Tuesday, July 27, 2010

36. Adakah kita berbeza?




Last weekend, saya bertekad untuk menjelajah ke Puncak Alam yang sememangnya berada di "puncak" sana sebab saya sudah berjanji dengan CikTaa nak melawat dia kat sana. Saya bertolak pukul 3.30 petang dari Cheras dan sampai pukul 9.15 malam kat Uitm Puncak Alam. Cukup 6 jam perjalanan yang mencabar mental dan fizikal. Kalau naik bas MaraLiner, dah boleh sampai Kedah. Hehe.

3.30 petang : Menaiki teksi ke Stesen KTM Salak Selatan
4.30 petang : Tiba di KL Sentral
5.15 petang : Menaiki bas U80 ke Uitm Shah Alam
6.15 petang : Tiba di Seksyen 2, Shah Alam
8.15 malam : Menaiki U90 ke Puncak Alam ( setelah berkeluh kesah menunggu bas selama 2 jam. hampeh betul. )
9.30 malam : Tiba di Uitm Puncak Alam ( berjaya sampai juga akhirnya. tahniah kepada Si Bulat. )

As usual lah kan, CikTaa datang ambil saya lambat. Bila saya telefon, mesti cakap dah dalam perjalanan, dah nak sampai. Padahal dia kat kedai makan lagi. Eeii nak cubit pipi 3x. :p

Malam tu, saya dinner pukul 12.30 malam. Memang Si Bulat selamanya lah. Padan muka. Hehe. Kami masak sedikit je sebab CikTaa dah beli ayam masak paprik dengan air laici kat kedai kegemaran dia. Terlebih seronok sebab dapat masak dengan CikTaa sambil borak-borak pasal kehidupan masing-masing. Rasa macam dah besar sangat pun. Walaupun kenyataannya memang dah besar panjang. :p

Sebelum tidur bersebelahan ( ayat kontroversi la konon nya ), kami banyak berborak-borak pasal masalah dan cabaran sebagai seorang pelajar yang ingin menggenggam segulung ijazah. Saya mahukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. CikTaa mahukan Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Dua dunia kita berbeza. Lagi sekali saya mencuri tajuk lagu. Tapi cabaran dan masalah yang dihadapi tetap sama.

Masa sekolah dulu, bila tengok rakan-rakan pergi ke sekolah dengan motosikal, teringin nak ada motosikal juga. Masa universiti sekarang, bila tengok rakan-rakan pergi ke kuliah dengan kereta, teringin nak ada kereta juga. Padahal kita dah ada motosikal sendiri. Adakah situasi ini didefinisikan sebagai tidak bersyukur atau sebaliknya?

Tipu sekiranya kita tidak terdetik untuk memiliki apa-apa yang setaraf dengan orang lain. Saya guna Acer yang "vintage" tapi rakan-rakan sudah ada yang guna MacBook Pro. Saya guna Sony Ericsson "batu asah" tapi rakan-rakan dah guna iPhone dan BlackBerry. Saya pakai Crocs "Downtown" tapi rakan-rakan pakai Crocs "MidValley". Saya ada kamera digital biasa tapi rakan-rakan sudah ada DSLR Canon atau Nikon.

Inilah antara perbezaan yang sering wujud dalam kehidupan seharian kita. Tapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri tentang nasib rakan-rakan yang kurang bernasib baik daripada kita? Mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli dan memiliki seperti kita.

Kita sudah ada motosikal untuk ke kuliah tapi mereka masih berjalan kaki atau mengharapkan perkhidmatan bas untuk ke kuliah. Kita sudah ada telefon berkamera untuk kemudahan masing-masing tapi mereka masih menggunakan Nokia 3310 yang selalu mati semasa bercakap. Kita sudah ada laptop untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah tapi masih ada mereka yang tidak mampu membeli laptop sendiri dan perlu berulang-alik ke cyber cafe.

Dalam situasi ini, siapa yang sepatutnya berasa lebih bertuah dan bersyukur? KITA.

Memang tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita rasa penat dan hampir berputus asa dengan kelemahan dan kekurangan yang kita ada. Bila hari hujan, macam mana nak ke kuliah dengan motosikal? Kalau tak pergi, nak bagi alasan apa? Hujan? Kalau pergi, mesti balik kelas rasa nak demam kena hujan. Takkan lah kita nak ponteng kelas setiap kali hari hujan. Nak tak nak, kita terpaksa redah hujan juga.

Tidakkah pengalaman seperti ini mengajar kita untuk lebih berusaha dan berdikari?

