Showing posts with label makanan kegemaran sepanjang hayat. Show all posts
Showing posts with label makanan kegemaran sepanjang hayat. Show all posts

Friday, December 23, 2011

198. Nasi tumpang digemari oleh budak gemuk.



Okey cepat cepat saya nak tanya. Siapa pernah makan nasi tumpang? Ini makanan orang Kelantan. Kami kami di sini memanggilnya sebagai "Nasik Tupe". Bukan nasi tupai yea rakan-rakan. Hehehe.

Ini kali ketiga saya makan nasi tumpang. Kali pertama saya dengar nama makanan ini bila ada seorang hamba Allah ini pernah bertanya kepada saya cara-cara nak buat nasi tumpang sebab kakak dia nak belajar masak nasi tumpang. Makk ooiiii terkejut den. Masa itu saya blur gila sebab tak pernah dengar dan tak pernah tengok serta tak pernah makan nasi tumpang. Terus telefon Mak dan rakan-rakan yang terdekat tanya pasal makanan ini. Rupanya semua orang tahu kewujudan nasi tumpang ini. Ohmaigucci segannya saya sebab saya sahaja yang jakun tak pernah tahu. Boleh kena boooo 40 tahun sebab tak tahu makanan Kelantan walhal saya dah menetap di Kelantan selama 22 tahun. Senang cakap saya lahir kat Kelantan lah bukan Kanada. Suka buat ayat susah susah. Terus terang kan senang. Hehehe.

Selepas kejadian tak berapa nak berdarah itu, saya selalu ajak geng pergi cari nasi tumpang walaupun tak tahu nak cari kat mana sebab bukan semua orang pandai buat nasi tumpang ini. Biasanya orang makan nasi ini untuk sarapan pada waktu pagi. Kalau bangun lambat, kira makan tengah hari lah tu. :p

Kali pertama saya makan nasi tumpang ialah masa Mak belikan untuk saya. Wahhh excited tak terkira lah budak jakun macam saya ini. Memang sedappppp! Meletup rasanya. Ayah cakap ada ker makanan yang saya rasa tak sedap? Kejam betul. (-_-!) Tolak batu dan kayu je sebab saya tak makan gula batu dan ubi kayu. Hehehe. Kali kedua ialah Nik Apik aka Tok Nik tapaukan untuk geng-geng masa nak balik Cheras ramai-ramai. Berhenti makan kat Gua Musang dan makan ramai-ramai. Memang terbaik lah! Thanks Nik yang penyayang sebab itu Emma sayang Nik lebih. Hehehe. Latest saya makan nasi tumpang ialah kawan Mak beli untuk Mak tapi Mak simpan untuk saya. Baik betul Mak sebab selalu ingat kat saya kalau pasal makanan. I love you Mak! Hehehe.








Ini lah nasi tumpang! Dibungkus dalam daun pisang dan aroma daun pisang memang best lah. Dari tadi lagi saya cakap best. Apa lah gemuk ni. Hehehe. Bentuk dia macam silinder eh silap macam kon. Lupa dah bentuk-bentuk dalam geometri. Confirm Cikgu Iss marah kalau tahu anak murid dia lembab macam ini. Hehehe. Dalam daun pisang yang berbentuk kon itu, nasi diisikan bersama-sama dengan pelbagai jenis lauk seperti udang, ayam, telur, sambal daging dan sambal ikan. Semua isi-isi makanan itu akan termampat dalam daun pisang dan terhasil lah nasi tumpang. Nampak macam simple je kan? Tapi bukan senang nak buat. Kalau tak pandai, memang tak jadi eksotik macam ini okey. Hehehe. Bagi saya, nasi tumpang memang sedapppp! Best okeyyyy! Weeeee. :)))

Kalau sesiapa teringin nak cuba makan nasi tumpang, sila lah melawat ke negeri saya iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang. Confirm jadi kembang macam saya sebab banyak makanan yang lemak berkrim dan sungguh menggoda selera makan masing-masing. Hehehe. Selamat mencuba! :)


P/s : Kalau buka bisnes jual nasi tumpang, agak-agak boleh kaya macam Doktor Rozmey tak? :p


Friday, July 16, 2010

30. Bang, telur dadar satu!

Awas!

Entri ini khas untuk penggemar tegar telur dadar, telur mata, roti telur, telur sambal, meggi sup bertelur dan seumpama dengannya. Tak kira lah telur ayam, telur itik atau telur penyu. Hehe

Adakah anda semua pasti dan yakin bahawa masakan atau makanan bertelur anda bersih dan HALAL?

Mungkin kita yakin dengan cara penyediaan makanan di rumah kerana mak kita pasti mahukan yang terbaik untuk seisi keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan para tukang masak di gerai-gerai dan para chef di restoran-restoran? Adakah mereka teliti dan peka seperti mak kita di rumah?

Semalam, saya mendengar ceramah oleh seorang ustaz yang bekerja sebagai penyelidik di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau mengatakan telur yang hendak dimasak WAJIB dibasuh dengan air terlebih dahulu walaupun kita ingin merebus telur tersebut. Jika tidak dibasuh, maka HARAM untuk dimakan.

Kenapa HARAM?

Jika kita perasan, telur ayam yang dibeli di kedai tidak bersih. Kulitnya masih melekat dengan sisa-sisa kotoran dan bahan buangan daripada si ibu ayam yang berjaya mengeluarkannya. Saya tidak yakin yang para pengedar dan peruncit akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada orang ramai.

Apakah hukum memakan sisa-sisa kotoran? HARAM. Jadi, HARAM bagi kita untuk memakan telur yang telah dimasak sebelum dibasuh terlebih dahulu. Sisa-sisa kotoran yang melekat pada kulit telur itu akan masuk dalam masakan kita. Mustahil bagi kita untuk memecahkan telur tersebut tanpa memegang kulitnya yang mempunyai kotoran tadi. Jadi, WAJIB lah kita membersihkan dahulu telur yang dibeli sebelum dimasak.

Selepas mengetahui perkara ini, jadi WAJIB lah kita berkongsi perkara ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara dan hukum ini tetapi masih ada yang tidak sedar akan perkara ini. Walaupun "telur" hanyalah bersaiz kecil, kesannnya terhadap kehidupan seharian kita sangat lah besar jika kita mengambil ringan akan perkara begini.

Teringat cerita ustaz tu. Beliau akan bertanya kepada tukang masak sama ada telur itu sudah dibasuh atau tidak sebelum dimasak jika beliau makan di kedai makan. Jika tidak, beliau akan meminta tukang masak itu menyediakan yang lain. Berani kah kita meminta sedemikian? :D

Jangan ada yang terus tak nak makan telur kt kedai makan. :p

Bagi yang suka makan macam saya, perkara ini sangat lah perlu dititik beratkan. Susah betul jadik budak gemuk. :D

Saturday, June 12, 2010

10. Mengidam lagi

makcik. saya nak nasi kerabu satu. lauk ayam bakar, telur masin, sayur lebih, budu lebih, cili lebih. :p

bestt nyee. tp makcik nasi kerabu fevret bersalin. adey. makcik cepat2 la okey. saya dah lama mengidam nasi kerabu makcik. cuti saya dah nak habis ni. nanti xsempat saya nak makan. kita date eyh makcik. saya tunggu depan kedai makcik eyh.















SAYA SAYANG LEMAK SAYA. :)))