Sunday, August 1, 2010

37. Nak kawan boleh tak?

16 Julai 2007 - 16 Julai 2010
30 Julai 2007 - 30 Julai 2010
31 Julai 2007 - 31 Julai 2010

Awak semua. Tahun ini cukup 3 tahun kita berkenalan, bergurau senda, bergelak ketawa bersama-sama. :)

HAPPY 3 YEARS, PEOPLE! :)))

Rasa macam sekejap je kan? Sedar tak sedar sudah 3 tahun berada di sini. Banyak kenangan manis dan pahit kita sudah lalui bersama-sama. Terlalu banyak untuk kita sebut satu persatu. Tapi saya pasti kita semua akan mengingati semua kenangan itu. :)

Kita ada lagi 2 tahun untuk belajar bersama-sama, mengulangkaji bersama-sama, makan bersama-sama, lepak bersama-sama. Saya pasti 2 tahun akan menjelang dengan cepat tanpa kita sedari.

Sedih teringat kita akan membawa haluan masing-masing dalam masa 2 tahun lagi. Tapi dengan identiti yang sama. CIKGU. GURU. PENDIDIK.

Jadi, marilah kita gunakan masa 2 tahun ini dengan sebaik yang mungkin. Hargailah masa belajar bersama-sama sementara kita masih berpeluang. :)

HAPPY 3 YEARS, 4 PISMP IPGM KPT! :)))

THANKS FOR THE MEMORIES.

2 comments:

farha ni said...

merry three years hehe.

Shafawati Ghazali said...

lots if love, Miss AS! :D