Monday, November 28, 2011

192. Visiting Hajar's baby.



Ehem ehem kita mulakan dengan ucapan tulus ikhlas dulu yea. Hehe. 

Salam Maal Hijrah 1433. Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan kepada kita dan memberikan kita ruang untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. :)

Semalam sempena menyambut tahun baru, saya mengajak para penganggur yang turut bercuti iaitu TanLee, Padil dan Kaymah mengadakan lawatan muhibah ke rumah Hajar memandangkan Hajar berpantang kat rumah. Baby boy lahir pada tarikh cantik 11.11.11. Weee. Memang sebelum cuti lagi saya dah berniat nak melawat Hajar dan baby boy dia, Ahmad Hadif. Aiseh comel sungguh macam Aunty Wae. Eh silap macam mak dia lah. Hehe. Then, Yunie datang dengan hubby dia. Lagi lah riuh dengan soalan-soalan yang diajukan kepada Hajar. Umur je dah 23 tahun masing-masing tapi perangai macam masa tingkatan 3 dulu juga. Tak berubah langsung. Haha

Lain rasanya bila kita tengok member-member dah berkahwin dan dah ada baby dalam umur 23 tahun. Rezeki masing-masing kan. Tumpang seronok untuk Hajar dan keluarga. :) *Teringat kenangan bersama rakan-rakan masa sekolah dulu*











P/s : Jangan lupa khabarkan berita kalau Hadif nak dapat adik. Ini ayat Yunie. Haha


2 comments:

Afham said...

hohoho meriah molek gi melawat baby Hajar.
wak laki2 tak balik ker? smua kerja?

tgu la aku balik iA Ogos nnti

Shafawati Ghazali said...

Ee : Memang meriah lah kalau hok gi tu banyak kecek blako. Banyak kali baby hajar kejut sebab suara budak-budak yang tak terkawal. termasuk aku. hehehe. Sorry Aja. :D

Balik balik. Pahtu aku gi visit baby Aja lagi sekali dengan mg. Hehehe