Sunday, July 11, 2010

27. Kerana kau 10 sen.

Mulakan penulisan dengan berita baik dahulu. Elaun semester sudah masuk. Seronok tak terkira. Orang Kaya Baru untuk sebulan mungkin. Hehe. Berita kurang enak ialah elaun semester mungkin habis sebelum tarikh luputnya. Saya masih kurang mahir menghitung perbelanjaan harian apabila menjelang musim elaun. Okey saya mengaku. Keinginan melebihi keperluan. Mungkin patut kurangkan senarai barangan yang ingin dibeli. :p

Disebabkan tekanan duit elaun yang baru dimasukkan, saya dan Buddi menghayun langkah ke Pavilion. Kami memilih untuk menggunakan U45 memandangkan sudah lama kami tidak menjejakkan kaki ke dalam bas tersebut. Terima kasih lah bas U45 sebab menambahkan kebencian kami terhadap anda. Nak pergi tunggu sejam baru sampai dan nak balik pun tunggu sejam jugak. Kalau buat latihan Basic Calculus, mesti sudah siap 10 soalan. Sungguh lah mengguris hati kami yang ikhlas ingin bersama kamu wahai U45. Tak nak kawan sebulan. Geram okey tunggu lama-lama sangat. Adey.

Semasa dalam bas itu, ada seorang pakcik berbangsa India memerhatikan kami. Dia bertanya kepada Buddi kenapa kami tidak meminta baki 10sen daripada pemandu bas tersebut. Kami terdiam sejenak. Banyak sebab kenapa kami tidak mampu untuk menjawab soalan pakcik itu. Tambang bas U45 RM1.90. Sah-sah lah kami tidak mempunyai wang RM1 sekeping dan 90sen duit syiling. Jadi kami bagi lah RM2. Kami tidak meminta baki 10sen sebab :

1. Kami takut driver bas tersebut marah dan menengking kami. Sebelum ini, kami tidak pernah melihat orang lain meminta baki 10sen. Orang depan kami pun tak minta baki 10 sen. Jadi kami pun diam juga.

2. Kami takut orang belakang kami cakap kami kedekut tahap haji bakhil. Nanti dia cakap "Eleh 10 sen pun nak minta. Berkira betul budak-budak ni."

3. Kami tak tahu sistem sebenar pembayaran tambang bas rapid. Adakah sistem telah menetapkan kami wajib menyediakan wang yang mencukupi atau tidak kami tidak mendapat baki tambang bas kembali? Okey ini memang budak-budak yang malu untuk bertanya. Eh bukan malu. Tak tahu nak tanya siapa. Sungguh alasan tak munasabah. :p

Tapi apa yang pakcik tu cakap memang lah betul. Hak kita sebagai pengguna untuk meminta baki tambang walaupun 10 sen. Ini bukan soal jumlah yang sedikit atau banyak tapi tentang hak masing-masing. Bas rapid pun dapat untung banyak kalau semua orang macam saya dan Buddi. 10 sen untuk seorang. Kalau 100 orang, cukup dah RM10. Macam senang je nak dapat untung lebih. Suka je saya buat kira-kira keuntungan syarikat orang lain. Hehe

Walau apa pun, saya tak nak naik bas rapid untuk sebulan. Saya merajuk. Ingat tu, saya merajuk dengan U45.

p/s : Kalau ada driver sendiri, seronok nya. Senang hidup saya. Memang saya suka berangan lebih. :D


Nasib baik tak perlu naik bas rapid untuk balik ke Kelantan. Hehe :p

2 comments:

ARIXA XANDRIA said...

Ye ke weyh?

Tambang bas pegi 1.90?
Balik 1.90 jugak keh?

Sumpah aku dah lama gila tak naik bas.

Shafawati Ghazali said...

haah. skrg ni tiket sehala. pergi RM1.90. balik RM1.90.

lambat dr sibut lagi. teruk betol la U45 ni. adey. hehe