Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

244. 151212 Weddings.



First wedding at Nilam Puri. 
Aunty Dilah, classmate masa kat matriks. Geng borak dalam kelas bersama Bell. Thanks sebab selalu layan perangai kanak-kanak Sha masa kat matriks dulu. Sangatlah kebudak-budakan dulu. Segannya haii. Hehe :D






Second wedding at Kota Jembal.
Emma, batchmate masa form 4 dan 5 kat MRSM. Sesiapa yang nak belajar Biologi, boleh jumpa Emma. Saya sangat teruk Biologi, senang cakap apa-apa sahaja subjek yang kena baca dan hafal. Hehe.













Perasan tak apa persamaan kedua-dua pengantin? Jyeahh pink in colour. Sekarang semua orang suka warna yang comel-comel macam pink kan. Syok tengok semua benda warna pink. Hehe

Congratulations to the newly weds, Aunty Dilah and Emma. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat. :)


Wednesday, September 5, 2012

227. Tahniah ex-roomate.



Tahniah kepada ex-roomate kami, Ilah, sebab dah nak bertukar status Cik kepada Puan pada minggu hadapan, 14 September 2012. Sha, Ira dan Sue tumpang gembira untuk Ilah. Weheee tahniah Doktor Ilah! Akhirnya ada juga antara kita yang nak kahwin. Alhamdulillah. :)

Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. InsyaAllah. :)


Zaman sekolah. Muka muda lagi.
Zaman universiti / maktab. Muka sedikit berubah.


Sunday, May 1, 2011

131. Her happy ending.



01 April 2011 --- 01 Mei 2011




Selamat menjadi Puan Fazlianna selama sebulan. :)))


I'm sure you had lots of happiness and loves with your hubby, Mr. Farhan. :)))


I'll always pray for your happiness. InsyaAllah. :)))


Quote for today :
Friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost.


Thursday, April 28, 2011

130. Terasa diriku begitu berusia.



Okey jemputan kahwin daripada rakan-rakan setakat ini sudah menjadi dua. Kedua-duanya dalam bulan Jun. InsyaAllah saya akan pergi. :) Rakan-rakan kahwin sekali seumur hidup sahaja. Hehe.


Congratulation to Fatin and Khairil Amri for your wedding. Hopefully semua persiapan perkahwinan akan berjalan dengan lancar. Semoga mereka sentiasa gembira dengan pasangan masing-masing. InsyaAllah. :)


Okey tiba-tiba saya rasa sangat tua sekarang. Sebab semua orang sudah melangkah beberapa fasa jauh di hadapan saya. Aiseh taknak mengaku tua tu tak tahan. Saya baru berusia 22 tahun okey. Saya ulang sekali lagi. Dua puluh dua tahun. Belajar pun tak habis lagi. Hehe. Jadi, jangan malas-malas nak belajar yea gemuk. *Malu malu* :p



Quote for today :
Relationships are not made. They are built out of love, trust and caring.


Friday, April 1, 2011

123. Weekend trip.



Hello Pendang, here I come. Wait for me okey? Bye-bye Cheras. Excited sebab nak pergi jauh-jauh daripada udara Cheras. Hehe.


InsyaAllah, I'll be in Kedah on Saturday. Yes, esok malam I dan gadis-gadis kesayangan akan bertolak ke Pendang. Nak drive sendiri tak larat sebab masing-masing sibuk. Jadi, naik bas adalah jalan yang terbaik. Dalam bas boleh tidur puas-puas. Then, bangun pagi esok nya kami sudah berada di Alor Setar. Yeahhh!


Tak sabar nak tengok Miss Yna aka Puan-to-be pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin dengan hubby dia. Wahhh syok nya! Sedikit gedik di situ. :p


Dan tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak bersama pengantin. Jangan dengki yea siapa-siapa yang tak dapat pergi. InsyaAllah next time, kita pergi trip orang lain pulak kahwin. Okey siapa nak ambil giliran selepas Yna? Boleh isi borang sekarang. Hehe


I tak kemas lagi barang-barang. After balik sekolah petang esok, I kemas lah yea. Sempat ker tak agak-agak? Haish takleh nak kemas sekarang sebab bilik sangat-sangat bersepah. Maaf roomate sebab sepahkan bilik. Rasa bersalah sekejap. (-_-)


Orait I nak sambung buat lesson plan sekarang. Esok guru besar sekolah I nak check. Kena siapkan yang minggu depan sekali. Tak ada idea okey nak buat aktiviti atau kaedah apa. Anyone ada idea tak? Boleh BBM ( bajet pakai BB ) msg kepada I sekarang. Sangat dialu-alukan! :D