Bila lagi kita nak ada pengalaman seperti ini? Rugilah kan bagi mereka yang tak ada pengalaman ini untuk diceritakan kepada anak-anak nanti. Macam mak dan ayah kita bercerita kepada kita tentang kesusahan mereka dahulu. :)

Sebelum melelapkan mata, saya dan CikTaa membuat refleksi kendiri masing-masing. Memang tepat sekali. Kita mesti bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita sekarang. Jika kita hendakkan sesuatu yang lebih baik, kita mestilah berusaha dengan lebih gigih. Hasil yang kita dapat dengan usaha gigih sendiri akan lebih manis dan bermakna, kan? :)

Teringat ayat CikTaa. Semua orang boleh memiliki dan berada pada tahap yang sama. Cuma perbezaannya ialah masa. Mungkin kita dapat guna MacBook Pro, BlackBerry, DSLR pada masa akan datang. :D

BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN ALLAH. :)))

Thursday, July 22, 2010

35. Chenta hati saya.


Yong Yong. Bila nak balik? Nanti belikan Uteh dan Uchu mainan. Nak mainan banyak2. Nak Ben-10 dengan Ultraman.

Rindu nya kt budak nakal ni. :(

Bila lama-lama kt rumah, geram nak cubit sebab suka sepahkan rumah dan suka berebut mainan. Bila jauh kt sini, rindu nak cubit-cubit dan peluk-peluk budak-budak gemuk ni. :)

Kalau cakap telefon dengan budak kembar ni, mesti rasa nak balik rumah. Homesick melimpah ruah.

Tapi saya tak ada cuti nak balik rumah. Nak kena pergi sekolah, ada kelas ganti, ada program BIG.

Tapi saya nak balik rumah. :(

What should I do?

Wednesday, July 21, 2010

34. Siapakah pilihan hati?

Jeng jeng jeng.

Inilah bakal finalis Dara.Com 2010.
Siapakah pilihan hati anda? :D

Pemenang bakal menjadi cover girl untuk majalah Dara edisi khas.

Ini lah cita-cita Nana dari kecik lagi. Tapi apakah dia berjaya menonjolkan diri lebih daripada Zaza, Wawa dan Fafa? Hehe

p/s : Abaikan kegemukan pipi masing-masing.

GEDIK SUNGGUH. :D

Tuesday, July 20, 2010

33. Saya Cikgu, Dia Doktor.


Happy 22nd birthday, Doktor Yna. :)
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
May all your dreams come true.
InsyaAllah. :D

Nanti lagi 10 tahun, Yna boleh hantar anak-anak Yna kt sekolah Sha mengajar.
Kalau percaya dengan kebolehan Sha "mendidik" dan "membimbing" murid-murid. Hehe
Of course lah Sha nak ubat dan rawatan percuma kt Klinik Fazlianna dan F. :p
Sebab Sha kan suka sakit dan selalu semput masa kt sekolah dulu. Hehe

Cepat-cepat lah balik Malaysia. Boleh kita buat gathering besar-besaran. Boleh dengar lawak McTaa as Ratu Lawak kita. Hehe

p/s : Jangan lupa bawak balik buah tangan from India. Nak kirim sari berwarna merah x? :p


Love you muchooooo!
Muahhhx. :)))

Sunday, July 18, 2010

31. Balik Tak Balik.

Seriously masuk semester 4 saya sangat lah sibuk. Masa semester 3 dulu, tak rasa sibuk macam ni. Haih.

Awal-awal sem dah banyak kerja menanti. Banyak rancangan berseronok bersama rakan-rakan tertunda kerana kesibukan melanda. Malangnya, mengeluh je lebih. Kerja tak siap-siap lagi. :p

Minggu ini, saya dan rakan-rakan sekelas akan ke Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras untuk membuat "Diagnostis Profile" untuk subjek "Planning and Teaching Mathematics". Soalan-soalan diagnostis belum siap sepenuhnya. At least sudah siap separuh. Okey la kan? Hehe

Next week kena pergi ke sekolah lagi. Sekolah yang sama. Tugasan yang lebih mencabar iaitu Micro Teaching. Senang cakap Cikgu Nurul kena mengajar lah. Letak title cikgu untuk diri sendiri. Hehe. Kalau nak mengajar, kenalah teliti Curriculum Specifications, siapkan Lesson Plan dan sediakan Teaching Aids. Saya sangat lah tak kreatif nak fikirkan ABM yang sesuai. Menyesal sebab suka main-main dalam kelas Senireka masa kat MRSM dulu. Hehe.

