nak nangis tau bila umur 22 tahun tapi nama dah jadik hitam. Waaaaaaa. Janganlah main-mainkan hati saya wahai warga PTPTN. Saya dah nak melompat sampai ke tingkat atas rumah dah ni. Weeeeeeee nama saya masih lagi clean and clear. Jyeaaaahhhhh! :D


ALHAMDULILLAH. SYUKUR KEPADA ALLAH. :))) Rasa ringan sedikit bahu, kepala, kaki, tangan semua bila tahu nama saya tidak disenarai hitamkan. Malam ini boleh tidur sambil tersengih sampai telinga. Hehe. :)))


Quote for today :
The truth doesn't cost anything, but a lie could cost you everything.


Monday, November 28, 2011

192. Visiting Hajar's baby.



Ehem ehem kita mulakan dengan ucapan tulus ikhlas dulu yea. Hehe. 

Salam Maal Hijrah 1433. Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan kepada kita dan memberikan kita ruang untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. :)

Semalam sempena menyambut tahun baru, saya mengajak para penganggur yang turut bercuti iaitu TanLee, Padil dan Kaymah mengadakan lawatan muhibah ke rumah Hajar memandangkan Hajar berpantang kat rumah. Baby boy lahir pada tarikh cantik 11.11.11. Weee. Memang sebelum cuti lagi saya dah berniat nak melawat Hajar dan baby boy dia, Ahmad Hadif. Aiseh comel sungguh macam Aunty Wae. Eh silap macam mak dia lah. Hehe. Then, Yunie datang dengan hubby dia. Lagi lah riuh dengan soalan-soalan yang diajukan kepada Hajar. Umur je dah 23 tahun masing-masing tapi perangai macam masa tingkatan 3 dulu juga. Tak berubah langsung. Haha

Lain rasanya bila kita tengok member-member dah berkahwin dan dah ada baby dalam umur 23 tahun. Rezeki masing-masing kan. Tumpang seronok untuk Hajar dan keluarga. :) *Teringat kenangan bersama rakan-rakan masa sekolah dulu*











P/s : Jangan lupa khabarkan berita kalau Hadif nak dapat adik. Ini ayat Yunie. Haha


Wednesday, November 23, 2011

191. A journey to home.



Jyeaaahhhh! Cuti akhir semester 6 telah bermula. Secara rasminya akan penjadi penganggur tetap di rumah tercinta selama 6 minggu. Heaven kan? Hehe.

Hari itu, kali pertama dalam seumur hidup saya menjadi pemandu tetap selama 9 jam. Terima kasih kepada co-pilot saya, Syemm Gems kerana berjaya menjadi co-pilot dan pramugari yang terbaik. Weee. Menggagahkan diri untuk menjejakkan kaki ke negeri tercinta. Kesannya ialah demam dan sakit badan untuk beberapa hari. Ayah cakap biasalah tu tak pernah-pernah drive lama macam itu. 

Haaa Ayah boleh tengok sekarang betapa kuatnya Kaklong. Selalu je kena perli cakap lembik macam sayur kena salai. Hehe. Apa-apa pun alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. :) Oh cuma Angah a.k.a budak hitam belum balik lagi. Minggu depan baru menjejakkan kaki ke rumah. Haaa padan muka sebab kena berkhemah dalam hujan. Best kan? Hahaha.

Happy holiday people! Keep in touch okey? :)


Tok Nik sebagai ketua rombongan.

Gems mengintai-ngitai gajah putihnya di belakang.

Tengok lah betapa sucinya cermin kereta saya. Berdebu 7 keturunan. Haih.

Itu dia berseri-seri si gajah putih gems.

Pilot yang skema.

Co-pilot yang berjaya menjalankan tugas. Hehe

Tak sempat nak berhenti di sekolah tercinta sebab hujan. Haiii MRSM KK! :)


P/s : Mungkin semangat lebih sebab makan sandwich terbaik di pagi hari. Thanks to Mr.C! :)


Quote for today :
Be happy, not because everything is good but because you can see the good side of everything.


190. Yoona-shiii.




Happy 22nd birthday to our best actress Fazliana Mansor a.k.a Lieyna Mansor! :)

We love you much KakTengah! :)

 P/s : She is our Yoona-shiii. The most beautiful girl in SNSD. Hehe. :D

Loves, KimTaeYeon. :p


She is a big fan of SNSD! Hehe


Sunday, November 20, 2011

189. 20112011



Happy birthday to my little brother, Muhammad Shafiq bin Ghazali!

You're 20 years old this year. Yeaahh you're old enough to think wisely for you future. Aracci? :)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Kecomelan masa kecil.

Yeahhh Kaklong lagi tinggi tapi sekarang Kaklong paling pendek. Sadis.

2 of 4 my little brothers. Birthday boy in his stripes shirt.


P/s : Hari ini dia berlagak dengan saya sebab dia bertuah dalam banyak benda. Yee lah kan umur 20 pada 20 haribulan. Ayah pun ada dapat rezeki lebih hari ini dan ada kaitan dengan nombor 20 juga. Alhamdulillah. Semoga dipermudakan segala urusan. Aminnn. :)


Friday, November 18, 2011

188. Final year is coming baby!



Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat sebab saya telah berjaya menghabiskan masa selama 4 tahun setengah di Cheras untuk mendapat title cikgu. :) Ehem ehem tapi tak dapat lagi. Ada lagi setahun nak habis. Bersabar-bersabar gemuk. Weee.

Goodbye Semester 6!

Final year is coming baby! Jyeahhhh! :))))

Semoga semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah. :)


P/s : Esok sudah mahu pulang ke Kelantan. Seronoknya cuti panjang. Hehe. Mesti saya akan rindukan housemates, classmates dan Mr.C! Take care people. Happy holiday.


Makan.

Dan juga makan.

Makan lagi.

Dan makan lagi.