Friday, August 10, 2012

218. Resipi murtabak meggi.



Saya tulis resipi murtabak meggi kat sini sebab my girlfriends, McTan dan Wanieee, request suruh bagi dorang resipi ini. Katanya first time makan murtabak meggi. Nak try buat sendiri kat rumah katanya. Hehehe. Lepas shopping kat Kenanga Wholesale City hari sabtu lepas, sementara nak tunggu berbuka, sebelum pergi makan kat Fiske Steakhouse, saya prepare lah a simple dish untuk dorang. Ala ala alas perut berbuka. McTan pun puasa juga hari tu. Kesian dia McTan. Hikhik. 


Bahan-bahan :

Meggi kari/tomyam 1 paket
Telur 1 biji
Bawang besar ( Ikut suka nak letak ker tak. Selalu letak sedikit je. Penambah rasa. )
Cili ( Kalau nak pedas )
Garam ( Secukup rasa )
Sos cili
Mayonis
Serunding daging/ayam ( Kalau suka, boleh letak )

Cara-cara :

1. Rebuskan meggi sahaja dalam periuk yang ada air mendidih. Rebuskan sampai kembang macam biasa.
2. Toskan meggi.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Make sure basuh dulu yea telur tu. Peringatan. Hihihi.
4. Masukkan garam dan paket perencah meggi tadi dalam telur tadi.. ( Selalu saya gunakan 3/4 paket sahaja. Kalau suka, boleh letak semua. )
5. Masukkan bawang besar dan cili dalam campuran telur tadi.
6. Masukkan meggi yang sudah ditos tadi ke dalam campuran telur tersebut. Gaul sehingga sebati.
7. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. ( Minyak tak boleh banyak. Takut murtabak jadik terlampau berminyak, tak sedap. )
8. Gorengkan campuran tadi dan ratakan ala-ala bentuk murtabak. Jangan goreng terlampau garing takut nanti jadik keras kulit murtabak itu.
9. Hidangkan murtabak bersama sos cili, mayonis dan serunding daging.
10. Siap dan boleh makan serta-merta. Hehehe.


Curi gambar dari FB McTan. Hehehe. :D


Okeyyy McTan dan Wanieeee? Selamat mencubaaaa! :)))


No comments: