Saturday, August 7, 2010

39. Banghuris-Jawa-Nasi Ambeng.

Saya ada soalan. Siapa tahu sila angkat tangan dan jawab.

Ada berapa batang pokok kelapa di Banghuris Homestay?

Siapa yang pandai kira mesti dapat jawab ni. Sila share jawapan anda sebab saya pun tak tahu jawapan dia. Hehe. Yang pasti ada lebih daripada 5 batang sebab waktu petang je budak-budak ni minum air kelapa. Habislah buah kelapa kt Banghuris Homestay tu. Hehe.

Okey kembali kepada topik asal perbualan kita. Beberapa hari saya tidak mengaktifkan diri di alam maya ini kerana saya telah menyertai Program Bina Insan Guru Siri IV bertempat di Banghuris Homestay, Sepang selama 3 hari 2 malam. Sumpah inilah BIG yang paling sempoi dan relaks. Seronok sangat sebab boleh buat aktiviti sendiri. Boleh memancing, makan aiskrim, minum air kelapa, sesi fotografi lompatan bersama girlfriends. :D

Aktiviti mendirikan khemah.


Aktiviti Fotografi Lompatan Versi 1

Tarian Tradisional Jepun oleh Pelajar Sekolah Tinggi Jepun


Inilah aktiviti saya pada hari pertama. Permulaan perkhemahan yang kelihatan sempurna dan indah. Namun begitu, cuaca begitu mencemburui kami. Di kala kami sedang lena dibuai mimpi, hujan turun dengan lebat dan angin berebut-rebut untuk membelai khemah kami. Hasilnya, khemah kami telah menjadi kolam renang atau dalam English kita sebut "swimming pool". Disebabkan itu, saya, Budd, Ezadd dan Kaktgh berlari pecut ke dewan makan untuk menyelamatkan baju-baju kami yang sudah pun basah. Yang menakjubkan ialah kami berjaya sambung tidur dengan lena di dewan makan yang sesak dengan rakan-rakan yang lain. Hebatkan kami? :p

Program Anak Angkat Bersama Keluarga Berketurunan Jawa

Mama ajak kami masak untuk makanan tengah hari sama-sama. Kami masak kari ayam, ayam goreng, sayur goreng, begedil, tempe goreng dan sambal belacan. Walaupun saya bukan orang Jawa, saya suka makan tempe yea rakan-rakan. :D Ni kali pertama saya belajar buat begedil. Seronok lah dapat memasak beramai-ramai. Anak-anak lelaki ditugaskan menggoreng ayam. Nasib baik rangup dan sedap. Sebab tu saya berjaya habiskan 2 ketul paha ayam. Hehe. Saya perasan banyak perbezaan cara masakan orang Jawa dengan orang Kelantan. Contohnya la kan. Saya cuma bakar belacan je untuk buat sambal belacan. Mama pula ajar goreng semua bahan-bahan untuk buat sambal belacan seperti cili dan tomato. Memang terbaik lah Mama. Sedap lah sambal belacan Mama. Padah makan sambal belacan ialah muka saya gatal-gatal. Tapi saya tak kisah. Janji dapat makan sedap. Hehe.

Tak dapat dinafikan yang semua gambar di atas berunsurkan masakan dan makanan. Inilah khidmat masyarakat kami. Mengurangkan pembaziran makanan. Nice kan? :p

Aktiviti Berkelah Pada Waktu Petang

Ada gaya macam orang pergi berkhemah tak? Haaa kan saya dah cakap inilah BIG yan paling sempoi. Syok lah waktu petang boleh main-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan. Hehe.

