Friday, July 16, 2010

30. Bang, telur dadar satu!

Awas!

Entri ini khas untuk penggemar tegar telur dadar, telur mata, roti telur, telur sambal, meggi sup bertelur dan seumpama dengannya. Tak kira lah telur ayam, telur itik atau telur penyu. Hehe

Adakah anda semua pasti dan yakin bahawa masakan atau makanan bertelur anda bersih dan HALAL?

Mungkin kita yakin dengan cara penyediaan makanan di rumah kerana mak kita pasti mahukan yang terbaik untuk seisi keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan para tukang masak di gerai-gerai dan para chef di restoran-restoran? Adakah mereka teliti dan peka seperti mak kita di rumah?

Semalam, saya mendengar ceramah oleh seorang ustaz yang bekerja sebagai penyelidik di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau mengatakan telur yang hendak dimasak WAJIB dibasuh dengan air terlebih dahulu walaupun kita ingin merebus telur tersebut. Jika tidak dibasuh, maka HARAM untuk dimakan.

Kenapa HARAM?

Jika kita perasan, telur ayam yang dibeli di kedai tidak bersih. Kulitnya masih melekat dengan sisa-sisa kotoran dan bahan buangan daripada si ibu ayam yang berjaya mengeluarkannya. Saya tidak yakin yang para pengedar dan peruncit akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada orang ramai.

Apakah hukum memakan sisa-sisa kotoran? HARAM. Jadi, HARAM bagi kita untuk memakan telur yang telah dimasak sebelum dibasuh terlebih dahulu. Sisa-sisa kotoran yang melekat pada kulit telur itu akan masuk dalam masakan kita. Mustahil bagi kita untuk memecahkan telur tersebut tanpa memegang kulitnya yang mempunyai kotoran tadi. Jadi, WAJIB lah kita membersihkan dahulu telur yang dibeli sebelum dimasak.

Selepas mengetahui perkara ini, jadi WAJIB lah kita berkongsi perkara ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara dan hukum ini tetapi masih ada yang tidak sedar akan perkara ini. Walaupun "telur" hanyalah bersaiz kecil, kesannnya terhadap kehidupan seharian kita sangat lah besar jika kita mengambil ringan akan perkara begini.

Teringat cerita ustaz tu. Beliau akan bertanya kepada tukang masak sama ada telur itu sudah dibasuh atau tidak sebelum dimasak jika beliau makan di kedai makan. Jika tidak, beliau akan meminta tukang masak itu menyediakan yang lain. Berani kah kita meminta sedemikian? :D

Jangan ada yang terus tak nak makan telur kt kedai makan. :p

Bagi yang suka makan macam saya, perkara ini sangat lah perlu dititik beratkan. Susah betul jadik budak gemuk. :D

4 comments:

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

dlu masa awal2 masuk mktab kuat bena
dd make telur...
tapi dok tnya pom basuh dok..
hahhah..
patot jadi payo dengar ore nasihat loni nih...hahha

Shafawati Ghazali said...

haha. siap tinggal telur mata dlm kelas lg. hehe. lepas ni keno kurang mkn telur kt kedai laaa. tu yg kno maroh ko Madam Lee sokmo tu. haha

Idah said...

masih ramai lagi yg belum tahu hukum HARAM kalau tidak membasuh telur sebelum masak...info yg bagus..

Shafawati Ghazali said...

Idah : That's so true. Thank you. :)