Al-Fatihah kepada arwah bapa kepada batchmate saya yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ahad yang lalu. Rakan saya masih lag dalam keadaan terkejut kerana arwah bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Takziah saya ucapkan. Banyakkan bersabar dan sedekahkan doa. InsyaAllah dia ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Aminnnn.
Kejadian ini membuatkan saya terfikir seorang diri. Betapa beratnya untuk menerima perkara seperti ini. Saya yang mendengar pun turut sedih ini kan lagi yang mengalaminya. Memang ajal maut di tangan Allah tetapi kita sebagai insan biasa tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan. Orang yang kita paling rapat, orang yang paling mengambil berat pasal kita, orang yang banyak berkorban untuk kita dan orang yang sentiasa membakar semangat kita untuk belajar telah tiada.
InsyaAllah selepas ini, saya cuba untuk sentiasa berhubung dengan keluarga saya sekerap yang mungkin. Kalau berkesempatan, saya nak telefon dan berborak-borak dengan Mak, Ayah dan adik-adik setiap hari. Bertanyakan khabar masing-masing. Mungkin ini salah satu cara untuk saya sentiasa merapatkan diri dengan keluarga walaupun berjauhan antara satu sama lain. :)
Sayangi dan berbuat baik lah kepada ibu bapa kita sementara kita masih mempunyai peluang dan kesempatan.
Mak, Ayah. I love you muchhhhhhh! :)))
4 comments:
takziah jgk tuk kwn sha ngn keluarganya.setiap yg hidup pasti akn kembali ke hadrat Ilahi.moga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh.amin.
perkara macam ni sangat mengejut kan. kita hanya mampu berdoa supaya dijauhi kemalangan macam ni.
aminnn.
saya sebagai rumate die leh rase yg die masih x bermaya nk teruskan kehidupan...
tp life goes on..
sy hrp die dapt sentiasa bertabah..
kaktgh : mesti kaktgh lg perasan perubahan dia. kita yg just tengok pn rasa sedih. ini kan dia yg lalui nya. InsyaAllah dia akan okey cepat.
Post a Comment