Tuesday, July 27, 2010

36. Adakah kita berbeza?




Last weekend, saya bertekad untuk menjelajah ke Puncak Alam yang sememangnya berada di "puncak" sana sebab saya sudah berjanji dengan CikTaa nak melawat dia kat sana. Saya bertolak pukul 3.30 petang dari Cheras dan sampai pukul 9.15 malam kat Uitm Puncak Alam. Cukup 6 jam perjalanan yang mencabar mental dan fizikal. Kalau naik bas MaraLiner, dah boleh sampai Kedah. Hehe.

3.30 petang : Menaiki teksi ke Stesen KTM Salak Selatan
4.30 petang : Tiba di KL Sentral
5.15 petang : Menaiki bas U80 ke Uitm Shah Alam
6.15 petang : Tiba di Seksyen 2, Shah Alam
8.15 malam : Menaiki U90 ke Puncak Alam ( setelah berkeluh kesah menunggu bas selama 2 jam. hampeh betul. )
9.30 malam : Tiba di Uitm Puncak Alam ( berjaya sampai juga akhirnya. tahniah kepada Si Bulat. )

As usual lah kan, CikTaa datang ambil saya lambat. Bila saya telefon, mesti cakap dah dalam perjalanan, dah nak sampai. Padahal dia kat kedai makan lagi. Eeii nak cubit pipi 3x. :p

Malam tu, saya dinner pukul 12.30 malam. Memang Si Bulat selamanya lah. Padan muka. Hehe. Kami masak sedikit je sebab CikTaa dah beli ayam masak paprik dengan air laici kat kedai kegemaran dia. Terlebih seronok sebab dapat masak dengan CikTaa sambil borak-borak pasal kehidupan masing-masing. Rasa macam dah besar sangat pun. Walaupun kenyataannya memang dah besar panjang. :p

Sebelum tidur bersebelahan ( ayat kontroversi la konon nya ), kami banyak berborak-borak pasal masalah dan cabaran sebagai seorang pelajar yang ingin menggenggam segulung ijazah. Saya mahukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. CikTaa mahukan Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Dua dunia kita berbeza. Lagi sekali saya mencuri tajuk lagu. Tapi cabaran dan masalah yang dihadapi tetap sama.

Masa sekolah dulu, bila tengok rakan-rakan pergi ke sekolah dengan motosikal, teringin nak ada motosikal juga. Masa universiti sekarang, bila tengok rakan-rakan pergi ke kuliah dengan kereta, teringin nak ada kereta juga. Padahal kita dah ada motosikal sendiri. Adakah situasi ini didefinisikan sebagai tidak bersyukur atau sebaliknya?

Tipu sekiranya kita tidak terdetik untuk memiliki apa-apa yang setaraf dengan orang lain. Saya guna Acer yang "vintage" tapi rakan-rakan sudah ada yang guna MacBook Pro. Saya guna Sony Ericsson "batu asah" tapi rakan-rakan dah guna iPhone dan BlackBerry. Saya pakai Crocs "Downtown" tapi rakan-rakan pakai Crocs "MidValley". Saya ada kamera digital biasa tapi rakan-rakan sudah ada DSLR Canon atau Nikon.

Inilah antara perbezaan yang sering wujud dalam kehidupan seharian kita. Tapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri tentang nasib rakan-rakan yang kurang bernasib baik daripada kita? Mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli dan memiliki seperti kita.

Kita sudah ada motosikal untuk ke kuliah tapi mereka masih berjalan kaki atau mengharapkan perkhidmatan bas untuk ke kuliah. Kita sudah ada telefon berkamera untuk kemudahan masing-masing tapi mereka masih menggunakan Nokia 3310 yang selalu mati semasa bercakap. Kita sudah ada laptop untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah tapi masih ada mereka yang tidak mampu membeli laptop sendiri dan perlu berulang-alik ke cyber cafe.

Dalam situasi ini, siapa yang sepatutnya berasa lebih bertuah dan bersyukur? KITA.

Memang tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita rasa penat dan hampir berputus asa dengan kelemahan dan kekurangan yang kita ada. Bila hari hujan, macam mana nak ke kuliah dengan motosikal? Kalau tak pergi, nak bagi alasan apa? Hujan? Kalau pergi, mesti balik kelas rasa nak demam kena hujan. Takkan lah kita nak ponteng kelas setiap kali hari hujan. Nak tak nak, kita terpaksa redah hujan juga.

Tidakkah pengalaman seperti ini mengajar kita untuk lebih berusaha dan berdikari?

Bila lagi kita nak ada pengalaman seperti ini? Rugilah kan bagi mereka yang tak ada pengalaman ini untuk diceritakan kepada anak-anak nanti. Macam mak dan ayah kita bercerita kepada kita tentang kesusahan mereka dahulu. :)

Sebelum melelapkan mata, saya dan CikTaa membuat refleksi kendiri masing-masing. Memang tepat sekali. Kita mesti bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita sekarang. Jika kita hendakkan sesuatu yang lebih baik, kita mestilah berusaha dengan lebih gigih. Hasil yang kita dapat dengan usaha gigih sendiri akan lebih manis dan bermakna, kan? :)

Teringat ayat CikTaa. Semua orang boleh memiliki dan berada pada tahap yang sama. Cuma perbezaannya ialah masa. Mungkin kita dapat guna MacBook Pro, BlackBerry, DSLR pada masa akan datang. :D

BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN ALLAH. :)))

7 comments:

it's about Me and You said...

really motivate me. cikgu shaa, selain mengajar matematik, saya cadangkan cikgu shaa menjadi kaunselor pada masa yang sama. sungguh berkesan :))

shaa bual dengan taa pasal benda ni? bagusnyerrr...
kalu deqja, bergosip jah tahu.hehe

Shafawati Ghazali said...

hahaha. sha xpandai nak motivate org. hehe. jadik cikgu maths pn xlulus lg skg. hehe

a'ah. masa meluahkan mslh. hehe. jom kte borak sama2 lain kali. :)

Afham said...

first time entry blog kamu bermanfaat. hoho

btw, bagus2...ciri2 seorg cikgu sudah terbit. tak bimbang sgt nak antar anak2 gi skolah mun

Shafawati Ghazali said...

haha. aku terima kritikan mg. hehe. ada masa aku berkaliber. tapi kbykan nya aku mengarut lebih laa. haha.

btw, thank you. :p

aku bakal guru yg berdedikasi. so mg buleh harap ko aku. jgn ragu2 nak antar anak2 mg kt sek aku mengajar. hehe

Azeta Abdullah said...

huhu..terharunyer sha biler bacer blog ni..mace nk nangis jah sero..walaupun kito jupok kejap,tp dats moment sgt bermakna..

da sedar diri da raser..kite susah xper,jgn bg femli kite mnanggung ksusahan pk masalh kite.

Shafawati Ghazali said...

sekejap tapi meaningful. :)

kita jangan cepat putus asa. usaha sehabis boleh. insyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

fighting! :D

Idah said...

syukur laa sentiasa..