Tajuk entri ini saya curi status Ira semalam. Pinjam kejap eyh Ira. Hehe
Guess what?
Semalam saya berbuka puasa dengan gadis-gadis tersayang saya.
Ira, Ilah dan Dhiah. :)
Sue je tak dapat datang. Rindu nak jumpa Sue.

Ira dan Ilah ialah rakan sebilik saya semasa di MRSM. Kami selalu bersama-sama masa kat MRSM dulu sebab kami sebilik, sekelas dan se-LDP. Lembaga Dibenci Pelajar. Itulah panggilan orang lain kepada LDP. Hehe
Dhiah ialah jiran saya masa saya berada di Tingkatan 4. Dia ialah jiran bilik dan jiran kelas. Memang jiran sejati kan? :D
Susah sangat nak jumpa Ira dan Ilah sebab mereka belajar jauh di Bumi Anbia. Mereka bakal doktor yea sebab mereka suka belajar Biologi dulu. Sangatlah berbeza dengan saya yang selalu tidur dengan buku Biologi. :p

Glad to see you, sayangs semua. Seronok sangat dapat berborak-borak pasal kehidupan masing-masing. :)

Ilah, please makan banyak-banyak lagi. Tak membesar dari zaman sekolah lagi. Sangat kurus. Saya nampak sangat besar bila berjalan sebelah Ilah. Hehe. Ilah sememangnya dah jadi doktor sebenar. Sepanjang berborak dengan llah dalam kereta, banyak je istilah-istilah medic saya dah belajar. Seronok jugak dengar doktor bercerita. :D
Dhiah dikatakan nampak matang sebab bertudung "ariani". Hehe. Tapi betul nampak lain. Ayu CikDhiah kita. :) Jangan lupa yea Dhiah lah ratu menyanyi kat asrama sekolah dulu. Suka menyanyi bila-bila masa di mana jua. :D
Thanks for spending your time with me. I really appreciate it. And I'll miss this sweet moment. Wish to see all of you again. Take care, sayangs sekalian. :)
Puasa ada lagi 3 hari. Yeahh dah nak raya! :)))
No comments:
Post a Comment