Tuesday, August 31, 2010

45. Gedik sebelum tidur.

WAS IT A CAR OR A CAT I SAW

WASITACARORACATISAW

This is only English sentence which even if we read in reverse,
it'll give the same sentence.

Good night, people. :)

Sunday, August 29, 2010

44. Dari Saba' ke Flaming.

Saya nak cakap jugak. I'M HOME, DARLING! :D

Nak jugak berlagak dengan rakan-rakan yang belum pulang ke kampung halaman. Hehe
Inilah pertama kali saya tak balik rumah selama 2 bulan. Paling lama la ni. Tu pun dah homesick tahap apa dah. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk pulang berpuasa, berterawih dan bersahur di rumah. Best moment ever! :D

Saya rasa dah lama tak update blog. Sumpah saya sangat lah sibuk sampai tertidur kt meja beralaskan laptop. Bukan ciri-ciri pelajar cemerlang tetapi pelajar yang menyiapkan tugasan di hujung-hujung waktu. Orang putih cakap "last minute". :p


Actually, sebelum balik rumah, saya ada join 2 acara makan bersama-sama rakan-rakan. Acara yang saya paling suka. :D

First, saya berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan sekelas saya di Restoran Saba' di Putrajaya. Makan makanan arab yea. Mungkin saya bukan penggemar tegar makanan arab seperti Ezadd tapi saya suka dengan cara masakannya. Simple dan sedap. :)
  • Berbuka di Restoran Saba'.
  • Terawih di Masjid Putrajaya setelah sesat beberapa kali.
  • Bergambar di depan Palace of Justice sampai kena halau dengan guard sebab panjat pagar sesuka hati. :p
  • Sampai di hostel pada pukul 11.10 malam. Nasib baik tak kena kunci dengan guard. Hehe.


Hujung minggu sebelum balik rumah, saya dan rakan-rakan sekolah berbuka di Flaming Steamboat. Memang seronoklah. Bayar RM23 untuk 3 jam 30 minit. Syok habis lah. Makan tak ingat dunia. Yang paling seronok sebab semua yang pergi tu kaki makan. Saya, CikTaa, Ninie, Wanie, Fahmi, Ije, Aje dan MatLe. Memang macam pertandingan makan lah. Masa nak balik, rasa macam tak larat nak jalan. Saya makan 2 kg udang yea. Taknak makan udang 2 bulan dah. :p

  • Berbuka di Flaming Steamboat dari jam 8 malam sehingga 11.30 malam.
  • Bergambar dengan perut buncit masing-masing.
  • Sesat nak balik ke rumah Ninie. At last, kami sampai juga pada pukul 12.30 malam. Tahniah kepada Ninie kerana berjaya menjadi pemandu yang berhemah. :p

Saya dah tak larat nak upload gambar lagi. Ada banyak lagi gambar dalam folder ni. Tapi yang ada gambar saya sedikit je la. Yee laa sebab saya yang pegang kamera. Tu lah fakta yang saya tak suka. Okey memang saya suka bergambar. :D

p/s : To all friends and classmates, thanks for the memories. I enjoyed myself so much. :)


SELAMAT BERCUTI.
SELAMAT MENGHITUNG BERAKHIRNYA RAMADHAN.
:)))

Sunday, August 22, 2010

43. Which one is better?

Versi pertama.

Versi kedua.

Yang mana lagi sesuai dengan Cikgu Chapa? Versi garang atau versi penyayang? :D

Sebenarnya, lesson plan pun tak berapa pandai lagi nak buat. Selalu je buat salah. Kesimpulannya, saya perlu berusaha dengan lebih gigih. :)

p/s : Tahun depan sudah mahu mengajar kanak-kanak comel. Please jangan nakal-nakal dalam kelas Cikgu Chapa. :p

TEACHER-TO-BE. :)))

Saturday, August 14, 2010

42. You smile, I smile.

Selamat berumur 22 tahun secara rasmi wahai Noruakramiyah a.k.a Uyu Gedik! :D

Untung nya rakan saya sorang ni. Baru 22 tahun dah ada ijazah. Dah habis belajar dah. Saya masih berada di pusat sumber untuk menelaah buku dan nota yang bertimbun tu. Tu pun kalau pergi pusat sumber nak belajar. 2 tahun sekali je pergi. Malu. :p

Jom saya cerita pasal rakan saya sorang ni. :)

Orang nya kecik molek dan manis. Suka senyum dan gelak tak kira masa. Sebab tu kami panggil dia gedik. Sah-sah lah gedik comel. :D

Saya kenal dia masa kat MRSM. Dia rakan sekelas saya masa tingkatan 5. Dia lah ratu Matematik. Sangat hebat dalam Matematik Tambahan sedangkan saya yang paling lemah dalam subjek ini. Selalu tak dapat A dan dapat hadiah cubitan percuma daripada Cikgu Iss. Terasa kerdil sungguh dulu setiap kali dapat keputusan Matematik Tambahan. Adey.

Kemudian, saya dan Uyu dapat tawaran ke Kolej Mara Kulim. Yeahhh ada geng nak masuk matriks. Lagi seronok bila katil saya berdekatan dengan katil Uyu. Memang hari-hari lah lepak, makan dan borak sama-sama. Borak okey bukan bergosip. :p

Uyu pandai. Dia selalu dapat siapkan tutorial Matematik dan menjadi bahan rujukan saya, CikTaa dan CikBoo. Kami suka tutorial Uyu. Terima kasih Uyu sebab bagi pinjam dulu. Hehe. Dia slumber je buat tutorial sambil tengok TV. Padahal saya wajib duduk dengan tertib kat meja belajar dan fokus. Tu pun tak siap-siap jugak. Jelus lah dengan Uyu. Dah selalu cakap macam tu. :p

Sebab Uyu pandai Matematik, dia dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari. Lagi-lagi Matematik. Bukan main seronoklah dia dapat bidang yang dia nak. Untung kan Uyu? :) Jelas kan dia lah ratu Matematik. :D

Tahniah Uyu! Umur 22 tahun dah ada ijazah. Dah nak kerja dah. Seronok nya. :)

Dah dapat kerja, jangan lupa rakan-rakan yang masih bergelar pelajar ni yea. Boleh lah belanja kami makan mewah setiap hujung bulan. Lagi lah murah rezeki Cik Uyu Gedik kita ni. Hehe.

p/s : Teringat ayat kegemaran Uyu. "Takde rezeki lagi laaaa.". :p

Take care my dear. May Allah bless you. Love you much! :)))

Tuesday, August 10, 2010

41. Dah niat ker belum?

Selamat datang Ramadhan al-Mubarak. :)
Bulan yang penuh dengan keberkatan bagi semua umat Islam. InsyaAllah.

Saya yang berada di perantauan walaupun masih di Malaysia tetap terasa sebak apabila teringatkan suasana berbuka dan bersahur di rumah bersama-sama keluarga tersayang. Tidak dapat membayangkan perasaan rakan-rakan yang jauh berada di perantauan. :(

Ada lagi 17 hari nak balik rumah. Saya tidak pulang ke rumah hampir 2 bulan. Rasa lama sangat tak peluk adik-adik. :(

Ada hikmah kenapa Allah menetapkan takdir saya belajar di Cheras. Mungkin saya tidak begitu kuat untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah. Saya tetap bersyukur dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah. :)

Selamat berpuasa kepada Mak Ayah Ikah Uteh Uchu yang berada di rumah.
Selamat berpuasa kepada Angah yang berada di Kuala Terengganu.
Selamat berpuasa kepada Achik yang berada di Sungai Petani.

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang berada di Malaysia dan jauh di perantauan.

InsyaAllah Ramadhan tahun ini akan memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua. Semoga kita dapat meningkatkan ibadah kita kepada Allah dalam bulan penuh keberkatan ini.

Oh jangan lupa pesanan saya ni.
Bangunlah bersahur walaupun sekadar minum air dan makan kurma.
Dan ringankan lah kaki untuk menuju ke masjid atau ke surau berdekatan untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah.

Sebenarnya, pesanan ini merupakan peringatan untuk diri saya juga. InsyaAllah saya cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini. :)


RAMADHAN AL-MUBARAK. :)))

40. Kisah budak hitam

Jeng jeng jeng.

Taraaa.
Nama saya budak hitam.

Saya suka buli Kaklong saya.
Masa kat rumah, saya selalu suruh Kaklong buatkan air milo masa saya dahaga, gorengkan nugget masa saya tengok bola, curik-curik guna bilik air Kaklong, belikan barang-barang untuk saya.

