HAHAHA. Gelak sorang sorang seba teringat kesungguhan nak pergi tengok SNSD live kat KLCC. Sanggup berkejar-kejar naik LRT ke KLCC selepas mengajar seharian di sekolah. Hihihi
Lepas solat maghrib, terus 4 orang gadis Kasturi berkejaran ke luar KLCC. Mak ooii ramai nya manusia yang datang. Penuh penuh. Tak boleh masuk dalam dan tengok dekat-dekat. Sobs. Kami pulun berdiri kat divider jalan dan memanjangkan leher serta membesarkan anak mata nak tengok SNSD dari jauh. Nampaklah dorang pakai baju serba putih. Yang selebihnya sendiri sendiri tafsir. Sebab "besar" sangat nampak dari seberang jalan kan. Sobs again.
Yang paling takleh blah, ada kakak dalam kereta tegur masa saya tengah berseronok menyanyi dengan dorang. "Buat apa kat sini". Gluppp. Pandang-pandang je, cikgu sekolah yang saya praktikum yang tegur. Waaaa mesti dia dah perhati saya lama dah dari kereta dia sebab masa tu jam teruk. Kenapa mesti terserempak dengan kakak tu? Whegureso? Before gerak, kakak tu pesan, "Esok jangan lupa datang mesyuarat PIBG kat sekolah". Okey nice. (-_-!)
Tapi takpe, saya seronok boleh spend time dengan girlfriends saya buat benda yang kitaorang suka. Jyeahhh! Final year kan. :p
23/03/2012. Hihihi
P/s : Jumpa lagi bila saya visit Korea yea! HAHAHA
No comments:
Post a Comment