I heart you Mak! :)))
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
209. One over two, one half or half.
Itu lah term yang saya paksa students saya hafal untuk introduction to fraction. Hehehe
One over two.
One half.
Half.
Yee. Setengah. Lagi setengah. Lagi setengah tahun.
Saya kena berusaha dan survive untuk satu semester lagi untuk tamat secara rasminya kat Cheras ni. Jyeaaahhh! :D
Borang posting sudah selamat dihantar. Dah pilih 3 buah negeri, hopefully mana-mana negeri terimalah saya yang bersemangat waja nak belasah mengajar budak-budak ni. Hehehe. Please please please terima saya. Hihihi
Proposal untuk Action Research sudah dihantar. Alhamdulillah setelah beberapa kali tukar tajuk AR, tajuk terakhir ini diterima. Bajet best lah sebab cuba nak ubahsuai cara pendaraban untuk memudahkan students yang kurang cekap dalam pendaraban dan penghafalan sifir-sifir asas. Hikhik. Hopefully saya diberi kekuatan untuk siapkan AR pada semester depan sebab saya tahu AR takkan jadik begitu mudah untuk saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kepada saya dan rakan-rakan. :)))
Sekarang, saya tengah bercuti. Yesss, percutian 3 minggu di rumah. Nanti dah bekerja, belum tentu dapat cuti full macam sekarang kan. InsyaAllah saya akan cuba manfaatkan sepenuh masa kat rumah. Tidur pun termasuk dalam perancangan aktiviti saya. :p
8 PISMP Matematik. Final semester. Final year student. Weheeee!
Saturday, May 19, 2012
208. Their special day.
19/05/2012
Happy 8th birthday Uteh and Uchu! :)))
Makin banyak umur, makin banyak makan, makin banyak lemak kat perut, makin banyak minta hadiah bukan-bukan. Tapi sebab mereka adik bongsu yang paling disayangi dan dimanjakan, Yong cuba lah korek-korek tabung nak belikan hadiah. Hikhik.
Dah call dan pesan awal-awal lagi. "Yong dengan Abang Ngah tak boleh share bagi hadiah. Kena bagi asing-asing. Sorang satu. Taknak beli buku. Dah pandai baca." Amboi amboi, kecil-kecil dah pandai bagi arahan yea. Bukan main lagi syarat-syarat tu. Geletek sampai terkencing kang baru tahu. Hikhik.
Minggu depan, Yong balik. Tengoklah apa yang Yong hadiahkan. *Padahal Yong tak ada idea lagi nak belikan apa. Haih haih.* Sesiapa ada cadangan tak hadiah yang sesuai untuk budak kembar yang gemuk dan hiperaktif ini. Ketandusan idea bila ada syarat-syarat macam ini. Eeeeeiiii.
Yong harap Adik membesar dengan baik sampai Adik dah boleh hidup berdikari. Please jangan nakal-nakal sangat, jangan nak gaduh-gaduh lagi kat sekolah dan jangan nak main-main dalam kelas. Dah tahun 2 dah Adik oooiiii. Dengar cakap Yong ni tau! Hehehe.
Yong sayang Adik gemuk sangat sangat walaupun Adik memang gemuk! Hihihi.
Rindu Uteh dan Uchu! Tunggu Yong balik dan kita main sama-sama yea. Weheee. :)
P/s : Adik gemuk menangis sebab Ayah dan Angah datang KL nak tengok bola. Tinggalkan dorang sehari sebelum birthday dorang. Menangis lah. Manja manja. Hihihi
Monday, April 30, 2012
207. I'm back. :D
Assalamualaikum. Lama tak menjenguk ke blog sendiri. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Saya sibuk tanda buku budak-budak dan siapkan worksheets untuk mengajar. Cikgu cemerlang kan. :p
InsyaAllah saya akan kembali duduk dalam kelas dan menjadi pelajar bukannya pengajar. Legaaaa dah habis 3 semester praktikum. Wehee. Kepada adik-adik junior dan adik saya sendiri, selamat merasai "kemanisan" berpraktikum. Boleh lah share pengalaman masing-masing selepas ini yea. Hehehe
Okey sekarang tengah bercuti di rumah sebagai tanda meraikan habisnya praktikum 3 bulan. Fuhhh! :D
Walaupun esok sudah mahu kembali ke Cheras, ayuhlah bergembira di malam hari dengan menonton 130 channels percuma di Astro Beyond. Hikhik
Happy watching people! :)
