Showing posts with label raya lagi. Show all posts
Showing posts with label raya lagi. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

228. Kronologi raya.



2007

2008

2009

2010

2011

2012


Ohh. I really miss them. :)


Tuesday, September 4, 2012

226. Nasi lemak dan soto ayam.



Entri kali ini sempena rumah terbuka saya masa raya keenam. Plan nak buat masa raya ketiga tapi disebabkan Mak dah kerja, jadi terpaksa tunda ke hari Jumaat. Yang penting saya rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama masa sekolah, mrsm, matriks. Alhamdulillah masih dipanjangkan persahabatan saya dengan mereka. :D

Cubaan memasak oleh Mak dan saya ialah nasi lemak berlaukkan ayam, kerang, daging, telur, ikan bilis dan soto ayam beserta begedil daging. Side dishes pula buah-buahan, kek, air koktel, keropok lekor khas dari Terengganu. Alhamdulillah semua mencukupi. :)

Ini gambar-gambar masa openhouse tu. Happening sangat!


Ini geng mrsm dan matriks. Comel sangat. :)
















Dan ini geng sekolah rendah dan sekolah menengah. Weheee. :)













Thanks for coming everyone! I'm so glad to see all of you. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin semuaaa. :)))


Wednesday, August 22, 2012

221. Syawal 1433H



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

Mintak maaf yea semuaaaa!

Enjoy your hari raya with your loved ones! :)))




Tengoklah perbezaan ketinggian saya dan adik-adik saya. Sadis.


Wednesday, August 31, 2011

173. Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Tamat sebuah lagi Ramdhan. Bermulalah kisah Syawal. Semoga semua mendapat seribu keberkatan di bulan Syawal yang mulia ini. :)


Happy Eid Mubarak people! :)


P/s : Kali pertama raya, Mak taknak masak langsung. Saya lah yang masak okeyyy. Ayah cakap setahun sekali je saya jadi anak perempuan mithali. Bertuah kan? Haha. Nanti nak menunjuk hasil masakan saya kat semua orang. Haha


Thursday, November 18, 2010

76. Dua belas cukup.




Tahniah. Saya tak sempat nak solat raya di pagi raya yang mulia. 


Tahniah sekali lagi. Saya berjaya bergolek-golek 12 jam dalam bas. Tak dapat tidur langsung okey. Mata lebam macam alien. Sumpah penat gila. Tak tipu. Walaupun bukan saya yang drive bas tu. Penat nak duduk diam-diam dan pandang kepala orang depan. (-_-!)


Berbaloi penat duduk diam dalam bas setelah dapat mencium tangan Mak dan Ayah. Itu lah reward yang terbaik. :)))


Semalam saya tidur mati dan pagi ini saya bangun lambat.Nasib baik Mak tak bebel. I love you Mak. Hehe


Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej daripada ketua-ketua saya. Nak bincang pasal design baju untuk Larian Mesra 2011. See people. Betapa gigihnya ketua-ketua saya. Bekerja di hari raya. Cewahh ayat bodek ni. Hehe. Nanti saya siapkan laporan mesyuarat 1 dan 2 yea bos-bos! :D


Okey mahu menolong Mak di dapur. Anak perempuan yang paling rajin. :p


Selamat makan daging dan segala-galanya bermenukan daging untuk bulan ini.


Tuesday, November 16, 2010

74. KL to KEL.



First award! :) Terima kasih kepada Cik Xaty untuk award ini. Muahhx! :)



Yeaaahhhh!


Penderitaan exam sudah berakhir. Walaupun dengan sangat tidak jayanya. Gundah gulana memikirkan nasib saya pada semester hadapan tetapi tidak mengapa. 


Sebab malam ini saya bakal bergolek-golek pulang ke rumahhhhh! Yeahhhhh. Ini lah perasaan orang yang belajar di perantauan. Excited lebih setiap kali nak balik walaupun terpaksa duduk dalam bas selama 8jam lebih. It's okey baby asal kan saya dapat menjejak kaki ke rumah. :)


Ada siapa-siapa nak tolong hantar saya ke Hentian Putra malam ini? Nanti saya bagi kasih sayang melimpah ruah. :p


PERCUTIAN SELAMA 45 HARI BAKAL BERMULA! :)))



Mana boleh lupaaaa. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Dapat makan best. Dapat makan best. Dapat makan best. :D



Agak-agak pukul berapa saya sampai umah pagi esok? Sempat tak nak solat raya? Hehe

Friday, September 10, 2010

49. Assalamualaikum Syawal.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Daripada Shafawati Ghazali dan keluarga.
:)

Marilah adik-adik dan rakan-rakan sebaya, kita cuba mengumpul duit raya lebih tahun ini. Mungkin perlu pakai baju kurung yang nampak kebudakan bukannya baju kurung yang dipenuhi dengan labuci dan sebagainya. Strategi untuk tahun ini. :p

Selepas seminggu raya, silalah update jumlah duit raya anda semua yea. Saya suka siapa-siapa yang nak kongsi duit raya dengan saya. Nanti saya sayang lebih. Okey? :D

Okey mahu tidur sekarang. Esok mahu beraya sakan lagi. Lenguh kaki saya berjalan dengan heels 4 inci. Okey tipu je. :p

Selamat tinggal Ramadhan.
Selamat datang Syawal.
:)))