Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

202. Di manakah nur hidayah?



Hari itu, saya join Malam Santai Siswa bersama Sham Kamikaze. Alang-alang tak ada kerja pada malam itu, lebih baik menghadiri majlis ilmu kan. At least berkuranglah sedikit titik hitam dalam hati. :)

Sebelum ini, serius saya tak kenal pun dia ni. Biasa tengok nama ini kat suratkhabar tapi tak pernah rasa nak baca apa yang ditulis berkaitan dengan dia. Semenjak dia dah berubah ke arah yang lebih baik, saya jadi tertarik untuk datang ke majlis pada malam itu. Dia bercerita bagaimana dia boleh berubah, apa cabaran yang dia hadapi, apa perbezaan dahulu dan sekarang dalam kehidupan dia. Siapa sangka kan dia yang begitu taksub kepada dunia hiburan boleh berubah menjadi lebih baik daripada kita pada hari ini. Boleh berada di khalayak ramai untuk berkongsi pandangan dan nasihat untuk dijadikan pedoman bersama-sama. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Dan orang yang dikurniakan hidayah sangatlah bertuah. Semoga kita pun berada dalam kalangan orang-orang yang bertuah seperti itu juga. InsyaAllah. Amin. :)

Saya tertarik dengan satu ayat yang dia utarakan. "Tiada sesiapa pun yang tidak sukakan kebaikan". Bila difikirkan balik, betul lah kan? Orang yang jahil, orang yang jahat macam mana pun, tetap suka dan gembira bila orang berbuat baik kepada mereka. Setiap orang mengharapkan benda yang sama iaitu KEBAIKAN. :)






Pada saya, dalam apa jua yang kita lakukan, untuk ISTIQAMAH dalam setiap amalan atau perbuatan kita adalah bahagian yang paling sukar. Saya pernah rasa ingin berubah tapi alang kah ruginya kerana saya tidak mampu beristiqamah dalam perubahan saya. InsyaAllah saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semoga rasa bersyukur sentiasa ada dalam diri saya. :)


Wednesday, October 19, 2011

185. Better person. InsyaAllah.



Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:


  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.




Something to ponder on.



Friday, June 10, 2011

151. Diskriminasi FIFA.



Ini tajuk artikel suratkhabar Sinar Harian yang bertarikh 08 June 2011.

Gara-gara memakai tudung dan jersi menutup aurat, skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan kelayakan Olimpik London 2012 menentang Jordan. Arahan tersebut dikeluarkan persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sekaligus meyaksikan Jordan diberikan kemenangan percuma 3-0.

FIFA memberi alasan faktor KESELAMATAN punca perlawanan tersebut dibatalkan, selepas pemain wanita Iran enggan menanggalkan tudung dan memakai seluar pendek seperti yang diminta pegawai perlawanan. Ini bukan kejadian pertama melibatkan skuad Iran. Tahun sebelumnya ketika menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura, perkara yang sama melanda pasukan itu di mana pemain diminta menanggalkan tudung dan hanya dibenarkan skarf yang menutup bahagian atas kepala sahaja.


Kesian saya tengok gambar pemain-pemain yang sebak dan menangis selepas FIFA membatalkan perlawanan menentang Jordan di Amman.


Haish membara-bara saya selepas baca artikel ini. Ada ker patut persatuan yang bertaraf antarabangsa membuat keputusan yang tak logik seperti ini? Tak pernah pula saya terdengar berita yang ada orang luka atau mati sebab terkena tudung yang dipakai oleh golongan wanita. Tak tahu lah pula saya yang tudung yang cantik dipakai ini ada unsur-unsur membahayakan. Haish sungguh tak logik.

Kemudian saya terfikir. Di Malaysia, tak ramai pemain wanita yang memakai pakaian sukan yang menutup aurat. Bukan tak ada tapi hanya segelintir. Kan? Malaysia yang majoriti rakyatnya terdiri daripada orang Islam sepatutnya mengamal ajaran Islam seperti yang telah ditetapkan. Kecewa dengan isu seperti ini dipandang remeh oleh pihak tertentu.

Malangnya, suara-suara kecil seperti ini tidak mendapat perhatian daripada pihak sepatutnya.


Mood : Serius.


Saturday, February 19, 2011

114. Thank you.



Allah gives us 365 days to live every year. But how many days do you take to say thanks to Allah?


P/s : Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal. Juga peringatan untuk diri sendiri.


Wednesday, February 9, 2011

107. Cantik itu subjektif.



Artikel ini saya copy dari ILuvIslam. Saya tertarik dengan isi kandungannya.


Menarik, mudah difahami dan sangat bermakna. :)))


_________________________________________________________



Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya seperti mama, cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.

Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.

Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.

Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.


Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.

Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.

Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.

Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.

Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.

Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.

Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.


Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

____________________________________________________________

 Semoga saya mampu menjadi cantik pada pandangan-Nya. Biarlah tidak secantik orang lain dari luar tapi cukuplah indah di sisi-Nya. InsyaAllah. Aminnn. :)))