Showing posts with label obses lagi. Show all posts
Showing posts with label obses lagi. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

136. Just around the corner.



Yes. Saya sudah tahu tarikh-tarikh peperangan.

19 Mei 2011.
23 Mei 2011.
24 Mei 2011.
25 Mei 2011.
26 Mei 2011.

Tapi tapi tapi saya belum mahu belajar lagi. (-_-!)

Woiii memang perempuan gemuk tak sedar diri. Hari-hari kerja tengok video clip CN Blue je. Haaa ambil kau. Marah kepada diri sendiri. Tapi masih belum insaf.

Okey okey okey. Saya janji. Saya akan mula belajar 2 hari dari sekarang. Please bagi peluang kat saya nak bergedik sakan puas-puas dahulu. Okey? Yeaahhh deal! Hehe

Dah dah dah. Nak sambung tengok YongHwa Oppa. Hehe. Goodnite people. :)))


Quote for today :
A good way to change someone's attitude is to change your own. Life is as we think, so think beautifully. :)))


Tuesday, March 22, 2011

119. Geek in the pink.



Sebenarnya, tajuk itu tak ada kaitan langsung pun dengan entri ini. Ter-obses dengan klip video ahli CN Blue cover lagu Jason Mraz. Tergoda please dengan YongHwa dan JongHyun.Oppa oppa oppa! Suka suka suka suka suka! :)))





Makluman semua. Hari ini hari pertama praktikal semester 5. I pergi sekolah pagi sebab dorang minta cikgu-cikgu petang untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu pada sebelah pagi. Malangnya, jadual waktu mengajar I tak siap lagi. Sedikit down. Serius. Sebab sudah rugi satu hari untuk sesi sual kenal dengan murid-murid dan sekolah. Perlu biasakan diri dengan sebaiknya sebelum Madam Rani datang observe. Cakap macam ini pun dah berdebar-debar macam nak kahwin. Cuak okey. Ececeh macam dah ada pengalaman kahwin. Haa pernah. Masa kecil-kecil suka main kahwin-kahwin. Budak perempuan kot. Jangan tak mengaku yea! :p


Hopefully saya tak dapat masa maksimum. Macam penat je kalau dapat masa penuh. Minimum cukup pleaseee! *Sambil buat kesian tapi tak dapat belas kasihan pun* Aigooo. 


Esok saya perlu berada di SK Convent Jalan Peel yang tercinta pada pukul 12.50 tengah hari sehingga 6.20 petang. Lama okeyyy. Sudah lama tak ada pengalaman sekolah petang. Confirm penat. Malam terus terbabas di alam maya. Jangannn! Lesson plan and teaching aids nak buat masa bila budak gemuk ooii? Okey perlu menabahkan diri seperti heroin Korea. :D


Actually, saya nak tulis lagi panjang tapi mata dah tertutup sebelah kiri. Guna mata sebelah kanan je untuk menaip ayat-ayat terakhir. Ye saya sangat berada dalam keadaan tidak terkawal. Keadaan separuh sedar ke tidak sedar. Jadi, harus mengundurkan diri untuk melunaskan seruan tengah malam. Kau ku seru. Eh jangan. Takut takut sebab roomate tersayang tak ada kat bilik. Dia buat praktikal kat sekolah jauh jadi dia menyewa kat luar. Jangan terbabas nak bangun esok dah la. Sebulan kot saya tak berteman dalam bilik. Syok syok tidur. :p


Okey dah nazak sangat ni. Selamat malam semua. Have enough rest and sweet dream. :)


Tepuk-tepuk bantal dan terus tidur...