Wednesday, December 7, 2011

193. Senarai hitam ker tak ni?



Good morning people! What a lovely day kan? Padahal hari-hari memang syok sebab tidur tak ingat dunia. Mak kerja jadi boleh lah saya mengurungkan diri dalam selimut sampai tengah hari. Hehehe. Eh takde lah sampai tengah hari. Matahari tak naik lagi pun masa saya bangun. *Cover balik takut kena cop anak perempuan yang suka tidur dan bangun lambat*


Hari ini saya berpuasa GANTI. Puasa sunat Isnin dan Khamis sahaja yea. InsyaAllah kalau sempurna puasa hari ini, sudah 4 hari saya berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti seharian terutamanya apabila tengok si kembar menggigit nugget rangup Ayamas sambil tengok cerita Detective Conan. *Sekarang pun tengah telan air liur sebab terliur habaq hang*


Bangun-bangun je terus buka laptop dan online. Sebab semalam saya dah terfikir, bila bangun pagi esok, saya nak semak nama saya pada laman web PTPTN. Okey semua orang gerun kalau sebut PTPTN PTPTN PTPTN. Terbayang-bayang hutang PTPTN yang tak terbayar lagi tu. Lama-lama boleh botak kepala sebab selalu garu kepala bila teringat hutang yang tak mampu nak bayar lagi tu. Adey.


Sambil membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya tekan http://www.ptptn.gov.my/ dan saya dapat merasakan jantung saya berdegup kencang macam baru lepas kena kejar dengan anjing bila berjalan balik daripada Velodrom Cheras. Tekan pada bahagian semakan dan masukkan nombor kad pengenalan sendiri. Bukannya kad pengenalan kawan sekelas yea. Dan ini lah hasil nyaaa.





NAMA SAYA TIDAK DISENARAI HITAM KAN. Betul ker ni? Biar betul biar betul biar betul. Sebab dah berlambak surat saya dapat daripada PTPTN yang suruh saya bayar semua pinjaman sekaligus dan juga dah dapat surat peguam yang mengatakan nama saya akan disenarai hitamkan. Yeee laaa saya kan berhenti belajar daripada UiTM dan sambung belajar kat maktab IPG. Sebab tu saya kena bayar semua pinjaman yang saya dapat satu semester dan wang pendahuluan sekaligus. Rasa nak nangis tau bila umur 22 tahun tapi nama dah jadik hitam. Waaaaaaa. Janganlah main-mainkan hati saya wahai warga PTPTN. Saya dah nak melompat sampai ke tingkat atas rumah dah ni. Weeeeeeee nama saya masih lagi clean and clear. Jyeaaaahhhhh! :D


ALHAMDULILLAH. SYUKUR KEPADA ALLAH. :))) Rasa ringan sedikit bahu, kepala, kaki, tangan semua bila tahu nama saya tidak disenarai hitamkan. Malam ini boleh tidur sambil tersengih sampai telinga. Hehe. :)))


Quote for today :
The truth doesn't cost anything, but a lie could cost you everything.


2 comments:

Afham said...

bila maso mun masuk uitm?

Shafawati Ghazali said...

Ee : Chais nampak sangat mung tak prihatin. Haih. After matriks, aku dapat degree science kat uitm. Disebabkan beberapa faktor luaran, aku berhenti belajar kat uitm bila dapat offer belajar kat maktab. Sebab tu aku third intake, didie first intake.