Saya suka makan dan suka tidur.
Setiap pagi, Kaklong mesti bebel kat saya sebab saya suka bangun lambat.
Kaklong kejut saya 100 kali tapi saya tetap melekat pada katil kesayangan saya.
Akhir sekali, saya bangun bila dengar suara ayah suruh bangun. Padan muka saya kan? :p

Okey budak hitam. Dengar Kaklong nak bebel ni. :D
Happy 20th birthday, Angah.
May Allah bless you.
I wish all your dreams come true.
Kaklong sentiasa doakan yang terbaik untuk Angah.

I just want you know that you are a great and wonderful little brother for me.
I'm so glad to have you around when I need someone to talk.
Thank you for everything, Angah. :)

Kaklong harap Angah dapat jadi contoh kepada Achik, Ikah, Uteh dan Uchu.
Kaklong tahu Angah lebih segala-galanya daripada Kaklong.
Lebih pandai, lebih cemerlang, lebih berkeyakinan.
Yes, you're better than me. You should realize it, okey? :D

Dan yang paling penting ialah berusahalah untuk berjaya supaya Mak dan Ayah berbangga dengan kita semua. Kita sebagai adik-beradik yang lebih tua tahu lebih pasal kesusahan Mak dan Ayah. Inilah cara kita nak balas jasa Mak dan Ayah. :)

Jadi, ingat pesan Kaklong. Kalau tak nak kena bebel hari-hari, jangan suka buli Kaklong lagi. Jangan suka makan dan tidur je. Hehe. Kena jadi rajin macam Kaklong. Okey Kaklong tipu je ni. :p

Selamat Hari Lahir Yang Ke-20, Muhammad Shamin bin Ghazali.

Kaklong sayang Angah. :)))

Saturday, August 7, 2010

39. Banghuris-Jawa-Nasi Ambeng.

Saya ada soalan. Siapa tahu sila angkat tangan dan jawab.

Ada berapa batang pokok kelapa di Banghuris Homestay?

Siapa yang pandai kira mesti dapat jawab ni. Sila share jawapan anda sebab saya pun tak tahu jawapan dia. Hehe. Yang pasti ada lebih daripada 5 batang sebab waktu petang je budak-budak ni minum air kelapa. Habislah buah kelapa kt Banghuris Homestay tu. Hehe.

Okey kembali kepada topik asal perbualan kita. Beberapa hari saya tidak mengaktifkan diri di alam maya ini kerana saya telah menyertai Program Bina Insan Guru Siri IV bertempat di Banghuris Homestay, Sepang selama 3 hari 2 malam. Sumpah inilah BIG yang paling sempoi dan relaks. Seronok sangat sebab boleh buat aktiviti sendiri. Boleh memancing, makan aiskrim, minum air kelapa, sesi fotografi lompatan bersama girlfriends. :D

Aktiviti mendirikan khemah.


Aktiviti Fotografi Lompatan Versi 1

Tarian Tradisional Jepun oleh Pelajar Sekolah Tinggi Jepun


Inilah aktiviti saya pada hari pertama. Permulaan perkhemahan yang kelihatan sempurna dan indah. Namun begitu, cuaca begitu mencemburui kami. Di kala kami sedang lena dibuai mimpi, hujan turun dengan lebat dan angin berebut-rebut untuk membelai khemah kami. Hasilnya, khemah kami telah menjadi kolam renang atau dalam English kita sebut "swimming pool". Disebabkan itu, saya, Budd, Ezadd dan Kaktgh berlari pecut ke dewan makan untuk menyelamatkan baju-baju kami yang sudah pun basah. Yang menakjubkan ialah kami berjaya sambung tidur dengan lena di dewan makan yang sesak dengan rakan-rakan yang lain. Hebatkan kami? :p