Friday, March 16, 2012
206. Makcik makcik gembira.
Today, one of my best friend send me a message.
Guess what? Weheee.
She's pregnant! Alhamdulillah. I'm very happy for her. :)
My dear, please take care of yourself and baby too! Cepat balik Malaysia! Kami tak sabar dan gembira nak celebrate berita baik ini. Hehe. :)
So, you can call me "Aunty Sha". Phewittt! :D
Labels:
happy moment,
my girlfriends
Monday, March 12, 2012
205. Bakal cikgu disiplin.
Ada gaya jadi cikgu disiplin tak? Guru besar terus pun boleh. Hahaha.
Dengan ini, cikgu disiplin mengucapkan selamat bercuti selama seminggu kepada golongan yang mendapat cuti seminggu. Yang tak dapat cuti, boleh masuk bilik air dan menangis diam-diam yea. :p
Oh yaaa. Dan selamat menyiapkan proposal untuk Action Research wahai pelajar 7 PISMP sekalian. Kalau nak grad, sila tinggalkan facebook atau twitter dan teruskan membuat proposal AR anda sekarang. Kalau rasa cintakan IPG melimpah ruah sangat, jangan buat proposal tu. Boleh stay extra setahun kat maktab dan nyanyi lagu IPG setiap kali perhimpunan. :p
Okey. Terlupa diri sendiri pun belum siap proposal lagi. Jadi ayuhlah menggembleng tenaga dan idea untuk grad dengan jayanya pada hujung tahun ini. Saya tak nak dah stay kat maktab. Tak larat dah nak ulang alik pergi Jabatan Matematik setiap kali musim assignment menjelang. Yee laa masuk Jabatan Matematik sebab nak bodek lecturer minta postpone tarikh hantar assignment. Tu biasaaaa. Jangan ada yang tak mengaku buat macam tu. Semua orang mesti pernah buat. Tak kira lah pelajar rajin macam kelas Elley punnn termasuklah pelajar baru tuuuu. Hahaha.
Happy hols boboi and gegurl! :D
Labels:
Action Research,
cuti,
kerja yang banyak
Sunday, February 19, 2012
204. Kesibukan yang melampau.
HAPPY FEBRUARY EVERYONE! Lambat sangat wish ni, padahal February dah nak sampai penghujung dah. Hehe
Disebabkan kesibukan yang melampau minggu ini, saya lupa satu benda penting. LESEN KERETA SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH atau MENINGGAL DUNIA.
Sepatutnya sebelum 15hb saya kena renew tapi apakan daya semalam iaitu 18hb baru saya perasan. Haih careless betul gemuk. Baiklah esok saya akan segera mengaktifkan ia semula. Kalau tak menggigil nak drive pergi mana-mana. Haih. Jadi haruslah memandu dengan berhemah untuk ke sekolah esok. :D
Minggu depan baru cukup sebulan saya berpraktikum. Haih haih haih cepatlah masa berlalu. Tak sabar nak habis belajar macam rakan-rakan yang lain. :D
P/s : Selamat berkahwin kepada rakan-rakan baru melangsungkan perkahwinan, selamat membujang kepada rakan-rakan yang masih single-mingle. Hehe
![]() |
| Jealous dorang dating tanpa sayaaaaa! Waaaaa. |
Labels:
my girlfriends,
personal stuff
Subscribe to:
Posts (Atom)







