Showing posts with label best of wishes. Show all posts
Showing posts with label best of wishes. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

244. 151212 Weddings.



First wedding at Nilam Puri. 
Aunty Dilah, classmate masa kat matriks. Geng borak dalam kelas bersama Bell. Thanks sebab selalu layan perangai kanak-kanak Sha masa kat matriks dulu. Sangatlah kebudak-budakan dulu. Segannya haii. Hehe :D






Second wedding at Kota Jembal.
Emma, batchmate masa form 4 dan 5 kat MRSM. Sesiapa yang nak belajar Biologi, boleh jumpa Emma. Saya sangat teruk Biologi, senang cakap apa-apa sahaja subjek yang kena baca dan hafal. Hehe.













Perasan tak apa persamaan kedua-dua pengantin? Jyeahh pink in colour. Sekarang semua orang suka warna yang comel-comel macam pink kan. Syok tengok semua benda warna pink. Hehe

Congratulations to the newly weds, Aunty Dilah and Emma. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat. :)


Tuesday, October 9, 2012

235. A month.



Ada lebih kurang sebulan lagi, jadi beberapa benda yang perlu diselesaikan.

ASSIGNMENT KISSM.
KURSUS KISSM.
FINAL EXAM SEM 8.
INTERVIEW.

Then? InsyaAllah, akan mula mengajar, ini betul-betul, bukan tipu-tipu yea. InsyaAllah bermula 2013.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk saya dan rakan-rakan. InsyaAllah, aminn. :)




Tuesday, June 12, 2012

213. Picnic with classmates.



Sepatutnya masa revision week, kenalah study kan. Pulun baca nota dan buat soalan past year. Tapi disebabkan kurang kesedaran nak exam, kami plan dalam masa sehari untuk picnic di Sungai Gabai. Hihihi. Didie as ketua, terus tulis semua tugasan masing-masing and Sheken as bendahari, terus collect duit. Wehee.

Tugasan setiap rumah. Hehehe.
Kasturi - Mee goreng
Kampung Cheras Baru - Sandwich dan jajan.
Taman Mulia - Air dan ais.
Asrama - Makanan ringan, nugget, sosej.

Semua orang take part buat kerja masing-masing dan kami berjaya melarikan diri daripada Mr.Tan yang pulun nak buat kelas yang agak mengantuk. Sorry Mr.Tan. :p



























Alhamdulillah. I'm glad for having them in my life. :)


P/s : Oohh one more thing. Congratulation to Dinn and Qiqi for your engagement. :)))

 

Monday, November 28, 2011

192. Visiting Hajar's baby.



Ehem ehem kita mulakan dengan ucapan tulus ikhlas dulu yea. Hehe. 

Salam Maal Hijrah 1433. Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan kepada kita dan memberikan kita ruang untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. :)

Semalam sempena menyambut tahun baru, saya mengajak para penganggur yang turut bercuti iaitu TanLee, Padil dan Kaymah mengadakan lawatan muhibah ke rumah Hajar memandangkan Hajar berpantang kat rumah. Baby boy lahir pada tarikh cantik 11.11.11. Weee. Memang sebelum cuti lagi saya dah berniat nak melawat Hajar dan baby boy dia, Ahmad Hadif. Aiseh comel sungguh macam Aunty Wae. Eh silap macam mak dia lah. Hehe. Then, Yunie datang dengan hubby dia. Lagi lah riuh dengan soalan-soalan yang diajukan kepada Hajar. Umur je dah 23 tahun masing-masing tapi perangai macam masa tingkatan 3 dulu juga. Tak berubah langsung. Haha

Lain rasanya bila kita tengok member-member dah berkahwin dan dah ada baby dalam umur 23 tahun. Rezeki masing-masing kan. Tumpang seronok untuk Hajar dan keluarga. :) *Teringat kenangan bersama rakan-rakan masa sekolah dulu*











P/s : Jangan lupa khabarkan berita kalau Hadif nak dapat adik. Ini ayat Yunie. Haha