Saya ada soalan. Siapa tahu sila angkat tangan dan jawab.
Ada berapa batang pokok kelapa di Banghuris Homestay?
Siapa yang pandai kira mesti dapat jawab ni. Sila share jawapan anda sebab saya pun tak tahu jawapan dia. Hehe. Yang pasti ada lebih daripada 5 batang sebab waktu petang je budak-budak ni minum air kelapa. Habislah buah kelapa kt Banghuris Homestay tu. Hehe.
Okey kembali kepada topik asal perbualan kita. Beberapa hari saya tidak mengaktifkan diri di alam maya ini kerana saya telah menyertai Program Bina Insan Guru Siri IV bertempat di Banghuris Homestay, Sepang selama 3 hari 2 malam. Sumpah inilah BIG yang paling sempoi dan relaks. Seronok sangat sebab boleh buat aktiviti sendiri. Boleh memancing, makan aiskrim, minum air kelapa, sesi fotografi lompatan bersama girlfriends. :D
Aktiviti mendirikan khemah.

Aktiviti Fotografi Lompatan Versi 1




Tarian Tradisional Jepun oleh Pelajar Sekolah Tinggi Jepun


Inilah aktiviti saya pada hari pertama. Permulaan perkhemahan yang kelihatan sempurna dan indah. Namun begitu, cuaca begitu mencemburui kami. Di kala kami sedang lena dibuai mimpi, hujan turun dengan lebat dan angin berebut-rebut untuk membelai khemah kami. Hasilnya, khemah kami telah menjadi kolam renang atau dalam English kita sebut "swimming pool". Disebabkan itu, saya, Budd, Ezadd dan Kaktgh berlari pecut ke dewan makan untuk menyelamatkan baju-baju kami yang sudah pun basah. Yang menakjubkan ialah kami berjaya sambung tidur dengan lena di dewan makan yang sesak dengan rakan-rakan yang lain. Hebatkan kami? :p
Program Anak Angkat Bersama Keluarga Berketurunan Jawa


Tak dapat dinafikan yang semua gambar di atas berunsurkan masakan dan makanan. Inilah khidmat masyarakat kami. Mengurangkan pembaziran makanan. Nice kan? :p
Aktiviti Berkelah Pada Waktu Petang


Persembahan Dikir Barat



Aktiviti Fotografi Bersama Keluarga Angkat
Aktiviti Memasak Sarapan



Aktiviti Fotofrafi Lompatan Versi 2



Aktiviti Fotografi Bersama Batchmates


Saya nak cerita juga last part ni. Dalam bas, saya tertidur dengan nyenyak sebab sangat penat. Disebabkan itulah, saya tak sedar Nik dan Father tangkap gambar saya tengah tidur. Sumpah buruk. Budd, Ezadd dan Kaktgh pun bersubahat sama. Maluuuu laaa. Eeeeiiii geram betul. Siap lah Father dan Nik. Ada ubi, ada batas! :p
Overall, this is enjoyable BIG ever. Wish saya boleh datang ke kampung ini lagi. :)
p/s : Nanti nak ajak adik-beradik angkat saya datang melawat Mama lagi la. Nak mintak mama masakkan nasi ambeng. Teringin nak makan nasi ambeng lagi. Especially ikan masin dia yang sedap itu. Hehe.
ENJOYABLE BIG EVER! :)))
9 comments:
wahh..!enj0y nyer..mesti bez..c0mel gmbr..!nak ambik etep..jelez lah..hehe..uuhh..tentu bez dih..
:)
best lah. gambar banyak. makan pun banyak.hehe. jangan jelus ngn kaklong. hehe
uummpph..bab makan meme kql0ng juara..hehe..tpi kalu bab gambar 2 nak ah..!bez..~d0h lah c0mel2..
mestilah comel. kaklong kan. haha. kaklong still tak makan lagi durian. kempunan. haih
ish3..cian2..kah make sapa puah d0h..hehe..tkp02..nti blik..
waaaaaaaa. jelus2. kaklong nak makan lama dah. tak sabar nak balik rumah. haih
mak ado sipe ko kql0ng cikit h0k sain mak bgi uuhh..sabar2..hehe
best2!!
farah : sangat bestttttt! :D
Post a Comment