Watak : Gadis Blok B
Tempat : Bilik Air Blok B
Masa : 6.45 pagi
Kringgggg Kringgggg. Alarm telefon berbunyi menandakan sudah pukul 6.45 pagi.
Seorang gadis bergegas ke bilik air apabila tersedar dia sudah terlambat untuk menunaikan solat subuh. Dalam kekalutan untuk ke tempat wuduq, dia tidak sedar bahaya yang menanti. Air yang bertakung di kawasan itu menyebabkan dia hilang imbangan dan hampir jatuh di situ.
Fuhh. Nasib baik tak jatuh. Katanya dalam hati lalu kembali ke bilik untuk menunaikan solat.
Semasa solat, dia dapat merasakan kakinya berdenyut-denyut dan sukar untuk digerakkan.
Selepas solat, dia pun memeriksa kaki kirinya. Ada benjolan di bawah buku lalinya. Kelihatan bengkak dan sedikit kebiruan. Barulah dia tersedar kesan daripada kejadian di bilik air tadi.
Semakin lama, semakin berdenyut-denyut kakinya. Sakit tak terkata.
:(
Lalu dia menghubungi bonda tercinta selaku doktor peribadinya. Bonda menasihatkan dia untuk merendamkan kaki dalam ais dan banyakkan berehat. Kecederaan seperti ini perlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.
Mungkin Tendon archilles injury.
Mungkin juga Soft tissue injury.
Bermula lah hari yang pasif untuk gadis ini. Tidak menghadiri kuliah dan berbaring-baring merehatkan kaki di bilik. Terasa sungguh hampa dengan kecedaraan yang dialami.
Namun, tetap bersyukur tiada kecederaan yang lebih serius. InsyaAllah cepat pulih seperti sedia kala. :)
Pengajaran untuk hari ini :
- Jangan bangun lambat untuk menunaikan solat subuh. Kekalutan bakal menimpa dan mungkin meeyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Berhati-hati semasa berjalan dalam bilik air yang dipernuhi air bertakung.
- Pilhlah selipar tandas yang terbaik.
Selamat berhujung minggu, rakan-rakan. Have a wonderful weekend. :)