Wednesday, May 30, 2012

210. Thanks Mak.





I heart you Mak! :)))

Monday, May 28, 2012

209. One over two, one half or half.



Itu lah term yang saya paksa students saya hafal untuk introduction to fraction. Hehehe

One over two.
One half.
Half.

Yee. Setengah. Lagi setengah. Lagi setengah tahun.

Saya kena berusaha dan survive untuk satu semester lagi untuk tamat secara rasminya kat Cheras ni. Jyeaaahhh! :D

Borang posting sudah selamat dihantar. Dah pilih 3 buah negeri, hopefully mana-mana negeri terimalah saya yang bersemangat waja nak belasah mengajar budak-budak ni. Hehehe. Please please please terima saya. Hihihi

Proposal untuk Action Research sudah dihantar. Alhamdulillah setelah beberapa kali tukar tajuk AR, tajuk terakhir ini diterima. Bajet best lah sebab cuba nak ubahsuai cara pendaraban untuk memudahkan students yang kurang cekap dalam pendaraban dan penghafalan sifir-sifir asas. Hikhik. Hopefully saya diberi kekuatan untuk siapkan AR pada semester depan sebab saya tahu AR takkan jadik begitu mudah untuk saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kepada saya dan rakan-rakan. :)))

Sekarang, saya tengah bercuti. Yesss, percutian 3 minggu di rumah. Nanti dah bekerja, belum tentu dapat cuti full macam sekarang kan. InsyaAllah saya akan cuba manfaatkan sepenuh masa kat rumah. Tidur pun termasuk dalam perancangan aktiviti saya. :p

8 PISMP Matematik. Final semester. Final year student. Weheeee!







Saturday, May 19, 2012

208. Their special day.



19/05/2012

Happy 8th birthday Uteh and Uchu! :)))






Makin banyak umur, makin banyak makan, makin banyak lemak kat perut, makin banyak minta hadiah bukan-bukan. Tapi sebab mereka adik bongsu yang paling disayangi dan dimanjakan, Yong cuba lah korek-korek tabung nak belikan hadiah. Hikhik.

Dah call dan pesan awal-awal lagi. "Yong dengan Abang Ngah tak boleh share bagi hadiah. Kena bagi asing-asing. Sorang satu. Taknak beli buku. Dah pandai baca." Amboi amboi, kecil-kecil dah pandai bagi arahan yea. Bukan main lagi syarat-syarat tu. Geletek sampai terkencing kang baru tahu. Hikhik.

Minggu depan, Yong balik. Tengoklah apa yang Yong hadiahkan. *Padahal Yong tak ada idea lagi nak belikan apa. Haih haih.* Sesiapa ada cadangan tak hadiah yang sesuai untuk budak kembar yang gemuk dan hiperaktif ini. Ketandusan idea bila ada syarat-syarat macam ini. Eeeeeiiii.

Yong harap Adik membesar dengan baik sampai Adik dah boleh hidup berdikari. Please jangan nakal-nakal sangat, jangan nak gaduh-gaduh lagi kat sekolah dan jangan nak main-main dalam kelas. Dah tahun 2 dah Adik oooiiii. Dengar cakap Yong ni tau! Hehehe.

Yong sayang Adik gemuk sangat sangat walaupun Adik memang gemuk! Hihihi.

Rindu Uteh dan Uchu! Tunggu Yong balik dan kita main sama-sama yea. Weheee. :)

P/s : Adik gemuk menangis sebab Ayah dan Angah datang KL nak tengok bola. Tinggalkan dorang sehari sebelum birthday dorang. Menangis lah. Manja manja. Hihihi