Oh lupa tadi I kena observe dengan Madam Rani. Overall, not so good since I takleh control budak-budak kelas I. Seriusly, I dah tak ada idea nak kawal mereka macam mana. Tak terbendung keaktifan mereka. Siap bergaduh, bertampar muka, berkejaran dalam kelas lagi. Padahal Madam Rani ada tengah observe I kat belakang kelas. Ottoke? :( Keluar semua peluh jantan sebab tahan geram dengan perangai mereka. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengawal mereka. Blood pressure I naik serta merta. Aigoo. Tawakal je lah masa final observation nanti. Minta-minta pintu hati mereka terbuka luas masa I kena observe lagi sekali nanti. Aminnnn.


Doakan perjalanan pergi dan balik kami ke Kedah dengan selamat yea. InsyaAllah. :)


Quote for today :
Sometimes the people who act the happiest are the ones who are going through the most. Do you agree with me?


Sunday, March 27, 2011

120. Bright sunday morning.



Dua perkataan sahaja. KESIBUKAN TERLAMPAU.


Serius sibuk macam kena ada 10 tangan dan 10 kaki. Mental pun penat sebab banyak berfikir. Tapi takpe, saya suka sibuk macam ni At least, tak payah nak fikir pasal benda-benda tak berfaedah tu kan. Mungkin ini hikmah di sebalik kesibukan yang melanda. Alhamdulillah. :)


Minggu ini akan jadi minggu yang sangat sangat sangat sangat sangat sibuk. Pensyarah nak datang observe pada hari Selasa dan Khamis. Sah-sah lah setiap hari kena buat rancangan pengajaran harian, bahan bantu mengajar, worksheets, tanda buku murid-murid dan siapkan portfolio. Jangan tanya pasal portfolio sebab tak isi apa-apa lagi. Zero. Tak sempat okeyyyy! Aigoo.


1hb malam, saya dan rakan-rakan akan ke Pendang, Kedah. Nak pergi kenduri kahwin kawan baik semasa MRSM, Cik Fazlianna aka Doktor Fazlianna aka Puan-to-be. Weee excited! Tiket dah beli, hadiah pun dah beli. Nak tunjuk betapa excited nya nak tengok kawan baik kahwin. Mesti berseri habis pengantin nanti. :)


Puan-to-be. :)))


Kata-kata untuk hari ini :
Allah wants us to live like the grass. Even if its stepped on, crushed, burned and cut, it always persists and grows back even greener and stronger. :)


Saturday, December 4, 2010

82. Random.




Di kala musim hujan yang berlarutan dari pagi hingga malam, ia menjadikan saya sangat malas nak berbuat apa-apa. Bersenang lenang di rumah sambil goyang kaki.

Okey. Part goyang kaki tu tipu. :p

Disebabkan sekarang ini musim cuti sekolah, universiti, maktab dan sebagainya, maka banyak lah kad jemputan kahwin berkunjung tiba di rumah. Semua orang nak kahwin. Haih. Marah sebab saya selalu makan banyak kat kenduri kahwin. Gemuk I tau!

Btw, Selamat Pengantin Baru kepada rakan sekelas saya dari tingkatan 1Arab1 hingga tingkatan 3Arab1. Tahniah PUAN HAJAR. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Cewahh. :D



Antara tugasan penting yang mendatang ialah kena teman Eqah beli barang-barang sekolah dia. See betapa baiknya saya sebagai seorang Kaklong. Masuk lif tekan sendiri. Hoho

Ayah. Kaklong pun nak beli barang-barang sekolah lepasan sekolah yang baru juga. Mungkin perlukan beg dan kasut flat baru. Pleaseeeee. Selalu berakhir dengan kegagalan. Sedih.



Lupa nak cakap. Semalam saya mimpi ngeri. Lebih ngeri daripada kena kahwin paksa dengan orang tua. Mimpi result exam sampai kat rumah. Tak suka tak suka tak suka!

Cuak sepanjang hari. (-_-!)



Okey lah. Saya nak layan carekarama TV3. Chop saya tak sure "carekarama" atau "cerekarama". Ezzati as Duta TV3 tolong maafkan KW yang naif ini. Hehe



Pesanan : Sebelum tidur, basuh kaki supaya mimpi ngeri tidak berulang lagi. Kalau nak lagi berkesan, sabun dengan clorox sekali.