Program Anak Angkat Bersama Keluarga Berketurunan Jawa

Mama ajak kami masak untuk makanan tengah hari sama-sama. Kami masak kari ayam, ayam goreng, sayur goreng, begedil, tempe goreng dan sambal belacan. Walaupun saya bukan orang Jawa, saya suka makan tempe yea rakan-rakan. :D Ni kali pertama saya belajar buat begedil. Seronok lah dapat memasak beramai-ramai. Anak-anak lelaki ditugaskan menggoreng ayam. Nasib baik rangup dan sedap. Sebab tu saya berjaya habiskan 2 ketul paha ayam. Hehe. Saya perasan banyak perbezaan cara masakan orang Jawa dengan orang Kelantan. Contohnya la kan. Saya cuma bakar belacan je untuk buat sambal belacan. Mama pula ajar goreng semua bahan-bahan untuk buat sambal belacan seperti cili dan tomato. Memang terbaik lah Mama. Sedap lah sambal belacan Mama. Padah makan sambal belacan ialah muka saya gatal-gatal. Tapi saya tak kisah. Janji dapat makan sedap. Hehe.

Tak dapat dinafikan yang semua gambar di atas berunsurkan masakan dan makanan. Inilah khidmat masyarakat kami. Mengurangkan pembaziran makanan. Nice kan? :p

Aktiviti Berkelah Pada Waktu Petang

Ada gaya macam orang pergi berkhemah tak? Haaa kan saya dah cakap inilah BIG yan paling sempoi. Syok lah waktu petang boleh main-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan. Hehe.

Persembahan Dikir Barat

Jangan terkejut sebab saya memberi sumbangan kepada kumpulan saya. Hehe. Alatan yang saya main itu ialah gedombak. Senang je nak mainnya. Cuma kena ingat irama dan mestilah selaras dengan alatan lain. Yang tak best ialah tangan saya sakit ketuk gedombak dengan kuat. Semangat lebih sampai tak sedar ketuk kuat sangat. Hehe. Nasib baik lah nasi ambeng yang saya makan sebelum persembahan selamat bersemadi dalam perut saya. Takut termuntah je masa main gedombak tu. :p

Aktiviti Fotografi Bersama Keluarga Angkat

Ni gambar selepas majlis kenduri bersama keluarga angkat. Let me introduce them. Mama, Papa, Nenek. Rakan-rakan saya gelakkan saya sebab nama panggilan mereka moden sangat. There's no "ibu" or "mak". Hehe. They are very nice and friendly family. Thanks a lot Mama! :D

Aktiviti Memasak Sarapan
Menu kami ialah nasi lemak. Untuk mengelakkan kami terlambat bangun pada keesokan harinya, kami sediakan bahan-bahan, rebus telur dan masak sambal ikan bilis pada malamnya. Pagi keesokannya, kami cuma masak nasi dan buat air milo. Tahniah kepada si pengupas bawang, si pengisar bawang, si pemotong cili kering, si penggoreng ikan bilis, si pemasak nasi, si pembuat sambal bilis dan si pembuat air milo. Kita berjaya! :D

Aktiviti Fotofrafi Lompatan Versi 2
Nampak macam kat Korea tak? Dengan pokok-pokok buluh menghijau yang tersusun indah. Hehe. Semua orang nak tangkap gambar kat sini. Bajet kat Korea la. Hehe. Congrate girlfriends. Gambar lompat kita getting better. Yeaaahhh! :D

Aktiviti Fotografi Bersama Batchmates
Semua orang excited lebih sebab BIG dah habis. Yeahhh! Tak perlu bersusah-susah nak berebut nak guna bilik air. Dah la kuantiti air sangat lah terhad. Nasib baiklah 3 hari je. Kalau 3 minggu, tak tahu lah apa yang akan jadi dengan kami. Hehe. Apa-apa pun, kami tetap suka Banghuris Homestay. :)

Saya nak cerita juga last part ni. Dalam bas, saya tertidur dengan nyenyak sebab sangat penat. Disebabkan itulah, saya tak sedar Nik dan Father tangkap gambar saya tengah tidur. Sumpah buruk. Budd, Ezadd dan Kaktgh pun bersubahat sama. Maluuuu laaa. Eeeeiiii geram betul. Siap lah Father dan Nik. Ada ubi, ada batas! :p

Overall, this is enjoyable BIG ever. Wish saya boleh datang ke kampung ini lagi. :)

p/s : Nanti nak ajak adik-beradik angkat saya datang melawat Mama lagi la. Nak mintak mama masakkan nasi ambeng. Teringin nak makan nasi ambeng lagi. Especially ikan masin dia yang sedap itu. Hehe.


ENJOYABLE BIG EVER! :)))