Persembahan Dikir Barat

Jangan terkejut sebab saya memberi sumbangan kepada kumpulan saya. Hehe. Alatan yang saya main itu ialah gedombak. Senang je nak mainnya. Cuma kena ingat irama dan mestilah selaras dengan alatan lain. Yang tak best ialah tangan saya sakit ketuk gedombak dengan kuat. Semangat lebih sampai tak sedar ketuk kuat sangat. Hehe. Nasib baik lah nasi ambeng yang saya makan sebelum persembahan selamat bersemadi dalam perut saya. Takut termuntah je masa main gedombak tu. :p

Aktiviti Fotografi Bersama Keluarga Angkat

Ni gambar selepas majlis kenduri bersama keluarga angkat. Let me introduce them. Mama, Papa, Nenek. Rakan-rakan saya gelakkan saya sebab nama panggilan mereka moden sangat. There's no "ibu" or "mak". Hehe. They are very nice and friendly family. Thanks a lot Mama! :D

Aktiviti Memasak Sarapan
Menu kami ialah nasi lemak. Untuk mengelakkan kami terlambat bangun pada keesokan harinya, kami sediakan bahan-bahan, rebus telur dan masak sambal ikan bilis pada malamnya. Pagi keesokannya, kami cuma masak nasi dan buat air milo. Tahniah kepada si pengupas bawang, si pengisar bawang, si pemotong cili kering, si penggoreng ikan bilis, si pemasak nasi, si pembuat sambal bilis dan si pembuat air milo. Kita berjaya! :D

Aktiviti Fotofrafi Lompatan Versi 2
Nampak macam kat Korea tak? Dengan pokok-pokok buluh menghijau yang tersusun indah. Hehe. Semua orang nak tangkap gambar kat sini. Bajet kat Korea la. Hehe. Congrate girlfriends. Gambar lompat kita getting better. Yeaaahhh! :D

Aktiviti Fotografi Bersama Batchmates
Semua orang excited lebih sebab BIG dah habis. Yeahhh! Tak perlu bersusah-susah nak berebut nak guna bilik air. Dah la kuantiti air sangat lah terhad. Nasib baiklah 3 hari je. Kalau 3 minggu, tak tahu lah apa yang akan jadi dengan kami. Hehe. Apa-apa pun, kami tetap suka Banghuris Homestay. :)

Saya nak cerita juga last part ni. Dalam bas, saya tertidur dengan nyenyak sebab sangat penat. Disebabkan itulah, saya tak sedar Nik dan Father tangkap gambar saya tengah tidur. Sumpah buruk. Budd, Ezadd dan Kaktgh pun bersubahat sama. Maluuuu laaa. Eeeeiiii geram betul. Siap lah Father dan Nik. Ada ubi, ada batas! :p

Overall, this is enjoyable BIG ever. Wish saya boleh datang ke kampung ini lagi. :)

p/s : Nanti nak ajak adik-beradik angkat saya datang melawat Mama lagi la. Nak mintak mama masakkan nasi ambeng. Teringin nak makan nasi ambeng lagi. Especially ikan masin dia yang sedap itu. Hehe.


ENJOYABLE BIG EVER! :)))

9 comments:

ieqah said...

wahh..!enj0y nyer..mesti bez..c0mel gmbr..!nak ambik etep..jelez lah..hehe..uuhh..tentu bez dih..
:)

Shafawati Ghazali said...

best lah. gambar banyak. makan pun banyak.hehe. jangan jelus ngn kaklong. hehe

ieqah said...

uummpph..bab makan meme kql0ng juara..hehe..tpi kalu bab gambar 2 nak ah..!bez..~d0h lah c0mel2..

Shafawati Ghazali said...

mestilah comel. kaklong kan. haha. kaklong still tak makan lagi durian. kempunan. haih

ieqah said...

ish3..cian2..kah make sapa puah d0h..hehe..tkp02..nti blik..

Shafawati Ghazali said...

waaaaaaaa. jelus2. kaklong nak makan lama dah. tak sabar nak balik rumah. haih

ieqah said...

mak ado sipe ko kql0ng cikit h0k sain mak bgi uuhh..sabar2..hehe

akusifarah said...

best2!!

Shafawati Ghazali said...

farah : sangat bestttttt! :D