Iklan raya tahun ini sedih gila. Sebak sampai menangis masa tengok. :(
Paling sedih bila part budak-budak tu mandi dan bersiap-siap kat surau. Sebab teringat masa kecil, saya paling seronok untuk bangun pagi dan bersiap-siap pakai baju baru nak pergi beraya. Sedihnya tengok iklan ini. Saya tengok iklan ini 3 kali dan 3 kali saya menangis. Hati tisu lately ini mungkin sebab rasa homesick. Serius rasa insaf sekejap. Kalau saya rasa homesick, saya boleh balik rumah dan jumpa keluarga sendiri. Walaupun terpaksa duduk dalam bas atau kereta selama 8 jam lebih. Takpe, saya tak kisah. Asalkan saya ada tempat yang nak dituju dan ada orang yang akan menyambut saya balik. Bertuahnya saya dan sesiapa yang senasib dengan saya kan? Sebab saya tahu ramai orang yang bernasib seperti budak-budak dalam iklan ini. Bersyukur sangat dengan kurniaan Allah berikan kepada saya. Alhamdulillah.
Lagi 5 hari saya nak balik rumah. Tak sabar nak balik dan sambut raya dengan keluarga kat kampung. Betul, the best place in this world is HOME. InsyaAllah semua urusan dipermudahkan Allah. :)
Sekarang sudah 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap sahaja bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu keberkatan dan pengajaran agar dapat menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah. :)
Selamat menjalani hari-hari terakhir Ramadhan.
No comments:
Post a Comment