Sebenarnya, saya dan Buddi dah rancang nak balik ke rumah masing-masing hujung bulan ini. Okey saya homesick lagi. Memang saya suka homesick. Bila rasa banyak benda nak fikir dan banyak masalah serabut dalam kepala, balik rumah lah ubat yang terbaik. Home Sweet Home. :) Memandangkan banyak kerja dan aktiviti yang telah diaturkan, saya pun tak pasti sempat balik atau tidak. Baru je rancang nak buat kejutan kat adik-adik. Suka je nak touching lebih2. Adey.

Hujung minggu ini tak aktif langsung. Duduk diam dalam bilik dan mengadap laptop. Tu lah cara terbaik untuk budak malas siapkan kerja yang berlambak ni.

p/s : Need to stop writing. Perut saya sudah berbunyi. Nak g makan. :D

I MISS MY FAMILY. :)

Friday, July 16, 2010

30. Bang, telur dadar satu!

Awas!

Entri ini khas untuk penggemar tegar telur dadar, telur mata, roti telur, telur sambal, meggi sup bertelur dan seumpama dengannya. Tak kira lah telur ayam, telur itik atau telur penyu. Hehe

Adakah anda semua pasti dan yakin bahawa masakan atau makanan bertelur anda bersih dan HALAL?

Mungkin kita yakin dengan cara penyediaan makanan di rumah kerana mak kita pasti mahukan yang terbaik untuk seisi keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan para tukang masak di gerai-gerai dan para chef di restoran-restoran? Adakah mereka teliti dan peka seperti mak kita di rumah?

Semalam, saya mendengar ceramah oleh seorang ustaz yang bekerja sebagai penyelidik di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau mengatakan telur yang hendak dimasak WAJIB dibasuh dengan air terlebih dahulu walaupun kita ingin merebus telur tersebut. Jika tidak dibasuh, maka HARAM untuk dimakan.

Kenapa HARAM?

Jika kita perasan, telur ayam yang dibeli di kedai tidak bersih. Kulitnya masih melekat dengan sisa-sisa kotoran dan bahan buangan daripada si ibu ayam yang berjaya mengeluarkannya. Saya tidak yakin yang para pengedar dan peruncit akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada orang ramai.

Apakah hukum memakan sisa-sisa kotoran? HARAM. Jadi, HARAM bagi kita untuk memakan telur yang telah dimasak sebelum dibasuh terlebih dahulu. Sisa-sisa kotoran yang melekat pada kulit telur itu akan masuk dalam masakan kita. Mustahil bagi kita untuk memecahkan telur tersebut tanpa memegang kulitnya yang mempunyai kotoran tadi. Jadi, WAJIB lah kita membersihkan dahulu telur yang dibeli sebelum dimasak.

Selepas mengetahui perkara ini, jadi WAJIB lah kita berkongsi perkara ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara dan hukum ini tetapi masih ada yang tidak sedar akan perkara ini. Walaupun "telur" hanyalah bersaiz kecil, kesannnya terhadap kehidupan seharian kita sangat lah besar jika kita mengambil ringan akan perkara begini.

Teringat cerita ustaz tu. Beliau akan bertanya kepada tukang masak sama ada telur itu sudah dibasuh atau tidak sebelum dimasak jika beliau makan di kedai makan. Jika tidak, beliau akan meminta tukang masak itu menyediakan yang lain. Berani kah kita meminta sedemikian? :D

Jangan ada yang terus tak nak makan telur kt kedai makan. :p

Bagi yang suka makan macam saya, perkara ini sangat lah perlu dititik beratkan. Susah betul jadik budak gemuk. :D

Wednesday, July 14, 2010

29. Kosong.

I can't pretend that I know nothing.
I keep thinking about YOU.

I just want YOU know that I care everything about YOU.
Yes, I mean it.

* speechless*

Tuesday, July 13, 2010

28. Saya gemuk, dia kurus.

Taraaaa!

