Sunday, July 29, 2012

216. Even if the skies get rough.




:)


Tuesday, July 24, 2012

215. One step older bebeh.







Cimel kan housemates saya? Comel dalam bahasa sebenar. Maafkan penggunaan bahasa sesama gegirl. Hihihi. Thanks for the wish gegirl. Sayang korang lebih. Muahhh! :D

Dear families and friends. Sorry for everything. Saya tahu saya banyak kelemahan dan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Saya sangat mengharapkan teguran yang ikhlas dan akan cuba berfikiran lebih terbuka dan matang sebab dah 23 tahun kan. Hihihi. :)

Saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Walaupun tak ada kek, hadiah atau celebration yang gempak, cukuplah ada orang yang still hargai dan ingat kita serta yang mendoakan kita. Kan? Alhamdulillah masih hidup di atas bumi Allah ini. :)


214. Ramadhan is here.



Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. :) Hari ini hari keempat puasa bagi semua orang Islam, hari kedua bagi saya. Hihihi

Lama tak buka blog sendiri. Ini menunjukkan apa? Yee bukan banyak buang masa. Banyak kesuntukan masa. Tapi tak siap-siap juga kerjanya. Haish

20 Julai 2012. Saya mengishtiharkan saya sudah tamat kesemua SBE, praktikum, internship selama 5tahun dan sedikit lagi nak cukup 5tahun setengah. Sabar naaa. Hihihi. Lagi sekali saya ulang. Dah habis semua masa-masa bersengkang mata dan bertungkus-lumus buat baik kat sekolah. Ececeh padahal nanti posting kat sekolah juga. Takde lah I mean lepas ini takde lah kena buli seteruk ini kat sekolah sebab dah jadi cikgu betul, bukan cikgu praktikum. Betul ker dah tak kena buli? Hopefully betul lah sebab tak sanggup maaaa. Aminnnnn. :)

Okey sekarang sudah 1.37 tengah hari. Nak solat zohor kejap, lepas tu nak nap kejap. Lepas tu kena bangun nak pergi kedai beli barang kelas, lepas tu nak pergi bazar beli makanan berbuka. Lepas tu nak pergi terawih, lepas tu nak kena siapkan homework untuk kelas esok. Lepas tu part yang paling saya suka iaitu TIDUR atas tilam merah yang sudah sebati dengan diri sendiri. Hihihi

Saja mengada nak tulis ni.

1 day puasa - Ayam percik masakan Mak, gulai lemak ikan masakan Maksu, kerabu peria masakan Mek (Nenek), sambal belacan Mek, bubur kacang Mak, pengat durian Mak, pulut tapai Mek.
2 day puasa - Ayam masak merah masakan Mak, ikan masak kicap masakan Mak, mee goreng masakan Mak, sup sayur Mak, ikan masin masakan Mak, sayur goreng masakan Mek, sup daging masakan Maksu.
3 day puasa - Laksa langkawi buatan bazar Cheras.
4 day puasa - Tengah fikir nak makan apa. Hihihi


The truth is I really miss my home. Makkkk, nak berbuka dan bersahur kat rumah. SOBS.



P/s : Wehhh ni serius tak tipu. Baru je nak post entry ni, tiba-tiba Mak mesej tanya bersahur dengan apa tadi dan nak makan apa masa berbuka nanti. Mak memang tahu tahu je anak bongsu sulung dia tengah sebut nama Mak tadi. Hihihi. Love you Mak. Terharuuuuu! :)