Showing posts with label his birthday. Show all posts
Showing posts with label his birthday. Show all posts

Monday, September 17, 2012

231. I love him.






Happy 52nd birthday to my hero. Semoga Ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)

InsyaAllah minggu depan Kaklong balik rumah. Tak sabar nak jumpa Ayah. :)

I love you much my hero!


Sunday, November 20, 2011

189. 20112011



Happy birthday to my little brother, Muhammad Shafiq bin Ghazali!

You're 20 years old this year. Yeaahh you're old enough to think wisely for you future. Aracci? :)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Kecomelan masa kecil.

Yeahhh Kaklong lagi tinggi tapi sekarang Kaklong paling pendek. Sadis.

2 of 4 my little brothers. Birthday boy in his stripes shirt.


P/s : Hari ini dia berlagak dengan saya sebab dia bertuah dalam banyak benda. Yee lah kan umur 20 pada 20 haribulan. Ayah pun ada dapat rezeki lebih hari ini dan ada kaitan dengan nombor 20 juga. Alhamdulillah. Semoga dipermudakan segala urusan. Aminnn. :)


Wednesday, August 10, 2011

169. Big boy.






Happy birthday to Muhammad Shamin bin Ghazali! Sweet 21, Angah. :)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Angah dah besar jadi fikir-fikir lah apa yang terbaik untuk diri sendiri. Kaklong tahu Angah boleh menjadi lebih daripada yang Angah fikirkan. You're much better than me. Trust me. :)

Semoga menjadi anak yang soleh, abang /adik yang bertanggungjawab kepada keluarga kita. InsyaAllah semua kejayaan yang Angah idamkan menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil jika kita terus berusaha. Terus berusaha dan yakin dengan rezeki dan ketentuan Allah. :)

Selamat berumur 21 tahun, Angah.


Friday, May 20, 2011

142. Seven seven.


Masa tadika.

Baju kesayangan ben-10.

Uteh, si abang.

Uchu, si adik.

Adik gemuk nak pergi mengaji.

Adik-adik gemuk, happy birthday! 19 Mei 2011. Cukup 7 tahun Kaklong tengok adik membesar dan membesar. Adik comel sangat walaupun adik suka buat Kaklong geram. Please jangan nakal-nakal lagi okey. Kesian Kaklong penat nak jaga adik. Hehe

19 Mei 2004. Kaklong tak ada masa adik dilahirkan. Mak dan Ayah tak bagitahu Kaklong sebab taknak bagi Kaklong risau. Kaklong tahu lambat seminggu yang Mak dah bersalin. Kaklong sedih dan merajuk dengan Mak dan Ayah. Sebagai tanda protes, Kaklong balik ke rumah dengan bas daripada Kuala Krai tanpa bagitahu Mak dan Ayah. Tengok-tengok Kaklong dah ada depan pintu rumah. Tak bagitahu siapa-siapa sebab merajuk. Waaaa sumpah Kaklong menangis tak berhenti-henti masa Ayah bagitahu Mak dah bersalin. Tapi Kaklong tak salahkan Mak dan Ayah. But still Kaklong rasa terkilan sebab risau jadi apa-apa sepanjang masa itu.

Shahir dan Shahin. Itu nama adik yang Kaklong bagi. Ayah suruh Kaklong decide nak bagi adik nama apa sebab Kaklong merajuk dengan Mak dan Ayah masa itu. Ramai bagi cadangan nak letak nama Sharul dan Sharil tapi Kaklong taknak. Jadi, Kaklong beli buku nama kanak-kanak dan bagi nama Shahir dan Shahin kat adik. Mesti adik suka dengan nama yang Kaklong bagi kan? Hehe. Please jadi seindah nama yang Kaklong bagi kat adik okey? :)

Uteh dan Uchu. Please janji dengan Kaklong. Kena jadi anak yang soleh kepada Mak dan Ayah dan adik yang baik kepada Kaklong, Abang Ngah, Abang Chik dan Kak Eqah. Jangan lupa jasa Mak dan Ayah. Kaklong harap adik dapat membesar dengan sempurna dan mendapat banyak kegembiraan dalam hidup. Kaklong akan sentiasa menjaga adik sampai bila-bila sebab Kaklong adalah Kaklong. Walaupun adik suka cakap Kaklong garang. :)

Adik. Kaklong sayang adik sangat-sangat. Kaklong rindu nak peluk adik sekarang. :)


Sunday, March 27, 2011

121. Jejaka German.



Zaman muda mudi. Hehe

Mie suka dia! Hehe


Happy birthday to Raja Kamal Zulhakimie aka Abang Imie. Hehe

May Allah bless you. :)

Jangan nak mengorat awek-awek German. Belajar betul-betul. Gaya mak tiri bagi pesanan. Hehe.