Happy 14th birthday, my little sister. :)
.Nurul Shafiqah bt Ghazali.
May Allah bless you.
I wish all your dreams come true. InsyaAllah. :)

Makan banyak-banyak lagi.
Jangan kurus sangat. Contohi Kaklong yang sihat sejahtera ni. :p
Walaupun Kah lagi tinggi daripada kaklong, Kah still my little sister.
Wajib dengar nasihat Kaklong. :D

You're getting older.
Jadi, kena lah jadik lebih matang.
Jangan gaduh-gaduh lagi dengan Uteh dan Uchu.
Kaklong tahu dorang nakal sangat tapi kenalah jadik kakak yang baik. Okey? :)

Belajar rajin-rajin yea.
Jangan suka main internet dan tengok cerita korea je. Hehe
Kaklong tahu Kah sentiasa rajin berusaha. Jangan sesekali putus asa kalau Kah tak dapat apa yang nak dicapai. Usaha lagi. InsyaAllah Kah dapat semua yang Kah impikan.
Kaklong sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik Kaklong. :)

Always love you.
Muahx muahx.

Sunday, July 11, 2010

27. Kerana kau 10 sen.

Mulakan penulisan dengan berita baik dahulu. Elaun semester sudah masuk. Seronok tak terkira. Orang Kaya Baru untuk sebulan mungkin. Hehe. Berita kurang enak ialah elaun semester mungkin habis sebelum tarikh luputnya. Saya masih kurang mahir menghitung perbelanjaan harian apabila menjelang musim elaun. Okey saya mengaku. Keinginan melebihi keperluan. Mungkin patut kurangkan senarai barangan yang ingin dibeli. :p

Disebabkan tekanan duit elaun yang baru dimasukkan, saya dan Buddi menghayun langkah ke Pavilion. Kami memilih untuk menggunakan U45 memandangkan sudah lama kami tidak menjejakkan kaki ke dalam bas tersebut. Terima kasih lah bas U45 sebab menambahkan kebencian kami terhadap anda. Nak pergi tunggu sejam baru sampai dan nak balik pun tunggu sejam jugak. Kalau buat latihan Basic Calculus, mesti sudah siap 10 soalan. Sungguh lah mengguris hati kami yang ikhlas ingin bersama kamu wahai U45. Tak nak kawan sebulan. Geram okey tunggu lama-lama sangat. Adey.

Semasa dalam bas itu, ada seorang pakcik berbangsa India memerhatikan kami. Dia bertanya kepada Buddi kenapa kami tidak meminta baki 10sen daripada pemandu bas tersebut. Kami terdiam sejenak. Banyak sebab kenapa kami tidak mampu untuk menjawab soalan pakcik itu. Tambang bas U45 RM1.90. Sah-sah lah kami tidak mempunyai wang RM1 sekeping dan 90sen duit syiling. Jadi kami bagi lah RM2. Kami tidak meminta baki 10sen sebab :

1. Kami takut driver bas tersebut marah dan menengking kami. Sebelum ini, kami tidak pernah melihat orang lain meminta baki 10sen. Orang depan kami pun tak minta baki 10 sen. Jadi kami pun diam juga.

2. Kami takut orang belakang kami cakap kami kedekut tahap haji bakhil. Nanti dia cakap "Eleh 10 sen pun nak minta. Berkira betul budak-budak ni."

3. Kami tak tahu sistem sebenar pembayaran tambang bas rapid. Adakah sistem telah menetapkan kami wajib menyediakan wang yang mencukupi atau tidak kami tidak mendapat baki tambang bas kembali? Okey ini memang budak-budak yang malu untuk bertanya. Eh bukan malu. Tak tahu nak tanya siapa. Sungguh alasan tak munasabah. :p

Tapi apa yang pakcik tu cakap memang lah betul. Hak kita sebagai pengguna untuk meminta baki tambang walaupun 10 sen. Ini bukan soal jumlah yang sedikit atau banyak tapi tentang hak masing-masing. Bas rapid pun dapat untung banyak kalau semua orang macam saya dan Buddi. 10 sen untuk seorang. Kalau 100 orang, cukup dah RM10. Macam senang je nak dapat untung lebih. Suka je saya buat kira-kira keuntungan syarikat orang lain. Hehe

Walau apa pun, saya tak nak naik bas rapid untuk sebulan. Saya merajuk. Ingat tu, saya merajuk dengan U45.

p/s : Kalau ada driver sendiri, seronok nya. Senang hidup saya. Memang saya suka berangan lebih. :D


Nasib baik tak perlu naik bas rapid untuk balik ke Kelantan. Hehe :p

Thursday, July 1, 2010

25. Al-Fatihah.


Takziah kepada Uyu atas kehilangan abangnya yang tersayang.
Abangnya telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam kerana mengalami kecederaan parah di kepala dalam kemalangan.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abang Uyu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Uyu.
Banyak-banyak bersabar yea. Berdoalah untuk arwah.


Ajal dan maut di tangan Allah.