Saturday, October 29, 2011

187. Bukan untuk warga penakut sedunia.



Let me ask a question. Just a simple question.


Kenapa sekarang ini banyak sangat cerita hantu-mantu kat televisyen dan pawagam? Lambakan cerita tahyul di Malaysia sekarang yeaaaa. Ohhh please. Tolonglah berfikiran realistik sedikit wahai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab mereka cerita ini semua. Huhh

Malam Jumaat yang lalu, saya saja menjengukkan diri ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama Ayah dan Achik. Ada ker patut buat cerita vampire Melayu. Ada seorang perempuan yang berpakaian gaun putih nak kahwin dengan vampire. Lepas itu, kena gigit kat leher dan terus menjadi vampire dan hidup lah dengan riang gembira bersama sanak-saudara vampire. Chais tak logik langsung cerita kat televisyen sekarang. Baik tengok Shin Chan lagi best kalau macam ni. Haih. 

Then, ada pulak cerita lain. Tengok cerita macam ber-genre-kan kekeluargaan. Kira okey lah kan nak tengok bersama ahli keluarga yang lain. Syok juga ada Aaron Aziz. Membersihkan pandangan mata saya. Hehe. Tiba-tiba ada juga part hantu-mantu dalam cerita ini. Keluar lembaga berambut panjang dalam bilik air. Apaaa niiii? Terkejut wehhh. Saya seorang yang lemah semangat. Mudah terkejut tak tentu pasal. Tak suka betul macam ini. Kenapa semua cerita sekarang wajib ada hantu-mantu? Marah nyaaaaa!

Sepatutnya malam Jumaat kenalah diisi dengan rancangan berbentuk ilmiah atau keagamaan yang sesuai. Sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Bukannya cerita hantu-mantu macam niii. Tahyul semua ini. Tak baik tau tau tau. Berdosaaaa berdosaaaaaa kata adik kembar saya.

Macam mana lah rakyat Malaysia nak mengamalkan gaya hidup sihat kalau semua drama dan filem di Malaysia berlatarkan hantu-mantu macam ini? Saya tak menyokong walaupun 10 sen kalau semua orang nak terbitkan cerita macam ini. Tak elok lah kalau kanak-kanak bawah umur asyik menonton cerita macam ini. Malam-malan tidur mengigau, meracau-racau, nak pergi bilik air pun nak berteman. Jangan cakap budak-budak, saya yang sudah berumur 22 tahun pun bapuk penakut okeyyy. Bila kena stay kat rumah seorang diri, mulalah kepala otak berfikiran bukan-bukan. Untuk menghilangkan perasaan takut, buka lampu satu rumah, dengar lagu kuat-kuat dan duduk diam-diam atas katil sambil baca novel. Haih sangat lah menyampah bila dilanda situasi seperti ini. Masa kat hostel dulu, menggigil kepala lutut nak pergi toilet pukul 2 pagi. Pergi toilet sepantas kilat tanpa pandang kiri kanan atas bawah. Jalan pandang depan jee sampai dalam bilik terus kunci pintu dan selimut satu badan. Pengaruh cerita lah semua ini. Yee laaa apa-apa pun diri sendiri  kena kuat dan berfikiran positif tapi tergugat juga imam iman kalau selalu dihidangkan dengan cerita-cerita hantu-mantu macam ini. Waaa tolonglah saya ini memang penakut daripada kecil lagi. (-_-!)

Nak tengok movie pun mesti adaaa cerita hantu-mantu. Last movie hantu-mantu yang saya tengok kat pawagam ialah Khurafat. Menyesal 40 tahun yeaaa sebab malam itu saya tak boleh nak tidur. Takut seorang diri. Haaa padan muka sebab berlagak berani sangat. Padahal lagi penakut daripada adik kembar saya. *Segan*. Jadi, saya lagi rela tengok cerita kartun daripada tengok cerita hantu-mantu walaupun saya tak suka sangat cerita kartun. Kalau orang bagi tiket free pun saya taknak. Taknak ambil risiko menggugat keberanian diri sendiri yang tak berapa berani ini. :p

Jadi, saya benar-benar-benar-benar-benar berharap janganlah siarkan cerita hantu-mantu kat televisyen atau pawagam secara berleluasa. Tak mustahil nanti ramai rakyat Malaysia kena histeria sebab selalu tonton cerita macam ini. Siapa yang susah? Diri sendiri serta keluarga tercinta juga yang menerima padahnya nanti. *Serius serius*.

Pesanan penaja kepada penakut-penakut sedunia. Jangan tengok cerita hantu-mantu. JOM TENGOK CERITA KOREA! Hehehehe.


P/s : Hari ini saya sudah mahu pulang ke Cheras. Flight pukul 5.10 petang ini tapi saya tak berkemas apa-apa pun lagi. Perangai malas macam biasa bila kena balik Cheras. Nasib baik minggu depan boleh balik rumah lagi. Cuti Raya Haji. Yeaaahhh! Walaupun tiket bas dah habis, saya menggagahkan diri memandu 8jam setengah untuk pulang ke rumah. Saya tak kisah asal boleh balik rumah. Weeeee. :)

A journey to home. :)))


4 comments:

Azeta Abdullah said...

hehe..bace entry ni teringat pulak yg waktu tgk cite hantu ngn pije.im not sure whether shaa ade skali ke x mase tu..pije mesti terangkat kaki bile ade scene2 yg mgejutkan!

lucu giler!nok gelak guling2 rase!senak perut dok tahan suka!hahahahahha

Shafawati Ghazali said...

hahaha. kelakar kelakar. buleh imagine tu. hahaha

amboiii taa macam berani jah ni. padahal sama penakut dengan sha jah tu. hahaha

Unknown said...

haha..lawok la shaa ni.
cni klu boring gile bce buku pakat cari citre antu tgk movie berjemaah kt rumah. hihi..
selamat hari raye aidiladha btw!! :))

Shafawati Ghazali said...

Doctor Ilah : Sha kan memang penakut. Benci betul dengan cerita hantu niii. Takleh tidur kalau TER-tengok cerita macam ni. Hehehe.

TAKE CARE MY DEAR! :)