Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, May 20, 2011

143. Nur Kasih VS Ombak Rindu.



Ehem ehem. I nak bagitahu rakyat jelata yang I tak dapat jawab paper EDU tadi. Terima kasih sebab berjaya membazirkan dakwat pen dengan mengeluarkan idea-idea yang tidak bernas langsung tadi. Kurang daripada separuh yang I dapat jawab. Masalah besar bakal berlaku di kemudian hari. (-_-!)

Disebabkan I tak ada mood nak belajar untuk paper seterusnya, maka I mengajak rakan-rakan yang senasib dengan I untuk bergembira dengan menonton Nur Kasih The Movie. Kat tempat I ada cinema baru buka. MBO Viva Home Cheras. Silalah datang ke Cheras beramai-ramai. Syok seat dia sebab tak sampai 100 orang lagi kot pergi tengok movie kat situ. Maybe I salah seorang pengunjung yang terawal. Perah-san cergas. Haha

By the way, I rasa NKTM tak seseronok dan tak sesyok versi drama kat TV3. Bagi I, I lagi suka versi drama sebab cerita dia lagi logik dan boleh berkembang sepenuhnya. Kembang macam bunga matahari. Peribahasa tak sesuai langsung. Hehe

Sebab I lagi suka versi drama ialah :
  • Cerita dia lagi logik. Dalam NKTM, banyak sangat accident yang berlaku. Pengarah ni macam nak masukkan semua accident kat dalam movie ni. Penat I tengok darah-darah semua itu.
  • Banyak sangat dugaan yang Nur dan Adam kena terima. Memanglah orang yang baik selalu diuji tapi setiap 5minit mesti ada musibah yang berlaku. Kesian depa.
  • I tak suka Norman Hakim ada dalam cerita ini. Tak suka tak suka tak suka. Geliii.
  • I paling tak suka ending NKTM. Kenapa mesti ada watak-watak orang tua macam itu? Kelakar plus scary okey. I suka ending yang simple dan meaningful. Tak perlulah nak selitkan watak orang-orang tua macam itu. Waaa.

Tapi I suka part yang ada watak budak nama Mamat or Mad. I tak sure sangat nama dia. Hehe. Tapi budak itu macam agak good looking. Kelakar lah character dia. Gedik gedik gedik. :p

So, overall I rasa NKTM ini average sahaja. I bagi 3 bintang untuk NKTM. Bagi pendapat I la. :)


Dan I tak sabar nak tunggu cerita daripada adaptasi novel iaitu Ombak Rindu. Kaki novel mesti pernah baca novel ini kan. Best kan? Hehe. Tak sabar nak tengok hasil novel ini dalam bentuk lakonan. Jom date ramai-ramai lagi and tengok cerita Ombak Rindu nanti okey? :)


Sinopsis Ombak Rindu :


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Okey cukup gemuk! Pergi study sekarang. Jangan perah-san exam dah habis. Baru habis satu paper. Ada lagi empat paper. Aigoo. Berusahaaa gemuk! Then, boleh bercuti di rumah selama tiga minggu. Yeah! Hehe. Okey mahu pergi cari nota sekarang. Perah-san nak study padahal sudah pukul 2pagi. Hehe. Good night people!


Quote for today :
In the end, the only one who can help you is you, yourself. People can be so mean. Be independent.

Monday, February 28, 2011

116. Di manakah Adam?





Seronok kan tempat-tempat dalam video klip ini? Especially kat tepi sawah padi. Macam mana lah pengarah boleh jumpa tempat-tempat yang cantik macam ni? Nice. :)


Tak sabar nak tengok Nur Kasih The Movie! Nantikan 19 Mei 2011 ini. Excited nya rasa. Dah janji nak date dengan gemuk-gemuk tengok cerita ini. Yeaahhh! :)


Adakah saya juga bertuah seperti Nur Amina dalam cerita ini? Di manakah Adam saya? :D *Mungkin gedik sedikit di situ*


Monday, December 20, 2010

86. Trailer Hikayat Merong Mahawangsa.





Filem Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem keluaran KRU. Superb gila kan? Hebat lah KRU. :)


Okey memang tak boleh dinafikan Stephen Rahman tough dan macho. Itulah salah satu daya penarik filem ini kot. Bagi gadis-gadis seperti saya. Hehe. Filem ini menelan belanja RM8 juta you allssss! Filem ini kedua termahal selepas filem Puteri Gunung Ledang. Awesome! :D


Menurutt sumber, filem ini bakal ditayangkan di 60 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dan German. Macam gempak habis je ni.


Filem ini bakal ditayangkan 10 Mac 2011. Jom pergi tengok ramai-ramai. Sayang-sayang sekalian, jom berdansa bersama Hikayat Merong Mahawangsa nanti. Yeaaahhhh! :D



p/s : Sebelum pergi tengok filem ini, silalah baca dahulu sejarah pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi bukan penggemar subjek Sejarah seperti saya, perlulah memahami sinopsis filem ini terlebih dahulu. Paling senang, google je. Hehe. Nanti tak ada lah saya cuci mata tengok pelakon-pelakon yang hensem je. :p