Saya nak cakap jugak. I'M HOME, DARLING! :D
Nak jugak berlagak dengan rakan-rakan yang belum pulang ke kampung halaman. Hehe
Inilah pertama kali saya tak balik rumah selama 2 bulan. Paling lama la ni. Tu pun dah homesick tahap apa dah. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk pulang berpuasa, berterawih dan bersahur di rumah. Best moment ever! :D
Saya rasa dah lama tak update blog. Sumpah saya sangat lah sibuk sampai tertidur kt meja beralaskan laptop. Bukan ciri-ciri pelajar cemerlang tetapi pelajar yang menyiapkan tugasan di hujung-hujung waktu. Orang putih cakap "last minute". :p
Actually, sebelum balik rumah, saya ada join 2 acara makan bersama-sama rakan-rakan. Acara yang saya paling suka. :D
First, saya berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan sekelas saya di Restoran Saba' di Putrajaya. Makan makanan arab yea. Mungkin saya bukan penggemar tegar makanan arab seperti Ezadd tapi saya suka dengan cara masakannya. Simple dan sedap. :)
- Berbuka di Restoran Saba'.
- Terawih di Masjid Putrajaya setelah sesat beberapa kali.
- Bergambar di depan Palace of Justice sampai kena halau dengan guard sebab panjat pagar sesuka hati. :p
- Sampai di hostel pada pukul 11.10 malam. Nasib baik tak kena kunci dengan guard. Hehe.
Hujung minggu sebelum balik rumah, saya dan rakan-rakan sekolah berbuka di Flaming Steamboat. Memang seronoklah. Bayar RM23 untuk 3 jam 30 minit. Syok habis lah. Makan tak ingat dunia. Yang paling seronok sebab semua yang pergi tu kaki makan. Saya, CikTaa, Ninie, Wanie, Fahmi, Ije, Aje dan MatLe. Memang macam pertandingan makan lah. Masa nak balik, rasa macam tak larat nak jalan. Saya makan 2 kg udang yea. Taknak makan udang 2 bulan dah. :p
- Berbuka di Flaming Steamboat dari jam 8 malam sehingga 11.30 malam.
- Bergambar dengan perut buncit masing-masing.
- Sesat nak balik ke rumah Ninie. At last, kami sampai juga pada pukul 12.30 malam. Tahniah kepada Ninie kerana berjaya menjadi pemandu yang berhemah. :p
Saya dah tak larat nak upload gambar lagi. Ada banyak lagi gambar dalam folder ni. Tapi yang ada gambar saya sedikit je la. Yee laa sebab saya yang pegang kamera. Tu lah fakta yang saya tak suka. Okey memang saya suka bergambar. :D
p/s : To all friends and classmates, thanks for the memories. I enjoyed myself so much. :)
SELAMAT BERCUTI.
SELAMAT MENGHITUNG BERAKHIRNYA RAMADHAN. :)))
No comments:
Post a Comment