Saturday, April 23, 2011

128. Penyamun atau pencuri atau perompak?



Entri ini berbentuk nasihat dan peringatan kepada semua.


Jangan sesekali tinggal benda-benda berharga ataupun tidak berharga dalam kereta anda walaupun anda tidak memiliki kereta mewah seperti Datuk K.


Last year, ayah cerita ada orang pecahkan kereta kawan dia kat masjid. Tempat orang nak beribadah pun jadi mangsa juga. Dia tertinggal beg laptop dalam kereta. Beg laptop dan sekotak rokok dirembat oleh pencuri. Tapi dalam beg itu tak ada laptop pun. Yang tak bestnya ialah habislah kereta kena pecah. Pintu dan cermin rosak. Tak pasal-pasal kena hantar kereta pergi bengkel nak baiki.


Last month, kereta rakan saya kena pecah dekat area Petaling Jaya. Dia simpan beg kertas kat bahagian tempat duduk penumpang. Dalam beg itu, ada semua assignment dia yang nak kena hantar at the end of this month. Haih teruk betul pencuri ini. Pantang kita terleka sedikit, dia terus ambil kesempatan. Kesian rakan saya. Dia terpaksa merayu dengan pensyarah dia untuk minta hantar lambat kerana semua bahan assignment dia ada dalam beg itu. Menangis tak berlagu 3 hari 3 malam. Haih.


Latest, CikTaa telefon saya dan bagitahu yang kereta dia kena pecah kat Tesco sebelum hari jadi dia yang ke-23. Dia dan beberapa orang rakan simpan beg kelas mereka kat bahagian belakang kereta. Silapnya ialah mereka dah sampai kat Tesco then baru nak simpan beg dan barang kat belakang kereta. Kita mesti tak sedar ada orang dah perhatikan tingkahlaku kita. Kesian CikTaa. Habis buku-buku dia hilang. Yang teruknya ialah belakang kereta itu dah tak boleh nak tutup dan dah rosak. Dah lah itu kereta kakak dia. Kunci rumah dan bilik pun hilang. Semua kena tukar baru sebab takut pencuri itu berniat benda yang lagi tak elok seperti merompak rumah sewa pula. Haih. Sabar CikTaa yea.


Jadi pengajaran daripada ketiga-tiga cerita ini ialah janganlah sesekali leka atau alpa dengan benda-benda yang kita anggap remeh temeh ini. Mungkin kita merasakan tiada orang akan ambil kisah tentang benda-benda macam ini tapi kita tak sedar yang ramai orang yang suka mengambil kesempatan atas kelalaian kita ada di sekeliling kita. Mereka sentiasa bersiap-sedia dengan kealpaan kita. Sekali kita lupa, sepuluh kali mereka bersiap-sedia nak serang kita. Minta-minta jauh daripada perkara-perkara tidak elok macam ini.


Mari kita senaraikan perkara-perkara penting daripada kejadian-kejadian yang telah disenarai hitam seperti di atas.


  • Jangan tinggal apa-apa yang berbentuk beg dan boleh mencuit pandangan orang ramai terutamanya yang berniat tidak elok. Seelok-eloknya bawa sahaja barang-barang seperti beg.
  • Jangan simpan barang-barang kat bahagian belakang kereta apabila sampai ke destinasi. Simpan barang-barang sebelum bertolak ke tempat yang dituju. Keluarkan awal-awal lagi barang-barang yang diperlukan supaya tidak perlu membuka bahagian belakang kereta apabila berada di tempat parking.
  • Seelok-eloknya parking kereta di tempat yang terang, ramai orang dan berdekatan dengan tempat orang lalu lalang. Kalau tempat yang sunyi, memang strategik untuk pencuri dan penyamun seperti dalam cerita Ali Baba dan 40 orang penyamun.
  • Gunakan pengunci stereng yang kukuh lagi menyakinkan. Kalau dah beli, silalah guna. Janganlah rasa segan-segan nak letak kat stereng kereta anda. Alang-alang dah beli, jangan rasa luak pula nak guna.



Okey rakan-rakan. Hopefully selepas ini, semua orang lebih berhati-hati sebelum, semasa dan selepas meninggalkan kereta anda di tempat parking kereta sama ada berbayar atau tidak berbayar. Sila pastikan kereta anda ditinggalkan dalam keadaan baik, selamat dan berkunci. Jangan ada yang lupa nak kunci kereta sudahlah. Itu namanya nak bagi hadiah percuma kat penyamun sekalian alam semesta ini. *Dengan nada serius dan muka ketat* :p


Quote for today :
In school you learn a lesson then you are given a test. But life gives you a test then you learn your lesson.


4 comments:

Afham said...

dalam panjang2 post kali ni, aku paling suka quote yang last tu

sungguh bermakna.

Shafawati Ghazali said...

Ee : Hehe. Aku pun. Sebab aku cikgu, aku double like quote ni. Sgat meaningful. :)))

Azeta Abdullah said...

entri yg sgt berguna!
lps ni meme kna ati2 dah sha..
perit sbb ilang buku rujukan yg sememngnye sgt diperlukan maser study week nih..
haih..nk bt lagu mano.bnda dah jadik!
nok sedih pom x guna doh..
jom la samer2 kiter berhati2 lpah ni!
jgn terhantok baru terngadah..
eh2 betul ko tu cikgu??hehehe

Shafawati Ghazali said...

CikTaa : Tu laaa. Jangan cuai lagii. Please be careful tau next time. Risau laa dgn CikTaa ni. Kena mandi bunga lebih ni. Hehehe.

So, ambil pengajaran daripada benda yang dah jadik tau! Take care darling. :)