Saya baru melangkah hari kedua puasa ganti y'alls. Bagaimana dengan y'alls? :D
Sebenarnya, dua hari yang lepas, saya ada berborak-borak dengan Mak di telefon. Isi kandungan perbualan mestilah tak lain dan tak bukan pasal adik-adik yang tersayangggg la. :)
Mak mengadu yang adik kembar saya, Uteh dan Uchu sangat malas tak suka buat kerja sekolah dan malas tak suka membaca. Perkataan tak suka lagi sesuai untuk kanak-kanak.
Jadi, macam mana nak cuba memaksa mereka membaca? Paling-paling kurang baca ABC sekali sehari.
Tapi masalah yang paling besar ialah mereka tak kan berganjak dari televisyen sampai lah waktu tidur. Makan dan pakai baju pun depan TV yea y'alls. Kalau boleh masa mandi pun nak menonton TV. Beginikah kanak-kanak pada hari ini?
Okey pembetulan. "Kanak-kanak" besar pun obses dengan TV juga. :p
Pada pendapat saya, macam mana kanak-kanak cilik seperti Uteh dan Uchu nak siapkan kerja sekolah kalau ruang keluarga dihiasi dengan slim TV dan Astro. Mereka balik dari tadika dan melangkah je ke dalam rumah dan terus terpandang TV yang tersergam indah di tengah-tengah rumah.
Boleh tak kita tukar ruang menonton televisyen kepada ruang membaca? Perpustakaan mini berada di tengah-tengah rumah manakala ruang menonton televisyen dipindahkan ke tingkat atas. Barulah mereka rasa susah untuk menonton televisyen. Penat yea nak ulang-alik naik tangga. Saya sendiri pun malas nak naik ke tingkat atas. Biasalah budak gemuk! Hehe
Okey tak cadangan saya tu? Malam nanti nak telefon Mak dan bagitahu Mak tentang rancangan saya. :D
Tapi saya rasa Mak mesti tak setuju. Nanti Mak lah yang tak tahan dengar budak kembar tu menangis-menangis dan meraung-raung cari TV kalau tak jumpa. Mahu nya bergegar satu rumah kalau budak kembar tu mengamuk. Hehe.
Mesti Ayah setuju dengan cadangan saya. Jimat elektrik kot kalau ubah suai rumah macam ni. Semua orang taknak menonton televisyen dan bertapa dalam bilik sambil makan jajan. Bukan nak baca buku pun. :p
Rasa rindu kat budak kembar bila tengok gambar mereka bergambar versi "convo" tadika.
Cinta hati 1 |
Cinta hati 2 |
Jika anda bijak bestari, cuba teka yang mana satu Uteh dan Uchu? Cepat-cepat saya tahu jawapan nya. :D
2 comments:
atas uteh,bawah uchu...tul dop sha??hehe
absolutely right! :D
pandai taa teka. mesti sebab yang bawah tu lagi gemukkk. hehe
Post a Comment