Showing posts with label my super cool dad. Show all posts
Showing posts with label my super cool dad. Show all posts

Monday, September 17, 2012

231. I love him.






Happy 52nd birthday to my hero. Semoga Ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)

InsyaAllah minggu depan Kaklong balik rumah. Tak sabar nak jumpa Ayah. :)

I love you much my hero!


Tuesday, October 11, 2011

183. Serius saya menyesal.



Semalam, Eqah telefon dan bagitahu ada surat cinta sampai kat rumah. Kalau betul surat cinta daripada Aaron Aziz takpe juga. Ini surat cinta daripada abang polis. Terima kasih banyak-banyak sebab saya dapat surat saman speed trap kat kawasan Kuala Lipis. Ini kena masa balik cuti semester bulan Jun hari itu. Sadis gila sebab kena saman speed trap. Ini kali pertama saya ada rekod buruk macam ini. Selalu memang imej bersih lah pada Mak dan Ayah. Haih.

Dan terus saya mengorak langkah dengan menelefon Ayah tercinta sebelum keluar makan malam semalam. Ayah cakap dalam telefon dengan saya lebih kurang seminit sahaja. Suara Ayah macam keras dan kecewa. Pilu hati saya dengar Ayah cakap macam itu. Sedih dengan diri sendiri sebab buat Ayah macam itu. Saya tahu Ayah marah bukan soal duit kena bayar saman, tapi ini sebab saya ada tabiat suka bawa kereta laju. Saya perasan Ayah lebih prihatin pasal benda-benda macam ini selepas Angah kemalangan teruk setahun yang lalu. Semua ahli keluarga trauma dengan peristiwa hitam yang menimpa Angah dulu. Sebab itu Ayah sedih bila tahu saya buat macam ini. Saya lagi lagi lagi lah sedih sebab terlepas pandang benda-benda macam ini dan buat Ayah rasa kecewa.

Ayah. Kaklong betul-betul minta maaf. Kaklong janji Kaklong tak buat macam itu lagi. Kaklong takkan bawa kereta laju sesuka hati. Kaklong taknak buat Ayah risau lagi. Sorry Ayah. :(


LAGI SEKALI SAYA CAKAP SERIUS SAYA BETUL-BETUL MENYESAL DAN INSAF.


Thursday, June 23, 2011

158. Better person.


Little girl.
Big girl don't cry.


Do you want to know what is the best thing I have? My life.
 
Saya sudah hidup 22 tahun di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah. :)))

Life is happy enough when you see every single thing optimistically. 

Change for good. InsyaAllah. :)))



And Happy Father's Day to the coolest and greatest dad in the world. Thank you, Ayah! I heart you every second of my life. :)))

My hero. :)))


Sunday, June 20, 2010

20. Cinta hati.

Happy Father's Day, Ayah! :)
You're a super cool dad. Thank you very very very like million times for everything, Ayah. :)

Ayah selalu cakap yang susah nak besarkan anak-anak. Tapi ayah tak pernah menganggap anak-anak ayah sebagai beban. Itulah anugerah Allah kepada ayah. Ayah bersyukur dan terima anugerah Allah berikan. :)

Kaklong selalu ingat apa yang ayah cakap tu. Ayah lah yang terbaik untuk kaklong dan adik-adik. Ayah memang faham perangai setiap anak-anak ayah. Kaklong tahu tu ayah. Sebab tu ayah selalu cuba memahami kehendak dan keperluan kami semua. Ayah selalu cuba penuhi kehendak kami. Kaklong amat menghargainya ayah. :)

Inilah yang ayah selalu pesan :
  1. Kaklong kena selalu ingat Allah dan jangan tinggal solat. - yee baikkk ayah.
  2. Kaklong kena selalu buat baik kepada orang lain tapi kena berpada-pada. - yee baikkk ayah.
  3. Kaklong kena jadi contoh kepada adik-adik. - yee baikkk ayah.
  4. Kaklong kena jaga dan ambil berat pasal adik-adik. - yee baikkk ayah.
  5. Kaklong kena mengalah dengan adik-adik. - yee baikkk ayah.
  6. Kaklong kena pandai jaga diri dan berdikari. - yee baikkk ayah.
  7. Kaklong kena jaga nama dan maruah keluarga. - yee baikkk ayah.
  8. Kaklong kena kurangkan shopping dan keluar main2. - tak nak lagi ayah. :p

Thank you again, Ayah. You're such a caring and the most wonderful father ever.
May Allah bless you, Ayah. :)


I LOVE YOU. I HEART YOU. :)))