Itu lah term yang saya paksa students saya hafal untuk introduction to fraction. Hehehe
One over two.
One half.
Half.
Yee. Setengah. Lagi setengah. Lagi setengah tahun.
Saya kena berusaha dan survive untuk satu semester lagi untuk tamat secara rasminya kat Cheras ni. Jyeaaahhh! :D
Borang posting sudah selamat dihantar. Dah pilih 3 buah negeri, hopefully mana-mana negeri terimalah saya yang bersemangat waja nak belasah mengajar budak-budak ni. Hehehe. Please please please terima saya. Hihihi
Proposal untuk Action Research sudah dihantar. Alhamdulillah setelah beberapa kali tukar tajuk AR, tajuk terakhir ini diterima. Bajet best lah sebab cuba nak ubahsuai cara pendaraban untuk memudahkan students yang kurang cekap dalam pendaraban dan penghafalan sifir-sifir asas. Hikhik. Hopefully saya diberi kekuatan untuk siapkan AR pada semester depan sebab saya tahu AR takkan jadik begitu mudah untuk saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kepada saya dan rakan-rakan. :)))
Sekarang, saya tengah bercuti. Yesss, percutian 3 minggu di rumah. Nanti dah bekerja, belum tentu dapat cuti full macam sekarang kan. InsyaAllah saya akan cuba manfaatkan sepenuh masa kat rumah. Tidur pun termasuk dalam perancangan aktiviti saya. :p
8 PISMP Matematik. Final semester. Final year student. Weheeee!
No comments:
Post a Comment