Monday, January 31, 2011

103. [Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia

 
 
Entry ini dicopy sepenuhnya dari BLOG ARIFF SHAH

=============================================

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
=============================================

YA ALLAH, selamatkan & lindungi mereka semua kat sana. Amin.
 
 
 

102. Let's pray for them.



To : Syairah Azman, Nabilah Yusuf, Afifah Sambri and others.




Are you alright over there?


Saya terkejut dan risau bila tengok berita pasal keadaan di Egypt sekarang. Walaupun saya tak tahu keadaan mereka di sana, hopefully everything will be fine. Please take care of yourself, sayangs.


Let's pray for their safety. Please contact us as soon as possible okey. May Allah bless them. InsyaAllah.
 
 
P/s : Siapa-siapa tahu pasal perkembangan keadaan mereka di sana, silalah share okey? Risau. :(


Sunday, January 30, 2011

101. Be strong, ES.



Petang tadi, Ezadd mesej cakap adik dia, Wann, terlibat dalam kemalangan dan berada di Hospital Sungai Buloh. Dia kena menjalani pembedahan sebab kakinya kemungkinan patah.

Then, Ezadd baru je mesej cakap Wann sudah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan berada di wad pakar. Esok, dia kena menjalani satu lagi pembedahan sebab tulang tibia dan fibula patah dua. Berdebar-debar saya rasa masa baca mesej Ezadd tadi. Kesian Wann. :(

Zadd, be strong okey? I know you're a good sister. Jaga Wann elok-elok.Fikir positif dan sentiasa bagi kata-kata semangat kat Wann. KW faham sangat-sangat perasaan Zadd sekarang. Masa Angah accident dulu, KW rasa macam Zadd juga. Kita dah tak dapat fikir benda lain selain mengharapkan adik kita selamat dan dapat bercakap dengan kita. Yang selebihnya, kita kena ikhtiar supaya dia kembali sihat seperti sedia kala. Memang benda ini akan ambil masa tetapi yang penting kita kena sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dengan dugaan-Nya. Semua kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.

Saya berharap Wann cepat sembuh dan Zadd sekeluarga bersabar dengan dugaan yang diberikan. Sama-sama kita berdoa mengharapkan yang terbaik. InsyaAllah. :)


Zadd. Kalau ada apa-apa yang kami boleh tolong, cakap je okey? Tak payah fikir lagi pasal kerja-kerja yang kita kena siapkan tu. Yang tu kita fikirkan kemudian. Update selalu pasal Wann yea. And please take care of yourself too. Take care, take care, take care.


Be strong, ES.

Tuesday, January 25, 2011

100. Bercampur-baur.



Ini entri ke-100 blog saya. Saya sendiri tidak pasti ini merupakan entri yang gembira atau sebaliknya. Kalau boleh, semua entri saya nak berlatarkan lagu "Happy-Happy Day" macam dalam cerita "My Girl". Malangnya, kehidupan realiti saya bukan begitu.


Masalah, tanggungjawab, janji, komitmen. Semua ini merupakan beban 100kg bagi saya. Kadang-kadang, saya rasa macam tak mampu nak berdiri tegak dengan beban sebanyak ini. Berdiri seorang diri sambil menilai kelebihan dan kelemahan diri sendiri.


Masalah datang tanpa henti. Kalau lah saya tahu di mana butang on dan off kepada masalah, saya akan cari sampai dapat. Saya nak buang butang on dan tekan butang off sampai saya rasa senang. Yang pasti, Allah ialah jalan yang paling lurus dan dekat untuk memohon bantuan. Mungkin saya terleka untuk memohon lebih pertolongan daripada-Nya. *Insaf*


Tanggungjawab yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Larian Mesra 1 Malaysia 2011 akan berlangsung pada hari Khamis ini. Penat lelah semua orang akan berakhir dalam 2 hari lagi. Mungkin tanggungjawab saya tidak sebesar orang lain tetapi saya belajar untuk memikul tanggungjawab itu sehingga ke garisan terakhir. InsyaAllah, saya akan dan telah cuba yang terbaik setakat ini. Sibuk mungkin cara terbaik untuk mengelakkan diri sendiri daripada berfikir perkara-perkara yang melemahkan diri sendiri.


