Tuesday, January 25, 2011

100. Bercampur-baur.



Ini entri ke-100 blog saya. Saya sendiri tidak pasti ini merupakan entri yang gembira atau sebaliknya. Kalau boleh, semua entri saya nak berlatarkan lagu "Happy-Happy Day" macam dalam cerita "My Girl". Malangnya, kehidupan realiti saya bukan begitu.


Masalah, tanggungjawab, janji, komitmen. Semua ini merupakan beban 100kg bagi saya. Kadang-kadang, saya rasa macam tak mampu nak berdiri tegak dengan beban sebanyak ini. Berdiri seorang diri sambil menilai kelebihan dan kelemahan diri sendiri.


Masalah datang tanpa henti. Kalau lah saya tahu di mana butang on dan off kepada masalah, saya akan cari sampai dapat. Saya nak buang butang on dan tekan butang off sampai saya rasa senang. Yang pasti, Allah ialah jalan yang paling lurus dan dekat untuk memohon bantuan. Mungkin saya terleka untuk memohon lebih pertolongan daripada-Nya. *Insaf*


Tanggungjawab yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Larian Mesra 1 Malaysia 2011 akan berlangsung pada hari Khamis ini. Penat lelah semua orang akan berakhir dalam 2 hari lagi. Mungkin tanggungjawab saya tidak sebesar orang lain tetapi saya belajar untuk memikul tanggungjawab itu sehingga ke garisan terakhir. InsyaAllah, saya akan dan telah cuba yang terbaik setakat ini. Sibuk mungkin cara terbaik untuk mengelakkan diri sendiri daripada berfikir perkara-perkara yang melemahkan diri sendiri.


Walau apa pun yang telah terjadi sepanjang minggu ini, saya cuba untuk tersenyum dan bergelak ketawa dengan orang-orang tersayang di sekeliling saya. Kadang-kadang saya rasa saya kuat, tetapi kebanyakannya saya memang lemah apabila diuji oleh-Nya. Mungkin saya tidak nampak lagi hikmah di sebalik masalah yang menimpa. Mungkin sudah hampir atau masih jauh untuk saya melihat hikmah daripada-Nya. Tetapi saya sentiasa berdoa agar Allah membantu saya dalam setiap keputusan yang saya patut lakukan.


Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. Aminnn.


P/s : Saya rasa tak berapa sihat dua tiga hari ini. Mungkin hadiah pulang ke rumah selama seminggu merupakan terapi terbaik untuk diri sendiri. Cinta hati semua, saya bakal pulang hujung minggu ini. Ye, ini merupakan sebab utama saya mampu tersenyum sampai hari ini. Terima kasih, cinta hati. :)


5 comments:

Bunga Andano said...

kuatkan semangat kaklong =)
apa yang kita yang dapat hari ni adalah yang terbaik .syukur pd Allah.
jangan lemah okay!

fard_kay said...

xpe2
cabaran tu
kim salam kat org kampung bila blk nnt

Shafawati Ghazali said...

bunga andano/cikboo comel : insyaAllah cikboo. cuba nak kuatkan smgt wlpun mmg rasa sgat lemah. byk benda jadik and nak cerita kt cikboo. :(

kaymah : insyaAllah kgmate! :)

Bunga Andano said...

ingat satu je,kalau sha x mampu Allah xkan bagi ujian kat sha ,okey ?
sha yg saye kenal sgt kuat ! mkn byk mesti la kuat .hakhak ;p

love you!nanti kite jumpa n story2 .take care! =)

Shafawati Ghazali said...

cikboo : hopefully sha nampak hikmah dgn semua ni. insyaAllah.

hari tu tak lalu makan sebab banyak masalah sgat. sgat jarang berlaku kpd kita2 yg mkn byk ni. haih

love you tooooooooo! miss youuuu!