Wehh. Jangan lupa bawa balik buah tangan kat aku. Kalau tak, aku pergi curi motor merah kesayangan kau tu. Haha

Take care, my friend! :)))


Thursday, September 2, 2010

46. Hari kebesaran mereka.

Pengumuman.

Siapa mahu berkenalan dengan Mr.Dd dan Miss FR?
Masing-masing masih lagi single dan available.
Siapa mahu, boleh ambil borang penyertaan dengan saya. :D

Sebenarnya,

01 Sepetember 2010
Selamat hari lahir, Ustaz Taqi. Eh silap Didie Sengal. Hehe.
Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. :)
Terima kasih sebab selalu bagi pinjam DBL kat saya dan rakan-rakan di kala nak mengisi perut kami. Kami sangat menghargainya yea. :D
Hope lepas ni jangan lah cuai lagi. Suka je letak barang kat mana-mana lepas tu lupa dah. Haih. Oh dan jangan suka datang lambat ke kelas. Kalau tak lambat setengah jam, memang tak sah lah. Hehe.
To Ee : Weii adik kau suka kenakan aku. Aku geram sebab tu lah aku selalu membebel kat dia. Hehe.
Thanks for being a nice kampungmate to me. :)

Taraaaa!
Perkenalkan Miss FR aka Farhani Rafed aka CikBunga aka Buddi.
Cukup 02 Sepetember 2010, dia dah berumur 21 tahun. Sudah boleh kahwin yea CikBunga. Hehe.
Happy birthday, Budd. Dan selamat hari membunga. Ratu Bunga okey. :D
Thanks a lot for everything. You're a good girlfriend, classmate, groupmate, jiran dan rakan menghabiskan wang. :)
Actually, dia seorang photographer yang hebat yea. Kami suka bila dia pegang DSLR dan ambil gambar kami yang cantik ni. Hehe.
I wish all your dreams come true. :)
Love youuuuu! :)

I'm so lucky to have them in my life. Great kampungmate and gorgeous girlfriend! :D

Happy birthday you allllll! Hava a wonderful birthday. :)))

Tuesday, August 10, 2010

40. Kisah budak hitam

Jeng jeng jeng.

Taraaa.
Nama saya budak hitam.

Saya suka buli Kaklong saya.
Masa kat rumah, saya selalu suruh Kaklong buatkan air milo masa saya dahaga, gorengkan nugget masa saya tengok bola, curik-curik guna bilik air Kaklong, belikan barang-barang untuk saya.

Saya suka makan dan suka tidur.
Setiap pagi, Kaklong mesti bebel kat saya sebab saya suka bangun lambat.
Kaklong kejut saya 100 kali tapi saya tetap melekat pada katil kesayangan saya.
Akhir sekali, saya bangun bila dengar suara ayah suruh bangun. Padan muka saya kan? :p

Okey budak hitam. Dengar Kaklong nak bebel ni. :D
Happy 20th birthday, Angah.
May Allah bless you.
I wish all your dreams come true.
Kaklong sentiasa doakan yang terbaik untuk Angah.

I just want you know that you are a great and wonderful little brother for me.
I'm so glad to have you around when I need someone to talk.
Thank you for everything, Angah. :)

Kaklong harap Angah dapat jadi contoh kepada Achik, Ikah, Uteh dan Uchu.
Kaklong tahu Angah lebih segala-galanya daripada Kaklong.
Lebih pandai, lebih cemerlang, lebih berkeyakinan.
Yes, you're better than me. You should realize it, okey? :D

Dan yang paling penting ialah berusahalah untuk berjaya supaya Mak dan Ayah berbangga dengan kita semua. Kita sebagai adik-beradik yang lebih tua tahu lebih pasal kesusahan Mak dan Ayah. Inilah cara kita nak balas jasa Mak dan Ayah. :)

Jadi, ingat pesan Kaklong. Kalau tak nak kena bebel hari-hari, jangan suka buli Kaklong lagi. Jangan suka makan dan tidur je. Hehe. Kena jadi rajin macam Kaklong. Okey Kaklong tipu je ni. :p

Selamat Hari Lahir Yang Ke-20, Muhammad Shamin bin Ghazali.

Kaklong sayang Angah. :)))

Wednesday, June 9, 2010

6. Ketua yang tua

happy birthday happy birthday happy birthday to dinn aka Mr.Qiqi.
cukup 21 thn. boleh mengundi dah okey? :D
may Allah bless you. have a blast. :)

bakal ketua sem 4. so kne bekerja keras la yea.
bersama2 budd yg suke makan. sori budd. hehe










HAVE A GREAT DAY BIRTHDAY BOY! :)))