Wednesday, June 1, 2011

147. Mana bil elektrik?



Selamat pagi Malaysia. Hari ini saya bangun awal sebab semalam tidur tersangat-sangatlah awal. Bangun solat isya pukul 3 pagi kemudian sambung tidur. Memang heaven lah. Hehe

Okey sekarang saya berada dalam mood tak puas hati. Confirm semua orang baca suratkhabar semalam kan. TARIF ELEKTRIK NAIK. Tajuk berita yang berjaya buat semua pembaca termenung panjang. Memang rakyat didahulukan. Aigoo semua orang rasa nak migrain semalam. Baik mak ataupun ayah. Eh hello saya sendiri pun rasa nak migrain. Yee laa sebab orang dah kena tinggal kat rumah sewa. Bil elektrik dan air kenalah bayar sendiri. Takkan nak share dengan jiran sebelah kot. Pening pening pening. (-_-!)

Memang eloklah bila saya kena pindah rumah sewa, bil elektrik pun naik. Rumah student mestilah banyak guna elektrik. Laptop, printer, charger telefon semua memang pakej lah. Haihh lepas ni boleh bagi alasan kat pensyarah yang saya tak siap assignment sebab nak jimat bil elektrik. Tak boleh pasang laptop 24/7. Hehe

Mak pun dah start bagi warning kat seisi keluarga semalam. Ehem ehem memang kena ceramah panjang semalam. :p

  • Tutup laptop bila dah habis main game or download cerita. --> Khas untuk anak-anak lelaki Mak.
  • Jangan buka TV dan radio 24 jam padahal empunya diri dah lama menghilang pergi mana-mana. --> Juga untuk anak-anak lelaki Mak.
  • Iron baju untuk seminggu sekaligus. Jangan nak iron seketul-seketul. --> Yang ini ditujukan kepada anak-anak perempuan Mak yang jelita lagi menawan.
  • No more aircond. --> Khas untuk si kembar yang tak boleh hidup dalam kepanasan.
  • Sila tidur guna lampu tidur atau gelap terus lagi bagus. --> Eqah yang takut tidur dalam gelap.
  • Bila melangkah keluar dari bilik masing-masing, silalah tutup lampu dan kipas serta semua benda yang memerlukan elektrik. --> Bad habit semua orang yang suka biar benda on 24/7.


Saya rasa nak copy and paste semua peraturan baru Mak kat rumah sewa nanti la. Bajet nak jadi mak tiri kat Budd, Ezadd dan KT. Eh silap bukan. SooYong, SeoHyun dan YoonA. Haha jangan marah KimTaeYeon yea. :p

Macam mana lah kehidupan di rumah sewa nanti? Fikir sekejap. Pagi-pagi kena bangun awal kalau taknak terlambat pergi kelas atau praktikum. Nak tunggu lif memang lah lama. Lif nak turun ground floor yang bermasalah. Nak naik ke tingkat 15 sekejap je. Yee yee rumah sewa kami berada di tingkat 15 daripada 16 tingkat. Syok kan? Malam-malam boleh tengok view KL Cheras yang indah. Hehe.

Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. InsyaAllah. Aminnn. (^__^)


Btw, puding trifle yang saya dan Eqah buat dah habis dalam masa sehari. Memang terhangat di pasaran. Padahal semua orang kat rumah ini raja makan. Especially si kembar tu. Hehe. Nanti nak try tukar lapisan kek dengan biskut oreo lah. Nik aka orang tua aka abang sepupu tipu-tipu bagi resipi baru. Mesti dia belajar daripada Emma kesayangan dia tu. Phewitttt!


Okey people. Have a wonderful holiday! :)))


Quote for today :
Allah SWT looks not at how you look, but what is in your heart.


4 comments:

Bunga said...

weeee..... jimat2!!!!!.. kui3... actully, nk resipi....(dngn muker pnuh harapan)... ngeeee....

Shafawati Ghazali said...

Dhiah : Hehehe. Kena kurang surfing lah gni. Adey la. Hehe. Boleh jeee. Bagi email dhiah. Sha send email resipi. :D

Afham said...

pengalaman baru duk umah sewa after bertahun2 masuk maktab. hehe.

biasalah kalu duk umah sewa, masing2 kena rasa tanggungjawab.

umah aku kat dublin, air tak kena byr, tp elektrik, gas kena bayar. banyak nak mati

Shafawati Ghazali said...

Ee : Haish aku baru belajar nak duduk rumah sewa. Bila fikir2 balik, memang banyak benda nak kena beli dan settle kan next sem ni.

Memang terasalah duit mengalir mula2 nak masuk rumah sewa kan? Pening pening. Hehe

Tapi takpe. Aku cuba fikir positif. Ni maybe one of cara aku nak hidup berdikari. :)