Saturday, October 23, 2010

64. Sila diam.

Kepada rakan-rakan yang sempat membaca entri saya yang berkisahkan budak hingusan pagi tadi, maaf lah yea saya angin-angin di pagi hari minggu. Memang saya tengah panas meletup-letup selepas baca status FB minah tu. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk membuang entri tersebut daripada blog saya kerana tak mahu kisah budak hingusan itu mencacat-cela kan blog saya. Walaupun blog saya ini tak seberapa. :D

Pesanan istimewa untuk budak hingusan itu. Tunggu la kau bertemu buku dengan ruas. Berlagak nak besar kepala. Walaupun kau gemuk berbadan besar. 

Okey cukup kisah budak hingusan itu.



Hari ini seronok. Sebab saya dapat keluar daripada kepompong Blok B tercinta ini. Selalu saya berada di bilik yea untuk menyiapkan kerja. Rajin kan? :p 

Tadi saya berjaya melarikan diri daripada kancah buku dan nota. Saya berganding bahu dengan KT dan Budd ke MidValley. Tujuan utama kami ialah nak pergi makan. Jauh kan kami makan. Semata-mata untuk melarikan diri daripada belenggu kafe yang kedekut nak masukkan ayam lebih dalam mee goreng ataupun nasi goreng. Kami cakap betul ni. Hehe

Agenda kami :
  • Sampai dan terus makan Popeyes. Lapar yang amat. Saya suka Popeyes walaupun Apit cakap ayam dia tak sesedap KFC. Saya sangat fleksibel dan boleh makan apa-apa je. :D
  • Pusing-pusing semua kedai dalam Mid dan paling seronok ialah Cotton On. Hampir-hampir membeli baju yang sangat nice. Nasib baik iman di dada masih menebal. Cewah. Hehe
  • Taraaa. Saya sudah beli purse baru. Purse putih kesayangan sudah rosak. Berjaya membuangnya ke dalam bakul sampah di bawah katil. Tak mahu buang jauh-jauh lagi. :p
  • Pergi main games. Saya berjaya score 141 mata dalam basketball, 1st winner in car racing dan mara ke stage 3 dalam main tembak-tembak. Lenguh tangan pegang pistol tu. Berat la pistol tipu tu.

Saya suka muffin Popeyes. :)
Mula-mula cuak nak main. Lepas tu, terus excited tak ingat dah. Hehe

Selamat tinggal si putih. :(
Balik-balik je daripada Mid, saya rasa pening-pening. Mungkin inilah kesan dan akibat menaiki teksi pakcik yang tak boleh berhenti bercakap walaupun 1 saat. Sumpah saya tak tipu. Saya rasa semua budak-budak kenal dengan pakcik teksi yang saya maksudkan ini. 
Terima kasih pakcik sebab berjaya memeningkan saya sampai ke malam. (-_-!)


Nampaknya nota-nota dan rumus Basic Calculus tercinta sudah melambai-lambai manja ke arah saya. Pergi beredar daripada laptop yang "vintage" ini. 

Madam K. Sila lah tengok muka saya yang bersungguh-sungguh nak belajar Basic Calculus. Sungguh tak ikhlas sebab nak menunjuk-nunjuk kat lecturer. :p


HIDUP BASIC CALCULUS. :D

No comments: