Hari itu, saya join Malam Santai Siswa bersama Sham Kamikaze. Alang-alang tak ada kerja pada malam itu, lebih baik menghadiri majlis ilmu kan. At least berkuranglah sedikit titik hitam dalam hati. :)
Sebelum ini, serius saya tak kenal pun dia ni. Biasa tengok nama ini kat suratkhabar tapi tak pernah rasa nak baca apa yang ditulis berkaitan dengan dia. Semenjak dia dah berubah ke arah yang lebih baik, saya jadi tertarik untuk datang ke majlis pada malam itu. Dia bercerita bagaimana dia boleh berubah, apa cabaran yang dia hadapi, apa perbezaan dahulu dan sekarang dalam kehidupan dia. Siapa sangka kan dia yang begitu taksub kepada dunia hiburan boleh berubah menjadi lebih baik daripada kita pada hari ini. Boleh berada di khalayak ramai untuk berkongsi pandangan dan nasihat untuk dijadikan pedoman bersama-sama. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Dan orang yang dikurniakan hidayah sangatlah bertuah. Semoga kita pun berada dalam kalangan orang-orang yang bertuah seperti itu juga. InsyaAllah. Amin. :)
Saya tertarik dengan satu ayat yang dia utarakan. "Tiada sesiapa pun yang tidak sukakan kebaikan". Bila difikirkan balik, betul lah kan? Orang yang jahil, orang yang jahat macam mana pun, tetap suka dan gembira bila orang berbuat baik kepada mereka. Setiap orang mengharapkan benda yang sama iaitu KEBAIKAN. :)
Pada saya, dalam apa jua yang kita lakukan, untuk ISTIQAMAH dalam setiap amalan atau perbuatan kita adalah bahagian yang paling sukar. Saya pernah rasa ingin berubah tapi alang kah ruginya kerana saya tidak mampu beristiqamah dalam perubahan saya. InsyaAllah saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semoga rasa bersyukur sentiasa ada dalam diri saya. :)