Walau apa pun yang telah terjadi sepanjang minggu ini, saya cuba untuk tersenyum dan bergelak ketawa dengan orang-orang tersayang di sekeliling saya. Kadang-kadang saya rasa saya kuat, tetapi kebanyakannya saya memang lemah apabila diuji oleh-Nya. Mungkin saya tidak nampak lagi hikmah di sebalik masalah yang menimpa. Mungkin sudah hampir atau masih jauh untuk saya melihat hikmah daripada-Nya. Tetapi saya sentiasa berdoa agar Allah membantu saya dalam setiap keputusan yang saya patut lakukan.


Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. Aminnn.


P/s : Saya rasa tak berapa sihat dua tiga hari ini. Mungkin hadiah pulang ke rumah selama seminggu merupakan terapi terbaik untuk diri sendiri. Cinta hati semua, saya bakal pulang hujung minggu ini. Ye, ini merupakan sebab utama saya mampu tersenyum sampai hari ini. Terima kasih, cinta hati. :)


Wednesday, January 19, 2011

98. New header from Xaty.




Thanks to Xaty sebab buatkan header baru untuk blog saya. Al-maklum lah saya ini tak kreatif orang nya. Dah lah tak pandai sangat nak meng-edit benda-benda. Hehe. Tieeeee, thanks a lot yea. KW suka sebab simple and nice. Muahxxx! :)))


Yang saya perasan, header ini berbentuk papan kenyataan. Haiii mentang-mentang lah bakal guru, terus Tie buat benda-benda berunsurkan sekolah. Hehe. Okey, saya lah Cikgu Chapa yang bakal ke Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel. Haigoooo versi Ezzati Saadon. Hehe


Haih pagi esok tak boleh bangun lambat daripada biasa. Sebab esok saya ada kelas ELE 4 jam walaupun dapat cuti Hari Thaipusam. Saya ulang yea EMPAT JAM. Boleh muntah dalam dewan kuliah esok. Confirm boring. Eeeiii tak syok nya. Baru je plan nak teman SA pergi Batu Caves. Haha. Jangan marah yea SA. :p


P/s : Saya tengah tengok cerita "Playfull Kiss". Oh Ha Ni sangatlah comel. Geram dengan perangai Baek Seung Jo yang suka merendah-rendahkan keupayaan orang lain. Gila emo tengok cerita. Hehe.


Tuesday, January 18, 2011

97. Dinner at SS2 Murni.



Hujung minggu. Memang masa yang ditunggu-tunggu. Setelah berpenat lelah selama 5 hari tanpa henti. Akhirnya, muncul juga Sabtu dan Ahad. Yessss!


Disebabkan kami ketandusan idea nak makan malam kat mana, jadi kami merancang untuk makan kat tempat luar dari kawasan Cheras. Gedik kan? Hehe.Yeee kami menuju ke SS2 Murni kat Petaling Jaya. Hooreeyy!


Saya :Pilot
Buddi : Co-pilot
KakTgh : Pramugari
Elley : Pramugara


Mesti Elley marah. Sorry Elley. Hehe. Lebih kurang setengah jam, kami sampai. Tak jauh pun sebenarnya. Thanks to Buddi sebab kami berjaya sampai tanpa sesat. Memang awak co-pilot yang terbaik. Yeaahhh! :) Disebabkan malam minggu, parking penuh okey. Kami pusing sampai ke bangunan belakang dan berjaya mendapatkan parking. Nasib baik kami terus dapat meja semasa sampai. Ini sudah dikira bernasib baik sebab tak payah nak susah-susah beratur tunggu meja. Memang memahami perut kami yang lapar selepas berjogging di petang hari. Hehe


Okey saya tak nak cakap banyak-banyak. Silalah menikmati makanan yang kami makan semalam. :)


Nasi goreng Maryland.

Sizzling Chicken Chop.

KT dan Sizzling Chicken Chop.
Buddi dan Mihun Goreng Maryland + Ribena Laici.

Muka excited dapat makanan.

Sumpah makanan dia banyak.


Makanan kat sini sedap dan berbaloi. Tak rugi datang beratur untuk menikmati makanan yang banyak dan syok macam ini. Yeaaahhhh! :)


Sumpah saya sangat kenyang sampai nak jalan pergi kat kereta pun tak larat. Memang gemuk betul. Yes, kami memang gemuk-gemuk dan suka makan. Eat heavenly. :D


Kenyang sepanjang hayat. Hoho


Disebabkan kami pulang selepas pukul 11 malam, jadi kami tidur di rumah Elley. Yes, di Bangsawan kebanggaan dan kecintaan Elley.Nak tengok cerita Magika ramai-ramai. Jom layan! Akhirnya, semua orang kecundang dalam alam magika juga. Tertidur sampai pagi. Hehe


Esoknya, kami bangun pagi dan tengok cerita Playfull Kiss Episod 1. Macam syok kan kan? Oh Ha Ni, Baek Seung Jo! :D Gaya macam tak ada kerja dan tutorial kena buat. Padahal kerja berlonggok-longgok kat bilik. Haih sungguh tak sedar diri. Hehe. Pulang lah sebab Buddi ada date dengan Mr.Z dan KakTgh ada date dengan Mr.L. Hoho

Lambai mesra kepada Bangsawan sebelum pulang.


Hujung minggu yang penuh dengan kegemukan. Saya sukaaaaaa! :)))



P/s : Teringat ayat Elley masa dalam kereta. "Hey babe, kita nak pergi mana ni?" Haha. Sumpah kelakar. Sejak bila you dah pandai ber-Babe ni Elley Melly ooiii? Gelak besar. Haha


Sunday, January 16, 2011

96. Iron Chef.

Esok Elley nak buat makan-makan dengan gadis-gadis cantik Blok B. Jadi, tadi saya dan Tong menemani Elley ke Jusco Taman Maluri untuk membeli barang-barang memasak.


Okey. Cepat teka! Kami nak masak apa? Jeng jeng jeng. Spaghetti Carbonara dan Puding Trifle! Seronok nya dapat makan ramai-ramai. Rasa macam kat rumah. Kan kan kan? :D


Ni saya dan Buddi baru balik dari rumah Elley. Tadi kami buat trifle. Hasil yang memberangsangkan. Bangga bangga. Hehe. Sila lah tengok proses penghasilan trifle kami bersama Elley selaku penyelia kami. :)


Susun kek gulung menjadi rata. Pandan lagi best!

Koktail.

Susun buah-buah ke atas lapisan kek.
Susu cair dan tepung custard dan gula.

Letak acuan tadi ke atas lapisan kek dan buah-buah.

Taraa walaupun tak berapa rata. Hehe

Serbuk jeli dan air panas.
Letak acuan jeli sehingga rata.
 
Puding Trifle sudah siap!

Boleh letak dalam peti ais sekarang!


Nampak sedap kan kan kan? Amboi nak puji melebih mentang-mentang lah hasil air tangan sendiri. Bukan seorang yea. 3 orang chef yang buat ini. From Mulong, Bachok and Jitra. :)


Wahh. Tak sabar nak rasa Puding Trifle Cantik esok ( bagi nama sendiri ). Hehe. Thanks to Elley sebab ajar buat and thanks to CikNab sebab dia yang ajar Elley dulu. Resipi turun temurun. Hehe


Haaa. Siapa-siapa yang nak resipi, boleh mintak dengan saya. Bayar RM10 je. Tipu je! Hehe. Jom balik rumah dan cuba buat sendiri okey? :)


P/s : Mood nak memasak membuak-buak sekarang. Begitu juga mood nak makan. I feel good! :)