Selamat hari lahir yang ke-50, Ayah! :)
Entri yang ke-50 ni khas sempena birthday Ayah yang ke-50. Sangat kebetulan kan? :D
Walaupun Ayah sudah 50 tahun, Ayah tetap paling handsome bagi kat Kaklong. Dulu dengan sekarang tetap handsome. Cuma sekarang Ayah ada mata 4 je. Cewah taktik bodek tu. Hehe
Terima kasih untuk segala-galanya, Ayah.
Ayah menjaga dan membesarkan Kaklong dengan sempurna selama 21 tahun ni. :)
Kaklong masih teringat kenangan masa kecil-kecil dulu.
Masa tu, Kaklong darjah 3, Angah darjah 2 dan Achik darjah 1.
Hari tu, semua bawak balik buku teks dan wajib dibalut. Tahu je la kan kegelabahan kanak-kanak sekolah rendah bila cikgu ugut nak denda kalau tak balut buku teks. Hehe
Seorang dapat lebih kurang 8 buah buku. Kami bertiga yea. Jadi jumlahnya ialah 24 buah buku. Memang bertingkat-tingkat lah buku teks tu.
Sebab tak nak kami kena denda, Ayah dan Mak pulun lah membalut buku teks kami pada malam hari. Padahal petang baru je balik kerja. Yang Kaklong ingat, pukul 1 lebih pagi barulah siap Ayah dan Mak balut semua buku.
Bila dah besar, barulah Kaklong faham perasaan Ayah dan Mak masa tu. Penat dan sakit belakang masa tu takyah cakap lah. Lagi-lagi 24 buah buku. Sekarang, Kaklong tolong balut buku adik-adik 3 atau 4 buah buku pun dah penat dan kebas-kebas kaki.
Macam mana lah Ayah dan Mak bertahan sampai lewat malam nak balut buku kami bertiga sedangkan pada siang hari dah bekerja keras?
*Terharu*
Walaupun perkara ini bukan benda besar untuk diingati, itulah benda yang paling saya ingat masa saya kecil. Sekarang saya terfikir, kenapalah saya tak tolong balut buku sama-sama masa tu? Sebaliknya saya dan adik-adik seronok je masuk bilik dan tidur awal. Budak-budak takkan terfikir nak buat macam tu kan? Lagipun, mesti Ayah dan Mak taknak kami mengantuk dalam kelas keesokkan harinya.
*Rasa nak menangis*
Ayah, terima kasih lagi sekali untuk semua pengorbanan Ayah. :)
Ayah selalu cakap Ayah akan cuba penuhi semua permintaan anak-anak Ayah selagi Ayah termampu. Ye Ayah, sampai sekarang Ayah tak pernah menghampakan kami semua. Ayah selalu berikan yang terbaik untuk kami. :)
Semoga Ayah panjang umur dan murah rezeki.
Semoga Ayah sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya.
Semoga semua impian Ayah tercapai.
InsyaAllah Kaklong takkan hampakan semua harapan Ayah pada Kaklong. :)
The only man a girl can rely on is her daddy.
:)))
No comments:
Post a Comment